Tuesday, May 24, 2011

baru aku sedar, aku dah ada 2 emak dan 2 ayah :)

semalam, semasa aku dan suami sedang berjalan kaki menuju ke parking , aku dengar ada bunyi motor yang aku rasa aku biasa dengar. tapi memandangkan owner bunyi tu dah tak keje kat ofis aku, so aku abaikan jelah. tapi bila bunyi tu betul2 dah makin dekat aku toleh ...
ya...MAWI!!!! 
rasa cam nak peluk2 je mawi time tu. rindu banget dong. terus kitorang lepak2 kat parking bercerita tentang style rambut baru beliau yang cukup..fwah. macam bonser jaga kelab dangdut. aisey..memang ganas bro. kalau mcam nilah dulu dia temuduga dengan spa. aku yakin dan pasti beliau tak kan diterima bekerja dengan kerajaan, kah kah kah..ganas tak gambaran aku?? lantak ar. :P

kami lepak kat parking dalam 10 minit cam tu, then beransur ke kedai mamak KTM. ahahaha...lame dah aku tak lepak dgn mawi, rasa cam dah lama benor nyer aku tak dgr gurauan dia2. tulah Tuhan kesian kan kat ibu mengandung ni, baru petang semalam aku teringat mawi, siap buat entry lagi, tiba2 tepacul dia depan aku.syukur dia selamat menaiki JKR beliau. aish..aku risau mawi kalau naik JKR tu sangat berbahaya :) 

(aku rasa tak bape selesa sikit menaip dalam keadaan meja aku ada bau sirap ni, tah monyet mane duduk kat meja aku then tumpahkan air sirap sampai basah keyboard aku , kalau aku dapat aku cepuk dia masuk longkang. marah ni!)
biaselah bila dah duduk dengan abg bad, abg shiro , akram , mawi and husband mulalah kitorang bercerita tah apa2 kan. macam2 kitorang dok borakkan. sambil borak2 tu aku layan roti telur kirai dengan teh tarik, + mee goreng mamak laki aku pon aku sakau sekali :) Mawi gembira katanya melihat aku kuat makan sekarang. maklumlah makan bagi pihak kan. bukan makan untuk diri sendiri je :) 

banyak yang Mawi ceritakan . ehem. salah satunya ....ehem. 
aku doakan semuanya berjalan lancar and jadilah tahun ini sebagai tahun yang menggembirakan :) weeeehhhhuuuuuuu.....
tapi yang tak bestnyer :( on 5.6.2011 abg shiro kawin and kitorang bercadang nak berkonvoi ke Raub, tak acinya bila diorang nak singgah mandi kat sungai, aku tak leh pegi :( arh..jelesnye...diorang kata tak boleh pegi sebab aku pregnant :( tape.bertabah hati dan maafkan. maafkan..maafkan..

untuk dis week juga kami ada beberapa plan, memandangkan dis week ada beberapa jemputan pertunangan, jemputan kenduri so aku and husband serta mawi merancang lah nak pergi berkonvoi, sedang sedap mengatur perjalanan tiba2 hp aku berbunyi...
tengok no, umah mak metua aku. aku jawablah dengan sopannyer...
ayah mertua aku nak gitau, dis weekend ad kenduri and lawatan menziarahi pakcik suami yang akan berangkat ke Mekah untuk umrah. sebabkan semua adik beradik berkumpul, kami suami isteri tak terkecuali.arh!!!!!!!!!!! aku rasa nak tebalikkan meja je.
alamak...kekucaran lah aku punya plan cenggini :( 

aku tengok muka suami pon ada riak tak puas hati kan, aku rasa dia pon rasa cam aku, tapi suami aku ni anak yang baik (ceh. puji suami sendiri kan ) dia tak cakap tidak, tak cakap ya.dia cuma diam je. puas kami berbincang2 dan cuba adjust mana yang patot, tapi nampak gayanya kenalah muhasabah diri kan, sekarang ni bukan lagi zaman berkapel. skang ni dah kahwin. dan aku ada 2 orang mak yang aku nak jaga hatinya serta 2 orang ayah yang aku kena jaga hatinya.  actually pada  minggu ni juga ada majlis meraikan menantu / bertandang abang sepupu aku. tapi ni aku memang dah rasa tak bley pegi lah sebab aku memang komited and eksaited nak pegi majlis tunang odah. Yang memeningkan kepala ialah semuanya berlaku pada hari yang sama 28.5.2011. ada apa lah tarikh ni?? sangat memeningkan aku . hahahaha...

bincang2 pun tiada penyelesaian, akhirnya ketika azan maghrib kami pon pulang ke rumah membawa haluan masing2..dalam pada suami memandu tu aku memang mendiamkan diri je. kalau aku balik kampung, boleh jumpa mak aku, boleh gi umah wak long aku :) , tapi aku akan rasa bersalah pada odah, ain and nisa  serta ibu dan ayah mertua aku.  bila aku tak balik kampung, nanti abah and mak aku mesti tak dapat pegi rumah mak long aku sebab mak aku tak tahan naik motor lama2 pinggang dia sakit, umah kami tak ada kereta okeh. aku anak orang susah :) so kalau nak pegi mana2 mak akan harap aku balik antarkan dia. tapi tu dulu..time aku bujang..skang aku dah ada suami...aish...

sedih pulak kenangkan benda ni.

aku sedar..sekarang ni aku bukan lagi milik keluarga aku sepenuhnya..aku milik suami aku. 
 



4 comments :

tat!n said...

bwt istikharah. :)

nur aishah bte abd hadi said...

sedih lah darl
:(

Caza c BoOlat said...

skunk baru kite sedar kan da xmcm dulu...dulu bleh blik kg sesuke ati...skunk da kna bincang...plan nk blik kg kite...alih2 kna blik uma metua...mmg agak tacing...tp nk wat cmne...kite da milik org lain... :(

Miss Tasantek said...

yes...sape yang dah kawin akan rasa apa aku rasa skang dan bulat pasti akan setuju dengan pendapat aku ..miahahahaha..

ecah : sedih giler ni :(

tatin : cuba buat juga ni :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.