Tuesday, November 12, 2013

PENGALAMAN KEGUGURAN


Alhamdulillah baru ni dapat bercerita pengalaman keguguran aku. Lama dah buat draf ni tapi dok perap je. Bukan apa..masih mencari masa dan emosi yang sesuai nak aplod J

Ok sambung citer.
Masa cuti raya haji aku decide nak cuti rehat. Memandangkan aku masih lagi turun darah..aku memilih untuk cuti rehat dan tenangkan fikiran..bermula dari 14 Oktober – 18 Oktober aku apply cuti rehat. Aku persetankan baki cuti yang tinggal..yang penting aku nak rest..aku rasa aku macam tension+stress..

Hari Sabtu pagi 12 Oktober aku dah siap2 packing baju, aku terus gerak balik kampong..
Emak…sampai2 je aku kat laman..die dah tejegul depan pintu. Risau katanya mengenangkan aku yang berkeadaan macam ni.
Petang tu juga mak panggilkan mak bidan, (kawan dia) untuk urutkan aku. Masa mak bidan urut tu rasa lah badan ni memang penuh dengan biji angin.. berangin2 aku sendawa….
Ada plak mak bidan ni bagi pandangan mistik. (yang ni nanti aku apdet next entry ya)
Sehinggalah sehari sebelum raya haji , aku masih lagi tak turun darah.

Suami aku punya baki  cuti rehat dah tinggal 2 hari.. ntah lah ni pon satu masalah lagi . (banyak masalah aku ni)
So masa hari raya haji tu lah suami aku cuti dan pada hari yang sama juga suami aku kena balik Putrajaya sebab die bekerja keesokan harinya..
Usai solat maghrib hari tu, aku baring kat pangkuan suami…aku menangis. Aku tak tau kenapa aku perlu menangis..aku rasa sedih…
aku katakana pada suami, 

“ kenapa Allah uji mama pa? kenapa Allah amik anak kita pa? kenapa Allh biarkan mama melalui benda yang mama tak suka pa?”

aku tau tak baik kita Tanya “kenapa” dengan takdir Allah. Ketika itu aku macam dah tak tahan. Kalau gugur, gugurlah. Kenapa aku kena tunggu ? kenapa orang lain boleh gugur terus bleeding dan cepat prosesnya? Kenapa aku kena tunggu berminggu2??

masa dan ketika ini , fikiran aku dah berkecamuk. Tak boleh nak fikir apa2..
Malam tu sebelum suami tinggalkan aku balik, dia mintak aku bersabar. Insyaa Allah ada  hikmahnya.
Keesokan hari selepas solat zuhur..aku rasa perut aku tak sedap…tapi aku tak buat apa2.. aku fikir mungkin dah tiba masanya "ia" akan turun…
Jangkaan aku betul…petang tu aku dah turun darah warna coklat macam permulaan period tu. Bermula dari itu aku dah start pakai pad. Sebab aku rasa bila2 masa darah ni akan jadi banyak..

Sehari…
darah masih coklat dan banyak macam period biasa

Dua hari..
darah sudah berwarna merah dan berketul2.

Tiga hari..
Darah lebih banyak dan lebih berketul2 diikuti seketul daging berukuran seruas jari.

Hari keempat , hari Sabtu.
Masa suami bangun solat subuh aku dah sedar… aku tengok jam baru pukul 6.30 pagi. Suami memang bercadang nak bawak ak ke hospital pagi sabtu tu since aku dah bleeding dari hari Rabu.

Aku rasa perut aku memulas. Macam permulaan contraction. Aku cakap dalam hati..
”its coming”
aku cuba berlagak cool..steady..aku bangun, duduk, bangun..duduk.. makin tak selesa.
aku cuba baring semula..
masa aku baring ni aku rasa macam segerombolan darah keluar dan ya..seluar aku penuh darah.

suami baru usai solat subuh. Die Tanya knapa? Aku jawab tade apa. 
(belagak kan time ni? )

aku masuk je toilet. Aku bukak seluar tengok… darah banyak…ketul2 warna hitam. Dengan perut yang memulas2 pinggang macam nak tanggal… aku baru nak cangkung …
tiba2 jatuh satu gumpal darah beserta sesuatu. Aku biarkan…
aku cuba teran sikit …makin banyak darah keluar…
lepas beberapa minit…aku rasa contraction tu mula reda..aku cuba kutip apa yang jatuh tadi.

(doctor dah pesan kat aku, apa-apa yang keluar, ambil dan masukkan dalam bekas bawa ke hospital sebagai rujukan)

aku asingkan darah dan ketulan2 seperti daging tu. Menitis2 air mata aku..
itu lah anak aku. Anak yang aku kandung 2 bulan.. walau ia hanya janin..tapi itulah darah daging aku.
Mulut tak berenti2 selawat , istigfar.. aku cuci baki2 darah yang berselerakan di lantai…. Aku masukkan ke dalam balang kaca ketulan2 serupa daging tu.
dari segumpal daging yang aku dah tak faham rupa bentuknya itu , ada satu darah yang beku.. yang tak terasing dari darah2 yang ada..die lekat dengan satu daging warna putih sebesar tapak tangan. Aku rasa ini kantung janin. Keadaannya macam dah koyak rabak kantung ni.
Bersama linangan air mata aku cuci pelan2..aku masukkan dalam balang dan aku pon mandi..bersiap nak ke hospital.

 Sampai Hospital Sultanah Nora Ismail …terkenang pulak kenangan time nk bersalinkan wafiy dulu. Ha..dari masuk gate sampai la ke jabatan kecemasan..aku dok teringat.. kikiki..tapi skang Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail dah berpindah ke bangunan baru. Tempat aku turun kereta disorong kerusi roda 2 tahun lepas dah jadi Klinik Pakar ENT.

Masa di jabatan kecemasan, doctor cek…doctor masukkan speculum. Muncung itik tu.. yang plastic. Sumpah sakit.. mujurla aku kuatkan juga semangat…sakit2 pon aku diamkan je..
ini dia spekulum

doctor tengok pintu Rahim…doctor scan…
doctor decide pass kan aku ke labour room untuk pakar O&G tengok aku. Sama ada aku dah complete miscarriage atau belum.
Attendan pon tolaklah aku ke labour room. Sronok naik wheelchair geng…aku rasa aku macam raja pulak. Bhahahaha..
Masuk je labour room…mremang bulu roma aku.
terus kenangan bersalinkan wafiy meluap2 datang kat otak aku. Badan jadi seram sejuk…aku teringat macam mana susahnya aku nak push..warh.mcam2 lah…

Masa kat bilik rawatan… doctor India Perempuan yang attend aku…doctor ni even die Non Muslim tapi die hormat aku sebagai muslim, die tanya pelan2..die mintak aku tarik nafas…keep calm before die msukkan lagi speculum tu… huargghhhhhh!!!! Sakitnya…
aku nampak doctor pegang gunting yang besar.. eh bukan nak gunting… die nak sepit kapas nak bersihkan darah2 yang ada kat depan pintu Rahim. Errrrrkkkkk..sakit…

untuk kali kedua dirodok2 ni aku rasa lebih bersedia. Masa kat Jabatan Kecemasan tu…aku tak ready so agak sakit…
Doktor pakar sampai… doctor tengok2..belek2…korek2…scan2… tekan2 perut… then mereka sesame mereka berbincang dan akhirnya doctor bagi aku discharge sebab aku dah completely miscarriage. Tade yg tertinggal lagi…Cuma doctor pesan if ada pendarahan luar biasa, demam…atau menggigil…segera ke hospital.
Doktor tanya, nak bagi kat makmal tak daging2 yang keluar tu? Aku jawab tak nak sebab aku nak tanam.
walaupun dia hanya lah daging2 dan darah2 yang aku tak dapat nak kenal pasti rupanya…ia tetap sebahagian dari aku. Keluar dari Rahim aku…jadi aku prefer untuk uruskan janin itu dengan sempurna.
Keluar2 labour room…suami aku tade. Aku toleh kiri kanan…tade nurse or attendan yang boleh tolong tolakkan aku ke lobby..
aku jalan lah pelan2 dengan pinggang macam nak patah. Alhamdulillah…sempat singgah mini mart beli sweet corn cup. Bhahahaha…
Rupanya suami balik rumah antar wafiy..masa aku keluar masuk keluar masuk bilik rawatan wafiy Nampak aku..die nak kejar aku…masa masuk labour room kat tingkat 2, suami aku tak boleh naik sebab ada wafiy..jadinya…wafiy pn dah tak behave..die picit air kotak sampai penuh baju suami… makanya suami aku antarin dia pulang..

Sampai umah aku pon basuh semula janin tu pelan2..sambil selawat.. aku bungkus dalam kain putih dan suami tanam sebelah uri Wafiy. 
ni dia janin yang keluar.

Aku sempat amik gambar. Tapi aku tkut aku aplod kang ada yang muntah tebelahak tengok. Hehehehe..

Bermulalah sesi aku berpantang keguguran. 

Kita jumpa di next entry ya?

7 comments :

cendawanpink said...

takziah tasa..
insyaallah akan ade rezeki lagi nanti.. :)

pstttt..ngilu doh aku bace..bahahaa..walaupun aq xpnh alami.. :P

Miss Tasantek said...

thanks nanad :)
amiinnn ya rabb..

aku kadang2 kompius tengok orang senang2 dnc. sedangkan aku...
ampun...macam nak pitam sakitnya.

Hida Kadiso said...

sedih cite ko dik... akak tak penah keguguran lagi.. part yang pandangan mistik dari mak bidan tu yang tak sabo nak tau.. take care ye..

Miss Tasantek said...

sedih kak. sakitnya lain..emmosinya lain..macam2 lah..

Bidadari Si Peri said...

baru bukak blog ari ini.. baru bace cerita ini.. baru lepas lap air mata.. tabahnya kamu wahai kakak..

Nordiyana Jamal said...

Saya pun alami macam puan. Saya gugur 23 Ogos lepas. Usia kandungan 14 munggu 4 hari. Its a boy. I named him as Muhammad.

Masya Allah. Sedihnya time gugur tu ;( sampai skrg masih terasa lagi.

Saya ada kongsikan pengalaman keguguran sy dalam blog saya www.caramudahhamil.com (Search : Pengalaman keguguran)

Al fatihah untuk anak puan dan Muhammad.

Unknown said...

Sedihnya...be strong yer!

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.