Friday, March 4, 2011

kalau aku dapat kau...mati aku kejekan.

peh...peh..peh...
pagi2 Jumaat ni aku dah hot. tapi tak lah se hot last friday kan..
uhuk. kang ada yang hati panas lagi. :P 
pagi tadi, seperti biasalah kan..aku pegi keje dengan si budak degil , sampai je ofis aku terus tuju ke parking. 
memang dah tau dah, si dear tunggu kat park.
kua2 je dari kete mawi si dear dah terpa kat aku, ehem. rindu katanya..
then aku dengan ghairah nyer bercerita macam aku ni tak jumpe die 2 bulan.
siap citer bangun kul bape, arini mawi bawak kete cane..macam2 lagilah.
tibe je aku terperasan, sebelah mawi parking tu ada avanza biru, 
(macam biasa nampak je avanza biru ni)
abaikan.
dalam pada aku bercerita2 tuh..dengan gaya tangan, mimik muka, dan diselangi gelak2 hantu kan, tibe2 je si dear diam dan pandang mata aku.
aku terkedu, (erk..nak ape ni???)
then die cakap cam ni, 
"yang abang nk gitau ni.....tayar kete ayang nak kene curi pagi tadi "
*doing* 
*tekebil2*
erk..kene curik???
ouh..terus lah aku menjadi hot2 and spicy kan.
dan2 tu aku terus rasa ada aliran panas dari ujung kaki naik kat kepala aku.
lancang je mulut aku berbunyi  
"kalau aku dapat kau , mati aku kejekan" 
bajet cam gangster kampung pisang kan, tanpa sedar aku dah membebel sampai ke kantin. 
aku tak marah pon pada si Dear, tu bukan salah dear pon...tu kan salah si pencuri vongek tanpa sempadan.
setelah aku puas membebel2 membabi buta   si dear pon menjelaskan bagaimana dia menyedari akan tayar aku yang tercabut sudah dari kereta. avanza biru tu rupanya kereta abang dear (abang ipar aku lah ) dah tayar tecabut, naiklah kete abang gi keje :)

pagi tadi, ketika si dear sedang panaskan kereta sumpah die tak perasan akan tayar kereta yang sudah di tanggalkan nat2 nya itu .
setelah cukup panas enjin kereta, dia pon bersedia nak gerak, elok je dia jalan, tiba2 dia dengar bunyi "grek" bunyi2 yang pelik pada kereta memang perkara yang cukup PANTANG  didengari oleh si Dear, die terus pandang cermin sisi dan melihat tayar kereta aku yang dah terkuar sikit dari kedudukan asal, nak tak nak si dear terpaksa berjalan perlahan2 untuk kembali kepada kedudukan parking sebelumnya.
tanpa melengahkan masa lagi, dia cek2 lah pada tayar tu..
korang tau tak, itu tayar sudah tiada skru ok. tayar semata2 je. skru tade..kalau tadi si dear jalan terus laju, konfirm tercabut dan...tak mau bayangkan apa berlaku.

wadehel perompak?? kau nak curi skru je ke?? 
kalau nak skru gi kedai skru lah. pasal apa bukak skru tayar aku.tahi kambing punya perompak. 
geram je aku dengar si dear cerita. 
menurut si dear lagi, sekarang memang tengah musim curi tayar kat taman rumah dia tu. so perompak durjana itu semua aim MyVeeLady aku sebab myvi antara yang senang nk "dikerjakan."
binatang apa lah perompak tu kan, tak reti ke mencuri tu berdosa, kang kalau tuhan bayar on the spot mati masuk longkang bawah taman tu ke, tak pon kuar2 simpang kene lenyek trelar ke, tak takut ke??
seumur hidup aku bersama MyVeeLady aku tu,memang dah 2 kali kena macam ni. dulu masa aku duduk kat Ampang kereta aku kene pecah dan lappy si dear hilang. Ini jam tayar lak nak kene curi, aisey..gua dah mandikan dengan air Yassin beb. dah baca2 dah masa lepas kejadian pecah kan kete tu, tapi masih lagi ada yang menatang durjana yg berkenan kat kete aku. siot benor perangainyer tu yeop!

Ape2 pon aku anggap ini sebagai dugaan, semua telah ditentukan oleh Nya.. yang salah pilih mungkin aku..
dah tau orang kata myVi senang nak buat keje, kenape beli??? belilah kete lain kan??
erk..soalan ni susah nk jawab. hahahahaha....

pada si menantang durjana perompak tayar kereta, 
lu jangan ingat Tuhan tak nampak lu de, silap2 hari bulan tayar yang lu curi tu yang sebat lu nanti.  Tuhan maha Adil, dia tak pernah berat sebelah, lambat dengan cepat je dol..ko tunggulah..kalau bukan tangan aku yang balas, mungkin tangan orang lain, kalau bukan kau yang terima, mungkin anak bini kau yang rasa, nasiblah. Apa kau buat sekarang ialah apa yang kau akan terima esok lusa :) gua doakan yang terbaik untuk lu de !

aish..nak kawin2 macam2 lak hal nye.

2 comments :

adawiyah rahman said...

aish kesiannye miss tasantek neh...
sbarlah yek dugaan..
smg c pncuri durjana dpt blsn!
uhuk~ :)

Miss Tasantek said...

thanks adawiyah :) hohoh..harap sangat dia akn diberi balasan setimpal cish..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.