Monday, November 22, 2010

bercuti :) + :(

slm sejahtera buat peminat2 aku kat luar sana tu..
aku tau ramai yang menjadi silent reader aku terutama sekali kekasih gelap aku yang sedia ada gelap dan tak akan putih ...hah! cuba lah teka :P
by d way kegembiraan pada raya aidiladha tahun ini pada awalnya di sambut meriah di selangi dengan kabar sedih pemergian salah seorang kaki tangan jabatan aku dan berakhir dengan kemeriahan perkahwinan my lovely and beauty cousin...
erm..ok, kite mula dengan berita sedih dulu ye..

pada 19.11.2010 jam lebih kurang 7 petang, seorang kakitangan jabatan aku telah pergi menyahut seruan Ilahi, di mana beliau / arwah telah terlibat dengan kemalangan di lebuhraya Utara Selatan menuju ke Melaka, 
kemalangan itu telah menyebabkan arwah terperosok di bawah lori tanpa di ketahui bagaimana kejadian itu berlaku sebenarnya,  Pemandu lori itu hanya menyedari ada berlaku sesuatu apabila sebuah kereta mengHon beliau dan memberi isyarat untuk berhenti di bahu jalan, dan ketika itu beliau tidak menyangka di bawah lorinya itu ada sekujur tubuh kaku lengkap berpakaian "smart rider" (ala..baju yang rider motor selalu pakai tu ) 
*kronologi kes ini diceritakan semula berdasarkan makluman oleh ayah arwah *
arwah meninggal di situ juga.. Al -fatihah kepada arwah Azri bin Tuliman.
jenazah telah di bawa ke hospital melaka untuk di bedah siasat dan jenazah tiba di kampung halaman arwah di Kg Melepang, Ladang Sagil,  Tangkak jam lebih kurang 2 petang sebelum di sembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah kampung arwah..

menurut kawan2 dan kakitangan di mahkamah ini, arwah ialah seorang yang baik hati, dan sering tersenyum, menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di samping seorang yang mudah mesra ...
menurut ibu bapanya juga, arwah seorang anak yang baik dan tidak mempunyai masalah, arwah rapat dengan saudara mara dan ibu serta ayah arwah meredhakan pemergian anak mereka andai telah tertulis ajalnya ...
sekali lagi..
al-fatihah ....

                                                           ********************

pada hari raya aidiladha yang lalu aku dan keluarga telah bersama2 memeriahkan majlis qurban di rumah makcik aku merangkap mak kedua adik aku hahahaha...
makcik ini merupakan mak kepada Cik Puan Bunga 
hahah...masa ni aku tak leh nak amik gmbar sebab hp aku tak memberi kerjasama...maklumlah standard dah nak gi baling kt parit kan...hahaha...
ade lah pic2 tu diambil oleh kak bunga insya allah lau die haplod kat blog or FB die aku bagi lar kengkawan lain tengok secara tagging2..heheh...

on 20-21.11.2010  akak sepupu aku kak Lela, telah  selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di rumah kediaman makcik aku di Kg. Sri Paya Pt Raja..
majlis yang disambut meriah oleh sanak saudara itu tak dapat aku tunggu sehingga selesai sebab aku kene balik KL petang tu juga...
so lepas je akak spupu aku sanding aku pon Chau Sin Chi...
HENSEM kan aku???
of course la ....*belagak*

pejalanan balik ke KL memang sgt bosan...yelah dah lame kan suti..tibe2 nk sambung keje..rase cam ....
buhsannyer!!!!
sekian dulu untuk hari ini...
gua chow lu ...

ouh..penat!
tasantek.. 
2.37 ptg
MRS 5 


3 comments :

Cik Nina said...

awk memang hensem...:D

Miss Tasantek said...

thanks nina ...selamanya hensem ya..
nina pon ape kurangnyer...cantik gak..comei sokmo deh :)

akuslumber said...

sedang sy search name kampung sy, ternampak awk nyer blog and ade plak cite psl seorg kenalan awk meninggal. dan rupe2 nye itu adalah cousin sy..semoge beliau dicucuri rahmat Allah..aminnn..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.