Thursday, June 16, 2011

bukan ambil kesempatan.

kadang2 kita mengharap orang faham keadaan dan situasi kita. kadang2 kita rasa semua orang tahu akan perasaan dan kesakitan yang kita tanggung skang. harapan lah weh kalau orang nak faham kau tasa...
dah berapa hari aku tak dapat abiskan sidang bicara. aku keluar masa bicara tengah jalan. aku tak tau nak cakap macam mana, perasaan aku , kesakitan aku..aku tak tau nak describe cane. untuk orang yang pernah pregnant mungkin akan faham kot cane aku rasa ni...
panasnye dalam dewan yang berkuap tu tuhan je yang tahu. bila aku masuk je dewan tu aku rasa kepala aku terpusing2...duduk tak sampai 1 jam aku dah resah gelisah...peluh menitik dalam baju aku. bayangkanlah bilik yang tade tingkap yang boleh eksport angin dari luar + aku pakai black coat as usual.... tepat kul 10.30 je mesti perut aku minta di keluarkan isinya...aku kena lari keluar...dan lepas dari tu aku tak kan masuk balik court tu. kalau aku cuba buat juga finally aku akan keluar sekali lagi dan berlari ke toilet untuk muntah. 
aku tak menggunakan tiket sebagai preggy PA untuk lari dari tanggungjawab ok. aku memang tak boleh stay lama dalam tu. aku cuba. bukan aku tak cuba. aku lawan bukan aku tak lawan. tapi sapelah aku nak kata Tidak pada ketentuan rezeki aku?? ini yang Allah bagi dugaan kat aku, sape lah aku nak kata aku boleh elak dugaan ini??? so kepada yang terasa aku ni macam tak buat keje tu aku harap sangat pemahaman dari hati dan naluri masing2. ini bukan apa yang aku minta, aku tak minta diberi layanan istimewa tapi aku cuma minta fahamilah keadaan aku. 

pada yang rasa aku ni asyik mengeluh je sepanjang pregnant ni, harap korang juga akan faham, ini bukan keluhan. aku cuma luahkan rasa di hati. aku berterima kasih sangat kepada kawan2 yang memahami aku terutama sekali yang telah berumahtangga yang mana mereka2 faham keadaan aku ni, tanggungjawab aku dan sebagainya. pada yang belum kahwin, satu hari nanti korang akan kahwin dan akan lalui keadaan ini. mungkin lebih baik kedaannya dari aku atau sebaliknya...

jadi..sebelum terlintas kat kepala masing2 orang pregnant ni suka gunakan alasan pregnant sebagai cara nak lari dari tanggungjawab atau nak skip keje, itu tidak betul ok. cuba dulu baru tau.

2 comments :

~najwa~ said...

biaselah org pregnant ni..kdg2 emosi lebih ;) bersabor je lah, hehe

syafiqakarim said...

iqa memahami wpun tak kwen.
pelik, klo iqa jaga dalam labor room or gynecology ward econ sejuk gila
da...tp pregnant mom selalu ngadu
panas. hahah.

takpe la kak. pregnant mmg mcm tu
tp tabik la kat akak. still ada
rs tanggungjawab ;)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.