Friday, September 30, 2011

apdet pendek2 je.

ok hari ni apdet pendek2 je. sebab malas nak tahep panjang2. geli orang nak baca nanti.
semalam aku ada kes "faraq nikah" 
faraq ni pembatalan nikah. permohonan batal nikah ni dibuat oleh seorang pakcik yang mana anak dia telah berkahwin lari di Thailand pada 19.9.2011dengan seorang lelaki tanpa kebenaran dia sebagai wali. dan membelakangkan kedudukan keluarga.
aku kesal sangat dengan kes ni sebab anak dia langsung tak ada rasa bersalah lari dengan jejaka kesayangan dia sampai ke Thailand nu...semata2 nak kahwin. bapa dia tenang je masuk mahkamah bersama emak dan seorang adik perempuan dia tunggu di belakang dewan. anak dia buat muka tak bersalah malah mencabar untuk meneruskan kes dengan perbicaraan. ouh...kasihan aku tengok mak ayah dia..macam nak menitis air mata aku.
kenapa seorang anak sangguh eh buat begini kepada ibu bapanya???
bapak dia nak faraq nikah ni sebab bapak dia rasa bapak dia berhak mewalikan dia, dan sangat terguris hati dengan tindakan si anak melarikan diri dan berkahwin sehinggan menafikan hak dia sebagai wali. apalah salahnya kalau kau mintak kebenaran dia, kalau dia tak benarkan pon kau boleh mohon wali enggan kat mahkamah. tade salahnya kau nak kahwin. betul niat nak kahwin tu. tapi sanggup ke kau lukakan hati ibu bapa kau yang membesarkan kau, memberi kan kau pelajaran, didikan..apekah??? tiada kesedaran betul. aku kesal. kesal. kesal.
nikah di Thailand tu, jangan ingat semuanya sah semata2...kau pasti ke saksi2 itu orang Islam? waima jurunikah itu sendiri?? kalau setakat tulisan jawi , ayat2 Alquran yang dia boleh baca sepotong dia, tau kah kau akan tauliah dia?? kalau benar Islam kesemua orang yang terlibat takpe. kalau mereka menipu?? bak kata bos aku, " di Thailand ni, bawah pokok pon boleh jadi pejabat, kedai kopi pon boleh jadi pejabat"

maaf kalau ada yang terasa. aku memang kesal. terlalu singkat fikiran mereka ini.

*********************
aku rasa sekarang ini aku macam berada di negara asing. mana2 aku pegi penuh je muka2 pendatang ni. rimas betul aku. betul mereka mencari rezeki di bumi Allah. kita tak nafikan rezeki Allah di mana2..tapi..kalau dah terlalu ramai yang mendapat hak kerakyatan Malaysia sebagai pemastautin tetap, sedangkan bahasa melayu yang basic tu pon tak boleh sebut dengan baik, masih ada telor negara asal ...korang rasa layak ke mereka mendapat kerakyatan???  
aku setiap minggu berdepan kes pengesahan nikah. pengesahan nikah ini dibuat oleh pendatang2 yang nak mendapat taraf pemastautin tetap, mereka kena daftarkan perkahwinan di negara asal sebagai salah satu syarat untuk mendapat taraf tu. bayangkanlah kalau dah datang Malaysia tahun 1985 masih tak boleh cakap melayu dengan baik, aku rasa betapa tak layaknya kau memegang hak kerakyatan itu. bukan bahasa je aku bengangkan, duduk di sini mendapat subsidi yang kerajaan bagi, ada yang belagak seolah2 macam aku ni plak yang menumpang kat bumi sendiri...
aku jadi takut nak bayangkan apa akan jadi pada masa akan datang... macam mana nasib anak aku nanti?? bersaing dengan anak2 mereka..adakah dia akan mendapat hak dia sebagai warganegara yang sepatutnya dia dapat?? 

maaf kalau ada yang terasa. aku cuma takut satu hari nanti, peribahasa kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan menjadi satu fenomena di negara kita. 

********************

umur persaraan kalau dilanjutkan kepada 60, aku rasa ketika umur ini aku dah tua, aku pon dah bosan keja, aku fikir nak balik rumah dan tengok tv sambil makan kacang krup krap. (kalau ada gigi lagi lah kan )
semalam aku dengar Hot Fm..isu umur ni lah. hahaha..ramai yang tak setuju...tapi ada seorang brader ni..die kata dia setuju sangat umur persaraan ni dilanjutkan sebab dia kata di luar negara umur persaraan average 80 tahun. hahahaha...dah tebongkok2 masih keja weh..dia cakap juga, takde masalah dengan graduan lepasan universiti yang nak apply keja ni. banyak dah iklan keja kosong di Malaysia ni cuma graduan je memilih. ahahaha..ini aku nak gelak lagi kuat dari tadi...and dia cakap lagi, masuk kerajaan tak susah, banyak je iklan dari kerajaan tentang jawatan2 kosong ni. aku ingat ayat dia "gov keep advertise bout vacancy. cuma kena bersaing sikitlah kan" hahahahaha..aku gelak lagi kuat dari gelak2 yang tadi.
uUh...senangnyer fikiran dia kan...
kalau korang beli paper, tengok kat The Star, Utusan , Berita harian, berita minggu , job vacancy tu majoriti vacancy apa???
hahaha...senang eh nak masuk keje kerajaan?? 
cane nak masuk kalau  jawatan tak ada yang kosong. tade yang berganjak. 
dah kalau umur 60 tak pencen2 lagi bila yang muda2 nak naik pangkat?? duduk je tecongok2 sampai gaji langgar dinding.
tengoklah statistik kat sumber manusia berapa ramai graduan menganggur , kalau mereka2 ini tak diberi peluang menjadi pelapis.asik harapkan orang veteran je mentadbir, bila nya diorang nak aplikasikan apa yang diorang belajar?? takkan lah barisan pentadbir kita nak terdiri dari orang2 yang dah tua2..yang fikiran dah melayang ke rumah, bini, tanah, anak, and so on..

kalau di private makin senior makin tinggi eh gajinya??? ke perlu bersaing dengan orang muda juga??

aku memang sengaja buat entry yang tak ada konklusi. biar orang yang baca fikir sendiri :)

2 comments :

cendawanpink said...

sokong3..!!
rmai nk org asing..
kkdg2 aku rse nk mengarok je wehh dok tgok org mcm xpnh jmpe manusie..haishhh..

kalo umo 60 pencen..
alahai,kompem gigil2 g keje..ki3..
xde chance nk main2 ngn cucu nnti..ahahaa..

Puan Fady said...

sha...btol tu... kekadang pendtg asing ni b'lagak mcm M'sia ni negara diaorg sendiri.... dlm tren, lrt penoh dgn diaorg jerk.. pastu x paham bahasa pulak tu... weh geram2....

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.