Tuesday, December 28, 2010

buat si dear :)

2 hari yang lalu aku ceritakan kepadanya akan kisah2 lelaki 
yang pernah hadir dalam hidupku suatu masa dahulu..
ternyata hatimu sedikit terasa...
niat di hati tidak lain hanya ingin kau mengetahui akan kisah silam yang pernah aku lalui agar tidak menjadi ungkitan di kendian hari..
aku masih ingat riak mukamu yang seakan2 kecewa 
tatkala aku memuji lelaki lain di hadapan mu syg..
aku tau kau merasa dirimu tidak punya apa2, 
tetapi...percayalah syg, hanya kau yang bertakhta di hati :)
berpaling wajahmu tatkala aku menceritakan kepadamu akan kegagahan 
Fahrin Ahmad dengan badan sasanya,
Iqram Dinzly dengan senyuman menawannya, 
zul huzaimy dengan gaya selambanya, 
dan ramai lagi jejaka2 kacak malaysia yang aku ceritakan kepadamu...
aku melihat ada raut kecewa yang cuba kau sembunyikan di sebalik tawamu sayang...
tidak sayang..
tidak....sama sekali kau sama seperti mereka...
kerana...
 kau lebih bermakna di hati dan mataku, di jiwa dan perasaanku, di lubuk sanubariku...
kau lebih kukasih lebih dari diriku, di setiap nafasku,  di setiap denyut nadiku...
di setiap langkah kaki ku,
kau lebih berhak ke atas cintaku, kasih sayangku, rindu dan tangisku...
sayangku, 
itulah kamu..
"siapa pun kau di mata orang lain itu tidak penting bagi ku..
kerana kau begitu istimewa di mata hatiku..."
dialah si kekasih hati ku :P


 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.