Tuesday, August 2, 2011

dugaan puasa :)

weE...semalam aku berjaya puasa sampai ke hujung waktu. even aku rasa cam lembik je kan. memang lain lah aku rasa bila puasa bagi dua orang ni. lembik abis! first day la...

pagi tadi kul 4 aku dah bangun siapkan santapan si suami. sume aku perangat je lah tak larat aku nak masak dengan mate kecik ni..kang aku hiris tangan sendiri plak. kikiki. aku ni kalau mengantuk tahap gaban, berdiri pon boleh tido. kalah lah Pak Maliki dalam citer Kongsi.

lepas dok perangat lauk and nasi, aku kejut suami. Ya tuhan...susah betul nak gerakkan die. sebab malam tadi balik terawih suami tengok Tv taktau die tido kul bape. aku kul 10 dah berlayar...goOd Bye dunia...

cerita semalam..
pagi tu aku masuk court cam biasa, satu dua kes ok lagi.masuk kes ke 4 aku dah rasa cam nak tido je. mate mengantuk giler. tak tau lah kenapa. masa tu kul 10 lebih. Mak aku kata memang normal kalau mengantuk time2 tu tapi aku rasa lain macam mengantuk die. cuba kuatkan hati. abiskan juga semua kes. keluar dari court, aku apdet catatan...then tgh hari tu aku dah rasa cam nak pitam sebab aku rasa darah cam tak sampai kat kepala kau je. hahaha...aku pandang semua orang cam layang2. cepat2 aku gi bilik suami dan suruh die hantar aku balik rumah. (ekceli balik rumah nak rehat sambil tu suami kata kalau tak tahan boleh buka)
sampai rumah terus gedebush!!! telentang kat sofa tak sedarkan diri. suami kata aku tido dengan nyenyaknyer. sampai tak sedar bila suami gi keje balik.
 
aku sedar2 kul 3 lebih, tengok2 suami tade. lah kena tinggal kat umah rupanya aku ni. aku bangun solat zuhur. korang boleh tak bayangkan aku jalan macam orang mabuk todi. tapi aku gagahkan juga. alhamdulillah..kekuatan datang juga bila aku tak benti2 doa2 dalam hati minta Tuhan kuatkan aku.  selesai solat aku duduk depan tv and aku cuba nak tengok tv. tapi tak boleh fokus. aku pegang perut aku. aku pujuk2 baby supaya die sabar sebab aku puasa kan. dari pagi die gerak slow je. risau aku . sebab selalunya pukul 11 die akan start gerak2 sampai makan tengah hari, then die senyap kejap, nanti kul 3 lebih die gerak lagi. tapi semalam memang lain giler. aku rasa dia slow sangat bergerak. ada pergerakan tapi tak de seaktif biasa. aku berdoa tade pape lah kat baby kan. aku harap2 sangat die ok. 

masa buka tu aku kuatkan diri masak nasi, masak lauk sikit untuk suami, and suami balik kul 6 lebih. dari kul 4.30 petang dia keluar dari ofis, nak smpai rumah sikit punya lama, dia kata jalan jem. erm...sabar jelah.
buka aku makan kuih dengan keropok lekor je. nasi aku tak jamah pon aku rasa perut aku dah masuk angin and dah tak boleh accept benda berat. minum air teh suam and terus solat magrib. then duduk berehat barulah aku rasa ada pergerakan dari baby. lega aku...

then malam aku tido awal.. sebab aku dah mengantuk.
ape yang aku nak share is , aku rasa lain sangat perasaan puasa sebagai orang mengandung ni. aku dlu kalau puasa time anak dara, puasa ke tak same je. sebab aku dah biasa puasa ganti hari biasa kan. tapi bila preggy ni...rasa tu lain sangat. even dah tak larat ni, tapi aku kuatkan juga. aku nak juga penuhkan puasa. and baby pon cam tau je kan, aku puasa and die tak main ganas2 sangat. sebab..kalau die bergerak aktif aku sure lapar. lapar dan lapar. 

pagi2 ni boleh plak terview stoberi coklat buatan si Nad. adoi ai....

4 comments :

Cik Nina said...

love ur story dear. tak sabar plak nk merasai ade insan lain yg hidup dlm perut kite :) be strong k sha :)

Lovely Fieyza said...

weh.. kau watpe kt court? amek minit ker? cer cite cket pasal kerja kau.. cambest jer.. hihi..
tahniah la tasa kau berjaya puasa.. chayok3!!
ape lagi.. buat la stoberi coklat tu.. mesti kau selera nanti nk buka..

cendawanpink said...

huhuu..pgalaman pose time ngandong tu nikmat..org ngandong je leh rase..:D aku xngandong xleh rse..hik3..

balek t ko bli stoberi celup coklat sndiri ekk..hehee..ikot style simple aku wat..:P

eda_ej said...

awal2 pregnat cam tu la.. kak eda time pregnant kurang dari 5 bulan asek nak melantak je.. tak pe la dik, tabahkan hati ok... harap cukup la pose sebulan.. cayok2!! =D

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.