Wednesday, May 25, 2011

layanan ini bukan aku yang mintak

semalam petang aku dan suami pegi beli bateri kereta untuk kereta suami. tulah dah lama sangat tak start, weak lak baterinye. di samping memang dah sampai masa bateri tu hembuskan nafas terakhirnya kan. dah setahun . as i know sel kering kalau pakai untuk kegunaan daily memang takat setahun tu dah2 lah kan. kalau kau lanyak gak berkemungkinan ia akan menyebabkan korang kena tolak kereta dan masuk gear sebab nak idup kan kereta. ini kalau manual, kalau auto?? no choice, cari jumper. kalau tade jumper carilah kabel letrik mane2 tolong sambung bagi mengalir arus dari bateri kereta kawan, atau jiran atau sapelah yang sudi sedekah bateri. tapi jangan mimpi ar nak charge kat bateri jam ke ape eh. tak berhasil. hahahahaha..( tiba2 teringat falin ketam and fadzil pintu)

terlanjur beli bateri tu aku ajak suami singgah umah mak dia, mak mertua aku lah kan. sampai je rumah mak and ayah tak sampai lagi , so aku pon masuk umah dengan beger ayam baru separuh aku makan kat tangan. semalam aku tak tau lah kenapa aku sepanjang hari rasa loya je. makan sikit dah rasa nak tekuar balik. tapi tak adalah kuar muntah isi perut, cuma kuar air je. tabahlah tasa. bila mak sampai rumah je, aku pon salam mak and ayah dan duduk2 sambil borak2. tengah aku borak2 mak plak nak goreng ikan. bau gorengang itu...sungguh buat aku loya dan kembang tekak. Ya Allah ... tu aku masih boleh bertahan. bila mak tumis rencah nak masak sayur, memang aku tak tahan ar. sumpah bau dia...tuhan je tau cane aku rasa. loya..
ayah suruh aku masuk bilik dan duduk dalam bilik tu diam2. sambil tu aku baca2 buku sejarah ayah bagi kat aku. so that aku lupa lah kejap loya aku tu kan. 
lepas mak masak kami pon nak bersantap, biaselah kalau kat rumah sendiri,  suami aku yang suap aku makan, aku memang tak taulah kenape perangai aku mengada2 sangat time pregnant ni. makan nak bersuap, tido nak kena temankan, buat apa je suami mesti ada kat tepi aku. tak leh tinggalkan aku.  semalam perut aku sakit masuk angin sebab tahan lapar dari ofis kan, so bila dah masuk angin tak lalu makan nasi, aku makan ikan mak goreng. ikan saja...kah2 sampai abis ikan 3 ekor aku ratah tanpa sedar. then mak pon cerita2 lah kan dulu masa mak pregnant, mak pon tak lalu makan nasi, tak boleh bau orang masak, bunyi lesung pon mak tak suka. hah. ini lagi lah heavy aku rasa. 
kadang2 aku fikir kenapa lah aku ni sekarang mengada2 sangat, kadang2 aku sendiri rasa tak sabar dengan diri aku, kenapa lah aku ni??? tapi bila aku fikir, mungkin ini ujian bagi aku untuk rezeki yang tuhan bagi kan.  rata2 cerita orang yang aku dengar boleh dikatakan dugaan setiap orang berbeza2. setiap orang ada bahagian masing2 kan. bila aku fikir balik, tuhan bukan saja nak uji aku, tapi uji juga suami aku, so dari sini lah aku akan lihat sebenarnya siapa suami aku tu. bila aku tengok dia tak pernah merungut layan aku. tak pernah aku tengok dia kesal ke, penat ke, layan aku. layan karenah pelik2 aku lately. dia coOl dan steady..pernah aku gatal mulut tanya, menyesal tak layan aku cam skang?, dia cuma jawab, "abang tak pernah menyesal , untuk sayang insyaallah selagi termampu abg cuba "

aku pon bersyukur sangat bila semua family aku faham keadaan aku. mak abah aku,  mak  ayah mertua aku faham keadaan aku. malah aku dilayan seperti puteri raja.  tapi..layanan ini bukan aku yang mintak. aku tak tau kenapa aku mesti dilayan seperti ini. bagi yang belum pernah mengandung , nanti bila korang pregnant, korang akan rasa betapa diri korang berbeza dengan diri korang sebelum ini. :) dan perbezaan itu menuntuk 1001 kesabaran.

muka pucat dan mulut yang sentiasa nak makan!!!

7 comments :

wanna said...

tasa, bestnyer dengar cita kau pasal peknen..

tak sabaq nak kawen and nak peknen..
hehehehehe =D

norzie said...

tasa oh tasa. risau pulak aku nk pregnnt. ini la antara sebabnye. ko ok la jgk husband sentiasa ada disisi. aku tidak sama sekali. tdo mlm pn seringkali tido sorang2. sabtu ahad pn suami kerja. xdpt aku bygkan if aku pregnnt nnt. sape nk tgk aku, sape nk temankan aku.oh jiwa kacau. tasa ko beranak bby twins la. sorang bg aku jg. eh? ehehe..

Miss Tasantek said...

wana : ) heheh..cepat kahwin and kau akan rasa best giler!

zila :) larh..janganlah takut2 yg oi..setiap orang ada bahagian dia..aku boleh tengok kau lah kalau kau sunyi :)

Lovely Fieyza said...

hoho.. seronoknyer dgr cite kau peknen.. waa.. cite la lagi nt.. best jer.. tahniah weh..

lagu ape blog kau ni? mcm penah dgr la..

tat!n said...

anonono..hehehe..

norzie said...

ko bley tgk j weh. xkan la ko nk belai aku mcm kursi parsi kan. hahaha. kang laki ko slh sangka pulak. xpe2. tunggu bby ko kuar dl. kang kite berebut spital pulak.

Mama Gee said...

ibu mengandung mmg mcm ni..jgnlah pk bukan2...selagi tak mengada2 yg dibuat2 dan sengaja ambil kesempatan...InsyaAllah semua org leh phm... :)


anyway..tahniah yaaa

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.