Monday, May 23, 2011

Isnin yang OuTTTT!!!

huh. letih mak noks..tempuh jem. (ehem. bukan aku pon yang drive, aku duduk sebelah co pilot sambil angkat kaki letak kat dashboard )  kah kah kah kah..
pagi ni aku kejut suami aku bangun gi keje, tapi dia malas bangun. puas aku pusing2 kan teddy bear dia yang sangat besar itu, tapi dia kepit je. tak mau bangun. aish. aku geram aku picit idung dia. padan muka! puas ati aku.
lepas aku mandi aku nak gi solat and nak iron baju kat bilik blakang , aku cari sterika aku takde. lorh. gawat deh. aku dah lah lambat ni, dah kul 6.30 tak pakai baju lagi, sterika lak ilang.
tiba2 aku dengar ada orang kelentang kelentung kat dapur. 
aku jengah lah, rupanya suami duk kat sinki tengah gosok sesuatu.
Lailahaillallah..
korang tau tak, suami aku tengah gosok iron tu dengan berus periuk, dia kata iron tu dah lobangkan seluar dia and dia tengah berusaha nak bersihakan iron tu. 
kau gila???? dah pukul bape nak bersihkan iron tu, aku nak gi keje ni. 
mujur lah aku ada simpan iron spare hadiah hari keluarga suami aku, aisey..suami aku ni.....
aku suh dia tinggal iron tu kat dpur balik keje kang aku selesaikan. aku suh dia iron baju dia cecepat and bersiap gi keje.

masa kami keluar rumah , biasenye dia kunci pintu and aku akan picit butang lif, untuk mengelakkan masa terbuang. tapi tadi sampai lif tu dah terbukak suami aku tak juga muncul kat depan lif, aku masuk je lah dalam lif tu sambil jerit " bang..cepat.." hahahaha...dah macam ape tah aku menjerit. tapi tak juga muncul sebabkan dalam lif tu ada sorang akak yang dah sedia menanti kan, so aku pon masuk jelah . aku tinggal suami aku. geram. 

sampai je kat parking aku panaskan kete guna kunci aku, aku tengok tank dah tinggal 2 bar. myvi der, kalau 2 bar tu tak leh nak pakai ekon kalau nak smpai KL. perjalanan dari Putrajaya ke KL 30 km , plak tu dah lambat memang tak bijak lah kalau kau ikut laluan selain dari highway MEX. so aku kena ikut gak lebuhraya takde petrol pam tu. sampai lah turun kat Kuchai Lama, jalan dah jem. teruk. tak gerak. 
huh. :( dah lah tak boleh pakai ekon, jem pulak, minyak dah nyawa2 ikan, tade lak petrol pam yang berdekatan. sabor je lah.

dalam jem2 ni dengarlah berita kat Hot FM pasal tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Ulu Langat tu. ada sorang pemanggil ni yang menunjukkan rasa tak puas hatinya aku rasa dia tujukan kepada kerajaan, dia punya ayat lebih kurang macam ni  " tulah bila dah jadi macam ni baru nak salahkan pihak tu, pihak ni, sampai bila kita nak terantuk baru nak tengadah, sepak batu, batu yang dimarahkan " ada lagi dia nak membebel tapi crew hot dah cut apa yang dia nak cakap. 
terus aku dan suami berbincang pasal benda ni, dalam2 jem, dengan tingkap tak leh bukak besar2 (abuk dan asap kenderaan yang tak sihat ) aku pon cubalah menyuarakan apa yang aku rasa secara peribadinya..
" pada brader tu, benda ni terjadi akibat sifat manusia yang tak nak ambil berat akan perkara2 yang sepatutnya dia ambil berat terutama sekali untuk membuka pusat madrasah seperti tu, kita ketepikanlah nasib anak2yang tak berdosa yang telah pergi menghadap Ilahi, kita tengok kesalahan sapekah yang menyebabkan mereka pergi?? pusat itu tak berdaftar dengan KPM, tak berdaftar dengan mana2 agensi di bawah kerajaan, dibina tanpa mendapat kelulusan dari PBT, tak ada sijil kelulusan menduduki, dibina pula atas lot tanah persendirian yang bersempadan dengan rizab hutan, tu sume bukan salah kerajaan. dia dibina atas tanah persendirian.  Cerun kat belakang tu tak ditarah mengikut kelulusan kejuruteraan cerun, cerun ditarah 70 darjah dan ini sangat berbahaya bila hari hujan, ada pergerakan air dan pergerakan tanah.  
cara brader nak salahkan kerajaan seolah2 kerajaan tak mengambil berat tentang nasib anak2 madrasah memang tak wajar, banyak lagi sebenarnya aku nak tulis tapi biarlah kita sendiri bukak minda dan fikirkan, kenapa ada sifat sesetengah manusia yang suka sangat tuding jari pada kerajaan.  baca, kaji, dengar berita btul2 jangan senang2 cakap kerajaan tak ambil berat :) " 

dalam jem2 tu aku membebel2 dengan suami, suami pon membebel2 juga pasal benda ni. bukanlah kita nak cakap kita ni baik kawan, tapi bila dah jadi macam ni, siasatan perlu dijalankan untuk memastikan atas kecuaian siapakah kejadian ini bole berlaku. :) sebelum kita salahkan takdir, sebelum kita kata ajal dia dah sampai, kita kenal pasti dlu kelemahan manusia yang menyebabkan kejadian tidak diingini ini belaku :) 
kasihan pada anak2 yang tak berdosa. 
Alfatihah.


dah puas membebel tak sedar kitorang dah sampai ofis, punch on 8.23 pagi. lambat 23 minit. huh. nama aku naiklah bulan ni kat tazkirah. ahahaha..mesti si Peah tu sakan nak pekena aku pada tazkirah akan datang. blah lah Peah. kah kah kah kah..

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.