Friday, June 10, 2011

hai lah staff senior..

kadang2 bila kita berurusan dengan staff yang senior yang mana umur dia sebaya mak kita, kita akan rasa cam semacam kan. rasa nak marah tu tak sampai hati je. tapi bila kita tunjuk hormat. respek kat dia. mulalah mereka2 ni gunakan kuasa veto nak tunjukkan betapa dia berkuasa ke atas kita. 

walaupun aku ni pegawai baru, pon tak lah baru sangat kan, 3 tahun gak aku dah menebeng kat makamah ni. aku tak suka nak tunjuk kurang ajar kat orang lebih tua. seboleh2nya aku hormat semua orang. setakat ni tade lagi la berita aku bergaduh ke bertegang urat ke dengan mana2 unit. semua pon aku respect. tapi..bila seseorang ni telah cuba menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas aku, sorry to say, i have to...i have to .... defence my self. 

pada yang dah sah jawatan memang heavenlah kan, dah rasa gaji sebenar korang, dah boleh buat pasal sebab dah sah. aku ni dari tahun 2008 tak sah lagi. tu aku boleh sabar lagi. tapi bila orang yang sepatutnya menguruskan tentang perjawatan aku ni, asyik salahkan aku je kenapa tak cukup maklumat lah, tade salinan sijil lah, tade tu tade ni, semua tade, aku dah naik menyirap weh. selama hari ni aku cuba sangat tak nak sakitkan sesiapa tapi bila dah melampau cam ni, tak patot kot  aku diamkan diri. Semua salinan sijil exam, sijil kursus aku dah serahkan kepada orang yang bertanggungjawab buat perkhidmatan ni, just now die kata tade detail dalam fail tu. WTF eh??? kau buat ke tidak keje sebenarnye?? baru beberapa bulan lepas aku selesaikan semua. semua yang dia dakwa tade dalam salinan dia, aku dah bagi. aku dah bagi. aku ulang, aku dah bagi kat dia, dia boleh kata TAKDE PON DALAM FAIL. 
macam Si...je aku tengok muke kakak dah pangkat makcik ni. ewah2..mentang2 aku diam selama ni, aku turut je ape die suruh, ini jam kau buat taik dengan aku eh. sorilah makcik , saya dah tak tahan dengan perangai makcik ni. 

Ofismet aku si Anim pon tekejut tengok aku melawan cakap akak tu tadi.  Bukan apa sebab semua orang pon tau , akak tu memang suka salahkan orang lain, nak dia je menang, kena pulak tadi aku yg debate dengan dia, aku tak tahan dah dari dulu aku diam je. aku nak apply elaun trengkas yang aku layak pon dia kata 
" sahkan dulu jawatan tu baru sebok urusan lain , bukti mana nak guna elaun tu " WTF weh, aku menaip dalam dewan, dalam kamar aku mencatat, even tak guna trengkas aku guna nota rintas. kalau setakat nak tunjuk cane aku guna trengkas anytime aku boleh buktikan, tapi janganlah cakap aku sebok nak duit. aku nak hak aku. aku layak. aku belajar untuk dpt sijil tu, bukan aku pandai2 sendiri. kalau PA2 lain kat jabatan2 lain boleh rasa nikmat duit elaun tu even tak  seberapa hasil dari elaun tu, kami kat sini bermimpilah.

"jangan ingat kami ni muda2 kami tak tau akta, pekeliling, taktau perkembangan tentang perjawatan kami, kami pon pergi kursus, kami tau cuma kami malas nak bising2 lah kak oi...kami ni mengharapkan akak tu buat lah kerja ikhlas sikit. kalau memang dah akak yang salah letak, salah bagi kat orang lain, jangan nak salahkan kami ok. jangan. sebab sekali kalau kami dah bersuara, akak yang akan terasa diri akak terhina dengan kata2 kami. please, kalau kerja akak tu macam tu, buatlah macam tu, jangan nak bagi alasan yang tak berasas kepada kami. kami sangat2 tidak suka mendengar alasan2 yang tak munasabah ye. kalau takut lupa, bersihkan tempat duduk akak tu letak kan satu tray in and out. ni semua pon bersepah. cane nak tau ada ke tidak orang letak dokumen atas meja akak.Grrrrr...."

nilah bila berurusan dengan staff dah senior ni. belagak lebih. chet!


11 comments :

MiSsHaZeL said...

pantas tol update! hehe....akak ta temasuk coz sgt juniorrrrrrrrr.......haha

Hustler said...

Kaw2!!! Hahahaha~~

Miss Tasantek said...

kak zila ;) hehe...mane tak pantas. hati panas ni....jgn main giler dengan budak kecik ni. kecik2 tapi hot de :P

MiSsHaZeL said...

i like that statement!

Pupel Liyana said...

peh3.. luah perasaan ye hehehe

tat!n said...

gambor last tak tahan,hehehe

Miss Tasantek said...

tatin : nasib baik yang aku anjing2kan ni level 17 KUP22. kalau aku anjing2kan ni 52, ke Labuan lah jawabnyer aku :)

Miss Tasantek said...

tatin : nasib baik yang aku anjing2kan ni level 17 KUP22. kalau aku anjing2kan ni 52, ke Labuan lah jawabnyer aku :)

tat!n said...

hahaha,labuan kire ok lagi.leh hidup mewah lagi.kalo hantar kt pedalaman srawak tak ke haru.kih3.

Miss Tasantek said...

kau ingat labuan mewah ke?? ahaha..living cost tinggi. sudah lah begitu, dulu husband aku ke sana, magrib je dah senyap. haha..tak mau...tak mau...

tat!n said...

hehehe,yeke.aku mne tau aku x pnh g labuan.tgk dari jauh je. :p
oklah,syukur ade kt KL kn. :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.