Friday, December 13, 2013

Penemuan Mistik Mak Bidan


Assalamualaikum.
Ok seperti yang dijanjikan aku akan apdet tentang penemuan mistik tentang keguguran aku. Masih lagi cerita tentang gugur kan. hahahaha..
Jom mula.
Selepas aku mengetahui yang aku telah kehilangan janin tersayang, aku pon bekerja seperti biasa sementara menunggu janin tersebut luruh seperti period. Memandangkan aku tade simptom2 seperti sakit perut atau pendarahan kan..aku tade MC. Nak harap cuti rehat yang dah tinggal bape kerat tu memang tak cukup menampung if anything happen di kemudian hari .
So aku pon bekerja seperti biasa…seminggu…2 minggu..

Eh. Korang dah baca kan entry sebelum ni? Ha..

terus ke part mak bidan urut perut lah ye.
petang2 tu mak bidan (kawan mak aku) pon sampai . steady mak bidan ni, aku tepon baru sengah jam…die dah sampai dah naik motor.
Bermula sesi urutan di badan… berangin2 badan aku..

“berketul2 biji angin awak ni ..”ujar mak bidan

part akhir sekali urut perut.. firstly die letak tangan dia di area perut belah kiri. Die urut membawa ke tengah pusat. Mula2 aku rileks je tapi bila die kata macam ada yang tak kena…aku pon dah berkeriut2 muka. Tak kena apa nya?   
menurut mak bidan, kalau die urut ibu pregnant, mesti ada rasa ketulan seperti bintil di area Rahim. Tapi masa dia urut aku, dia tak rasa pon kehadiran bintil tu. Then die teruskan untuk tengok saiz Rahim samada kecik atau besar. Kalau besar maksudnya masih ada isi, tapi kalau saiznya kecil maksudnya Rahim aku kecut dan kosong.. die urut2 lagi..die kata Rahim aku normal seperti biasa.
part ni aku dah rasa tak sedap hati.

Aku tengok mak bidan terkumat kamit baca sesuatu..sambil urut2 perut aku. Dia mintak mak aku ambilkan air minum secawan, dia bacakan sesuatu and tiup kat air tu. Dia mintak aku baca selawat 3x kemudian minum air tu. Aku tak membantah. Ikut je.
Lepas aku minum..mak bidan tu pon cerita lah..
Masa dia urut perut aku, dia kata rahim aku kosong. Tade apa. Macam Rahim orang tak mengandung.  Kemungkinan kandungan aku di’larikan’ orang.  Masa mak bidan ni cerita, tiba2 dia berhenti. Terdiam. Pastu dia cakap “ish. Meremang pulak “
hah. aku time ni dah kecut ijau je muka. Meremang2 pulak mak bidan ni.. aku ni dah le penakut. Isshhhh… (-__-)

Memandangkan esok adalah hari raya haji, so die dah pesan awal2..kalo tiba2 turun darah pegi sepital..kalo tak juga..nnti sehari selepas hari raya haji dia akan datang lagi.
Malam tu aku nangis ketika aku ceritakan pada ayah aku apa yang mak bidan ceritakan. Mak aku pon sedih sebab tengok aku macam kecewa sangat kehilangan janin ni. Ayah aku kata, memang ada zaman2 dulu kejadian macam ni, zaman dahulu ada kejadian kandungan hilang. Ayah cerita lagi, kepercayaan orang dulu2, kalau mengandung dan bermimpi ada orang datang dan minta nak ambil anak dari perut kita, mungkin kejadian itu memang akan betul2 berlaku. Selalunya kehilangan janin  ini dikaitkan dengan usaha bomoh2 yang melarikan (secara ghaib) anak dari kandungan seorang ibu dan kemudian memberikan kandungan itu kepada perempuan yang sudah lama berkahwin dan tak punya anak yang datang berubat dengan bomoh tersebut. 

secara kebetulan, aku memang ada mimpi mendukung seorang baby pakai topi pink,bedung pink, aku jangkakan ia seorang perempuan. ketika aku mendakapnya dalam pelukan, ada seseorang datang menghulur tangan dan mohon meminjam baby tu, aku pon terus bagi. dan tak lama lepas tu aku tersedar dalam keadaan bepeluh2..dah subuh dah masa tu. ia terjadi secara kebetulan barangkali?

Karot kan bunyinya? Tapi itu lah kepercayaan orang dulu2 .. sebelum Islam dihayati sebagai panduan hidup.

ayah nasihatkan aku untuk solat hajat dan permudahkan semua urusan. Kalau betul aku keguguran, biarlah ia berlaku dengan lancar.
aku buat solat hajat dan Alhamdulillah..
sehari selepas hari raya haji, aku pon mula turun darah…dan cerita seterusnya ada di entry sebelum ni.

Cuma aku nak share sikit tentang pendapat orang tua2 dulu2 kala..kalau pregnant jangan bising2.. diam je. Kalau boleh tak payah nak post kat mana2 tentang kandungan kita, yang penting kita jga diri. Bukan apa…takut kejadian yang tak diingini berlaku dan ia memberikan tekanan kepada kita pula.
mungkin ada betulnya..
Seiring usia yang bakal menginjak 26 pada 2 Januari nanti…
aku nak cari kehidupan yang lebih tenang. Lebih banyak mendekatkan diri padaNya.. tak perlu lah tulis lebih2..bimbang menjadi riak yang tidak aku sedari. 
tinggal kenangan...


Ok geng. Berundur dulu ya..

4 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

sabar ea yang..insyaallah ada rezeki t..xmo sdey2..

Miss Tasantek said...

aku ok beb. thanks.. kata semangat dari kawan2 even just 2 words..
itu lah yang buat aku rasa tenang :)

by the way...
selamat ulangtahun auni!

Totin said...

heheee tulaa dulu masa preggy memang tak bagitahu orang pun sebab tak sure outcome lagi. bila anak dah keluar sihat walafiat baru yakin bagitahu orang.

Eda Ejai said...

meremang la tasa.. sory ye akak baru bace enrty ni hari ni..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.