Friday, May 20, 2011

catatan ibu termengandung 5 minggu

diam tak diam dah 5 minggu aku pregnant :) syukur alhamdulillah...aku sangat bertuah diberi nikmat dan rezeki di kala kami masih lagi di fasa berbulan madu. 
last week pegi jumpe doktor untuk tengok adakah kandungan aku ni normal atau ektopik (kandungan luar rahim) biaselah suami memang tak prefer government punya klinik. bukan sebab memilih, tapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku dan suami rasa serik sangat nak gi knik kerajaan.tak perlulah aku ceritakan kat sini, nanti ada pula orang kata aku riak. maklumlah orang2 ini kadang2 niat nak bergurau, tapi terselar sikit kat hati aku :) 
first2 met doktor dulu die kata aku kurus sangat. after 2 week dia timbang berat aku dah naik 2 kg. dia kata satu perkembangan yang bagus, at least seminggu aku naik sekilo :) (current weight aku before pregnant ialah 38kg) so satu perkembangan yang bagus lah aku naik 2 kilo.  
masa awal2 dulu aku masih ada selera makan, tapi lately aku memang tak lalu jamah nasi. kalau aku makan nasi pon sekadar nak memenuhi nutrisi aku je. kalau aku tak makan kesian zigot aku. nanti dia tak boleh membesar dengan sihat :)
masa doktor scan perut aku, aku nampak seketul daging bulat berdiameter 2.05cm dalam rahim aku. 
"syg, tengok tu. itu dia..itu dia." aku minta suami tengok apa yang ada kat screen. tanpa sedar aku ucapkan kata2 ni dengan air mata yang bertakung. terharu sangat. tak sangka sangat ada isi dalam perut aku ni. (T_T) lepas cek tekanan darah dan air kencing aku , doktor pon mulakan sesi consultansi dengan aku, dia tanya ada sakit kat mana2 tak, and macam 2 lagi lah.
aku pon cakap, lately aku kurang selera makan, selalu sakit belakang, kerap kencing dan susah nak buang air besar.

antara penjelasan doktor kat aku
selera makan berkurang tu sebab hormon badan aku yang sedang mengalami perubahan, macam kite period lah kan, kadang2 ada orang selera bertambah2 ada orang langsung tak lalu. cam aku ni dikira aku kehilangan selera sebab sistem semula jadi badan aku yang mengalami perubahan hasil dari rembesan hormon Progesteron.
selalu sakit belakang tu sebab tulang belakang aku sedang membentuk kan postur badan aku, kejap lagi punggung aku nak besar, dan rahim aku nak tampung satu baby, tulang2 ni sedang meregang dengan lembut ( aku pon tak lah pandai sangat kan bab2 ni, ini je yang aku dengar doktor tu cakap, lau salah boleh lah betul kan eh :) ) 
selalu kencing tu sebab rahim berada di atas pundi kencing bila rahim membesar dia menekan pundi kencing secara tak sengaja, sisa kumuhan tak boleh ditampung banyak dlam pundi, bila penuh je kena kencing. so tu sebab aku selalu kencing je. plak tu aku selalu sangat minum air kosong sebab haus memanjang :)
selalu susah buang air besar ni doktor tak terangkan secara jelas sebab dia cuma cakap, nanti dia bagi ubat bagi senang aku buang air, mungkin susah kot die nk jelaskan. hahahaha..aku ni plak dengan mata tekebil mulut sedikit terlopong aku angguk jelah kan. hahahaha...
doktor minta aku selalu berehat, doktor yang check aku ni lelaki cina muda lagi . hensem. dia sangat memahami. sistem kat klinik dia pon maju. sume pakai komputer. setiap kali pegi dapat susu percuma. rasa vanillah lah, coklat lah, susu kat umah pon aku tak minum lagi. sejak 2,3 hari ni rasa muak lak dengan bau susu. aish..macam2 lah tasa ni.
kalau kata aku teringin nak makan tu kena aku makan, sebab kalau aku tak makan aku akan ingat sampai malam, for example ari tu aku nak mkn kfc, then suami pon bawak aku gi VIVA home kat tepi Jln Loke Yew tu, mall tu baru bukak kami ingat ada lar kfc dlm tu kan, smbil nk makan boleh cuci mata. bila sampai, arh...emosi nyer..papan yang selalu menjadi rujukan kita bila kita nk gi floor ni, floor tu, nk tengok kt floor ni ada apa, tu kan belum ada. so kami kena jalan satu mall tu cari kalau2 ada kfc kan. kalau kecik takpelah kan..ini ..kusssemangaatttt...besar kau. baru jalan aras G aku dah penat. aku kata tak pelah bang makanlah benda lain. so suami kata makan subway sajalah. aku pon oder subway tu..aku makan set tuna. memang tak leh blah. tekak ni tetap kata ini bukan kfc, nk kfc juga. tapi aku cuba tahan diri tak mau tunjuk kat suami rasa tak puas hati tu kan. 

balik keje petang tu aku baru nak suarakan hasrat hati nk makan kfc untuk dinner , belum sempat aku cakap, suami kata kepala dia pening dia nak balik awal dan tido kejap. terus aku telan air liur. hampa.
tapi sebab aku dah tak tahan sangat perut aku lapar berbunyi2 minta kfc, aku cakap juga kat suami. suami kata nanti dia belikan tapi bagi dia balik dan tido dulu. 
Ya Allah, maghrib tu aku nk kejut suami tak sampai hati, aku tengok dia tido macam penat sangat. kat luar ujan lebat. aku kejut juga sebab nak suruh dia solat maghrib dan mandi. lepas aku siap mandi and nak gi solat aku lalu kat bilik tengah, aku tengok suami dah siap solat and tengah siap2, aku tanya nak gimana, dia kata nak gi bli kfc untuk aku. terharu aku. aku pandang je suami bersiap2 aku plak badan lemah abis, rasa cam tak larat sangat nak berdiri, so aku pon baring kat katil sambil perhatikan suami aku pergi. sepanjang tunggu suami aku tu aku tak sudah2 berdoa agar suami aku selamat. aku rasa kesal pulak sebab ikutkan sangat tekak ni kan, kesian suami ujan2 kena keluar belikan kfc untuk aku. (kfc terhampir dengan umah aku  hanyalah di Alamanda yang mengambil masa kira 20 minit memandu :( ) aku nangis semahu2nya sebab aku rasa aku dah susahkan suami, suami aku tu sanggup je demi tak nak menghampakan aku. Ya Allah ...kasih betul suami pada seorang perempuan annoying seperti aku ni.

bila suami balik dengan kFc di tangan, dia terus siap2 hidangkan atas meja and papah aku bangun makan, terus aku lahap kfc tu macam orang tak pernah jumpa kfc. aku tak sangka aku begitu sekali weh. lepas aku makan dan abis kfc tu baru aku rasa badan aku bertenaga and boleh bangun berjalan2 dlm rumah. berbeza dengan waktu maghrib tadi yang aku rasa seksa betul nak bergerak dan berjalan. rasa nak pitam je.

walaupun hari2 aku lalui dengan perkembangan2 baru diri aku, aku tempoh dengan redha. tak semuanya indah time awal2 ni tak sume nye pahit. kata cik puan bunga nanti bila kita dah bersalin, ini lah masa yang paling manis kita nak kenang. so aku laluinyer dengan tenang even kadang2 rasa cam nk give up tapi aku kuatkan semangat demi seketul daging yang kian membesar dalam rahim aku ni :)

7 comments :

Cik Puan Bunga said...

Jangan ah tulis 'termengandung' kesian zigot kau. Kehkeh. ah banyak ah aku nak cerita. maklumlah perangai kita kan lahanatnya hampir nak sama, jadi mungkin cerita aku boleh kau jadikan iktibar. nanti balik kampung kita gosip ah! huhuhu!

adawiyah rahman said...

alalala..untungnyer la badan miss tasantek..
smg slmt smuenye, smg kekal bhgie.aminn :)

p/s:sy plak yang tak sabo nak tgu baby akk kuo!haha :P

Miss Tasantek said...

CPB :) eh, kesian eh?? ok2 pasni tukar. ape lagi nanti kite msg2 ar kan cam biase. back pain menghantui tido malam aku. normalkah???

wiyah comel : syukur..stakat hari ni memang dapat dipenuhi segala permintaan. lambat lagi kuar nyer..tahun dpn baru kuar :)

lalinkmanish said...

woaa.jeles dengar cter..excited jdnye..bile turn kitee..:P
seru lme g..hihi
tcare akaq :)

~najwa~ said...

tahniah..
1st trimester (up to 13 weeks) kena jaga2, rehat lebih..

tat!n said...

when is my turn..hahahah.. :P

Miss Tasantek said...

lalinkmanish :) iyarh...nanti akan tiba masa kamu syg :) sabar dong..

najwa :) thanks ye..ehem. sedang cuba menjaga sebaik mungkin ni :)

tatin : ya ampun...kawin yg cepat jadinya bisa jadi seperti aku :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.