Monday, June 13, 2011

selamat hari abah.

sedari aku kecil lelaki tua itu  yang selalu suapkan aku makan dan kerana itu aku sangat sayangkan dia.. aku sayangi dia tanpa batasan. kerana pada aku lelaki tua itu lah kekuatan aku sekarang. kasihnya aku pada lelaki tua itu lebih dari segala yang aku ada. tapi sekarang..setelah ijabkabul terlaksana, aku bukan lagi jadi tanggungjawab dia...aku kini milik seorang lelaki kacak yang aku gelar suami.

aku masih ingat bagaimana tangan kasar berurat itu mengejutkan aku bangun  seawal 6 pagi  untuk mengikutnya pergi bekerja. apalah yang budak berumur 4 tahun tahu tentang tanggungjawab lelaki tua itu...yang budak kecil itu tahu orang tua itu menganggunya tidur. menganggu mimpi2nya.  tetapi budak kecil itu akur. akur dengan rutin hariannya. meredah kesejukan pagi di bawah jaket besar milik lelaki tua itu...seakan2 perkara biasa padanya. tiada tangisan, tiada amukan hanya mengikut perintah lelaki tua itu.  dan budak kecil itu bahagia.bahagia di dalam dakapan lelaki tua itu.

ketika umur aku 5 tahun, aku dihantar ke tadika. aku tidak sedikitpun menangis ditinggal lelaki tua itu, kerana lelaki tua itu berjanji akan mengambil aku bila aku tidak menangis. dek kerana takut tidak diambil apabila menangis aku berusaha untuk tidak menangis.. aku tak mahu tinggal di sekolah itu sendiri. 
ketika hari penyampaian sijil tamat sekolah tadika, aku berkali2 mengigatkan lelaki tua itu agar hadir ke majlis itu. namun sehingga nama aku dipanggil tidak kelihatan kelibat lelaki tua itu. aku pasrah...mungkin lelaki tua itu tidak dapat datang kerana sekolah yang menjadi tuan rumah majlis itu terlalu jauh dari tempat tinggal aku.  Sehingga nama aku dipanggil untuk menerima anugerah Pelajar Terbaik Tadika Perpaduan Pt. Banyumas, juga lelaki tua itu tidak kelihatan. aku lihat pelajar2 lain ada ibu bapa masing2 yang menemani. tapi aku sendiri..:(
pulang ke rumah aku merajuk dengan lelaki tua itu. aku tak mahu makan. aku diamkan diri dan tidak menyahut bila dipanggil olehnya. pada aku lelaki tua itu sangat kejam ketika itu. 
yang sebenarnya..lelaki tua itu datang. tetapi lambat sedikit dan dia mencari di mana barisan tadika aku, tapi malangnya tidak berjumpa. dia hanya mendengar nama aku dipanggil. melihat aku dari jauh sudah cukup katanya..dia pulang ke rumah lebih awal sebelum sempat aku berjumpa dengannya kerana dia perlu meneruskan kerja yang ditinggalkan.

ketika aku di sekolah rendah, aku tak suka hari terbuka. pada aku hari terbuka akan menyebabkan aku malu. malu pada rakan2 yang punya ibu dan ayah yang berada. punya kereta. punya motor mahal...aku selalu menjadi murid terakhir yang mengambil buku laporan kerana lelaki tua itu hanya akan datang mengambil laporan aku setelah siap kerjanya di pasar ikan. arh. penat aku tunggu. sudah lah penat menunggu, datangnya pula bersama kasut but dan baju yang berbau hamis ikan. aku malu. ketika itu aku malu. malu sangat!!!!  aku berjalan jauh dari lelaki tua itu. aku biarkan lelaki tua itu balik dulu dan aku akan menyusul dengan basikal aku. lagi satu basikal aku, aku letakkan jauh di tempat letak basikal  kerana basikal aku buruk. lelaki tua itulah yang meminta aku naik basikal buruk itu. basikal ntah dari mana dia baiki dan minta aku naik. arh. jeles aku tengok basikal orang lain.

ketika aku di darjah 3, aku berjaya di dalam peperiksaan PTS, (penilaian tahap satu) dan aku berjaya melompat satu kelas dan kejayaan ini aku anggap kejayaan yang membuktikan aku lebih pandai sikit dari kakak aku. aku harapkan lelaki tua itu akan membelikan aku beg baru atau kasut sekolah Sparx yang bertapak tebal kegilaan kanak2 ketika itu. namun hampa. tiada apa2 hadiah istimewa untuk aku. yang ada hanyalah beg dan baju sekolah bekas dari kakak aku. arh.bosan. tak pernah aku rasakan baju dan beg yang baru. semua pon dari kakak aku. aku benci. 
Masuk ke alam sekolah menengah, aku sudah mula pandai meminta. minta itu minta ini dalam keadaan yang mendesak. kalau tidak dibelikan aku akan mendiamkan diri dengan lelaki tua itu berhari2 lamanya. biarkan. asal aku puas. ketika kakak mendapat tawaran ke sekolah teknik aku juga berazam aku mahu bersekolah sepertinya. setiap kali kakak balik dari asrama, menceritakan tentang keseronokan hidup di asrama membuatkan aku rasa teruja dan aku rasa aku juga mahu ke sana.   Ketika aku mendapat tawaran ke sekolah teknik, aku suarakan rasa gembira aku pada lelaki tua itu, yang aku lihat hanya kekeruhan di wajahnya.  Aku mula rasa tak sedap hati. apakah impian ini akan aku lupakan atau bagaimana?? dan dengan nada yang perlahan lelaki tua itu berkata, dia tak mampu menghantar aku ke sana. Apa???? aku berkurung 3 hari lamanya. tidak makan malam dan pergi sekolah tidak bersalam dengan lelaki tua itu. aku cuma menangis dan merenung surat tawaran ke sekolah teknik itu. hahahaha...kasihan. apalah aku bodo sangat ketika itu. bukankah di sekolah biasa juga boleh berjaya. 

Di hari konvokesyen aku, aku belikan lelaki tua itu sepasang baju batik biru, segak betul dia menggayakan baju itu. tak pernah sekali dalam hidupnya merasa baju seperti itu. berkali2 dia kata dia mahu memakai tshirt yang dibelinya di pasar malam. tapi aku membantah. baju batik itu mesti dia pakai. aku tak nak lelaki tua itu kelihatan seperti orang kampung. wah. sombong sungguh aku ketika itu.

lelaki tua itu sabar menanti kepulangan aku setiap bulan..emak kata, bila dia rindu aku, dia akan bertanya ada atau tidak aku telefon. kadang2 kata emak dia akan bersihkan bilik tidur aku. kasihan lelaki tua itu...
dia tak pernah cakap dia sayangkan aku. dia selalu berdiam diri kalau aku ajukan soalan adakah dia  sayang kan aku atau tidak. dia hanya tersenyum.  Lelaki tua itulah yang selalu memujuk aku tatkala emak memarahi aku. arh. emak. kalau emosi semua pon mahu dimarahnya. dan lelaki tua itulah yang menenangkan aku.
sekarang, aku tak malu lagi menaiki motor bersamanya. ke kedai mahupun kemana saja aku tak malu lagi. tapi aku berbangga.motor buruk itu yang menghantar aku ke sekolah dan masih lagi boleh digunakan :) 

pernah sekali ketika aku mahu pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti, aku hulurkan duit belanja kepadanya, dia menolak duit itu dan diberi kepada emak. dia kata emak lebih memerlukan untuk belanja dapur. emak apa lagi dicium2 duit itu. gembira amat. aku tahu, lelaki tua itu bukan mahukan duit aku, tapi dia mahu aku menjenguk dirinya setiap bulan.  Selagi termampu dan terdaya aku akan pulang setiap bulan. pada aku KL - Yong Peng tidak jauh mana berbanding rindu aku pada dia..

ketika aku disunting seorang lelaki , aku lihat wajah lelaki tua itu, tenang dan kadangkala sedikit risau. mungkin dia risau , mampukah aku memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada seorang lelaki.  ketika lafaz ijab kabul menjadi janji yang mematri ikatan aku dan suami, aku lihat mata lelaki tua itu bergenang air.  Tatkala aku bersalaman dengannya, dia hanya berdiam diri. aku lihat emak sudah menitiskan air mata. aku menangis di dalam pelukannya..aku menangis dalam pelukan lelaki tua yang suatu ketika dulu aku malu menjadi anaknya..lelaki yang aku anggap miskin dan tak mampu memberikan apa2 kepada aku. aku menangis sepuas2nya..

lebih memilukan aku sebagai seorang anak kepada lelaki tua itu apabila dia meninggalkan aku di rumah keluarga suami aku. ketika itu barulah aku melihat air mata seorang BAPA.seorang ABAH. seorang AYAH mengalir deras mengenangkan diri aku yang kini menjadi milik orang lain..betapa sedihnya hati lelaki tua itu tatkala menyerahkan aku kepada keluarga mertua. 
sebelum abah pulang, aku memeluknya erat. seerat mungkin. aku rasakan diri aku kini bukan lagi miliknya. dia terlepas dari menanggung dosa2 ku. dia kini bebas. 

dan aku..tak kan pernah berhenti dari menyayangi dan merindui lelaki tua itu. lelaki yang menjadi wali aku. lelaki yang membesarkan aku. yang menidurkan aku. yang menjaga aku ketika sakit. yang tak pernah jemu menjawab soalan2 bodo aku , yang sentiasa menghiburkan aku, yang tak pernah menjentik aku, yang menyayangi aku sepenuh hatinya...

selamat hari abah. adik sayang abah sangat2. 

adik sayang abah :)

ape lah yang abah risaukan...

"ini saya serahkan anak saya, kalau ada salah silap dia, tegurlah seperti anak sendiri. saya serahkan anak saya kepada keluarga abang"
" adik sayang abah. adik sayang abah." tu je yg aku mampu kata..
dan lelaki ini terlalu  banyak berkorban untuk aku dan keluarga. lelaki ini terlalu banyak bersabar dengan aku dan keluarga aku. kasihnya lelaki ini tidak pernah luntur. walaupun kadang2 aku menyakitinya...inilah kasih seorang abah .. 

5 comments :

Miss Tasantek said...

hahah..sedih tak?? ok. berjaya. sha taip ni dengan linangan air mata ni. haha...sambil taip sambil ingat...

Miss Tasantek said...

haha..sebenarnye target sha biar orang yang baca menangis terus. berguling minta maaf kat abah masing2. hahaha..

Unknown said...

Kita asal dr kampung...tp tetap miliki apa yg org bandar ada...ABAH....rsnya dia lebih byk ms ngan kita, mgajar kita erti idup sbnar...kalo pon dulu kita susah ( xmcm org len)tp dia tetap berusaha utk penuhi impian kita....xpenah kenal erti penat, x mengeluh walaupu kdg kita sbg anak slalu wat dia risau @ susah ati...X macm mak yg mempamerkan rs..tp tetap tahu dia sygkan ank2..marhnya nasihat...x sukanya mahukan perhatian..untungnya akk..wlau dh miliki suami..Abah tetap disisi..menemani susah & senang...tempat mencari syurga slpas mak tiada........

Miss Tasantek said...

sha syg abah sha. mak pon sha syg. cuma bagi sha, abah tiada tandingan. walaupun dia tak penah pukul sha, tapi sha boleh jadi anak yg kenang jasa dia. :) syg abah sangat2!

tat!n said...

wuwu,tacing. T_T
i love my abah too.
=)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.