Friday, October 19, 2012

abah. belum lagi aku bersedia kehilangan mu.

salam Jumaat ya readers..

kejap lagi raya aji, aku tak sabar nak balik kampung. nak jumpa abah. ye abah.

berbanding emak, aku lagi teruja nak jumpa abah. cium tangan abah. mintak kunci motor abah dan start motor abah. pusing keliling rumah. 

dulu, kalau abah balik keje, aku lah yang setia menanti di tangga. sekarang..bila aku  balik..abah pulak tunggu aku kat tangga.. 

senyum abah tak penah berubah. 

kedut2 di mukanya semakin ketara, 
keras tapak tangannya kematu kerana mencari rezeki buat kami sekeluarga..

baru2 ni, abah ditimpa dahan kayu ketika menebang pokok di Sri Medan. bermujur dia tidak dihempap di kepala. kalau tidak...
pasti abah mengikut jejak arwah adik nya dulu. Pacik Yaakob. 

"macam mana boleh kena kayu bah? "

"entahlah. dah nak kena. " pasrah suara abah.

aku penah terbayang kalau satu hari nanti, tade lagi abah tunggu aku kat tangga, 

aku ingat, dulu masa aku lompat kelas,,, kawan2 aku yang lain ada kakak yang tunjukkan keje rumah. aku ada juga kakak, tapi kakak tak boleh nak ajar aku, mak keje, adik kecik2, jadi kakak sibuk jaga adik. aku kena belajar semuanya sendiri... 
abah belikan aku buku darjah 4. abah suruh aku buat.  aku buat. 
kami orang susah, kalau bukan dengan pendidikan tak mungkin aku ada di tempat aku sekarang.

"abah tak nak adik hidup susah macam abah. abah tak nak kau bodoh macam abah"

aku semat kata2 ni dalam hati aku. 

sekarang abah tersenyum puas bila tengok aku mampu berdikari. beli kereta sendiri, bayar semua hutang aku sendiri, tanpa perlu aku menyusahkan dia lagi.. 

kami penah bertengkar. tentang tarikh pernikahan aku. ye tarikh pernikahan aku. itulah kali terakhir kami bertengkar. dan abah....untuk kesekian kalinya mengalah dengan aku. 

masa aku sakit di hospital,  abah tak pernah culas menjenguk aku di sana. abah...
mak pon ada juga. cuma ada masanya mak tak datang tengok. yang ada cuma abah. aku menangis bila abah dan suami balik. aku menangis bila abah betulkan selimut katil aku..

masa aku dalam pantang..
bila wafiy menangis tengah malam...
abahlah yang bangun temankan aku. kalau suami aku ada barulah abah lena tidur. tak payah bangun malam sebab azmee kan ada..

untuk setiap kerinduan aku pada abah, memang tiada galang gantinya..


4 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

abah ok x tasya..ckp kt abah jgn buat kerja2 tebang tu lagi..biar dia duk rehat kt rumah ea..

Abah aku pun aku xbg dah g kebun, jaga lembu sbb aku pn cm ko gak lum sedia lagi nak kehilangan abahku..

moga2 abah kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa dlm keadaan sihat walafiat..amin...

Miss Tasantek said...

aku dah cakap lah tima. die tak mau. die kata duduk rumah boring.

die dah biasa keje berat, bila suruh berehat die jadi gelisah. nak jugak keje.
aku suruh bela kambing die tak nak. hahahaha...

sue. said...

T_T..sue doakan abah sihat selalu na...kirim salam kat abah tasa...

Miss Tasantek said...

sue :) thanks sue. insya allah sha sampaikan ..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.