Monday, June 13, 2011

KL Gengster. apa yang tak bestnye??

Hari Jumaat lepas keje ari tu aku terus gesa suami untuk tengok movie KL gengster. well citer aksi2 ni memang favourit kami . jadi kami berkeputusan untuk menonton di Ampang. Senang nak faking (parking eh) di samping tak ramai orang. ceh. bajet tak ramaikan.
sampai sana dalam kul 6 sengah, hamek kau beratur sampai ke kaunter popcorn.  aku dengan kengkang2nyer pon beratur di sisi suami. belakang aku ada sepasang couple, berdiri terlalu rapat dengan kami, sampai aku naik rimas. rimas lah weh. dia berborak sayang2 tu menyesakkan telinga aku. Well kami yang dah kahwin ni pon time beratur tu tak berbunyi apa2 pon melainkan suami cuma senyum2 je tengok muke aku yang dah naik nak pitam sebab telalu sesak berdiri dan menjadi pendengar cerita orang belakang. chet. depan aku ada sepasang couple juga, tapi kami tak lah berdiri terlalu rapat di belakang mereka, sebab kami tak nak jadi macam orang yg kebulur tak dapat tengok movie. beratur rapat2 macam lah kaunter tu lari kan. rileks sudey. kau nak berborak2 sayang2 pon beragaklah orang tak nak dengar de kau punye cerita. 

sampai je masuk dalam panggung tu da ada preview filem. tibe2 terhenti seketika . dalam lebih kurang 10minit juga preview tu benti. stuck. ..aku teringat masa aku tengok movie dengan nisa, wani and tatin time bulan puasa dlu2. tengok citer The Expendables kat KLCC. kah kah kah...preview tu terhenti juga, sampai ada yang jerit " oi..org nak masuk ofis  ni cepat la woi.."  yang jerit tu lelaki. hari Jumaat weh. rehat lama kan. kami manfaatkanlah tengok movie :) rindu nak macam tu lagi :) 

sepanjang tengok citer KL Genster ni aku enjoylah dengan aksi Aaron Aziz , Adi Putra and Ajib :) tak lupa juga Abg Long Padil :) keh keh keh.. actually bagi yang minat citer aksi cam aku, ini pandang peribadi aku lah kan, cerita ni tak susah nak faham, senang nak carry citer ni sepanjang tayangan, cuma bila Shamsul appear je  aku rasa nak hentak2 kaki sambil jerit APA PON TAK BOLEH. sebab aku tak suka . 
tak perlu  lah nak bertatu bagai nak tunjuk kau gengster, bertindik segala, (yg ni mungkin die pakai anting2 lekat2 tu je ;P ) tapi pada aku la, tak perlu nak buat cenggitu untuk nampak gengster. for example, Dominic Toretto (ehem. febret artis ni) tak perlu lah tatu segala kat leher ke kat lengan ke, tapi die tetap dipandang sebagai gangster, pencuri dan juga car racer yang menjadi teraju utama filem Fast Furios the series.. 
semua orang yg tengok filem tu rata2 aku tanya cakap benda yang sama, Shamsul terlalu statik untuk watak tu. macam tak masuk lah senang kata. apekah?? hahaha...ok lar aku cakap sekadar berkata2 kosong. maklumlah tade basic pon dlm perfileman kan. jangan lak nak saman2 aku kata aku kuang ajar la ape kan. haha.ini pandangan peribadi saje. 

aku nak tengok sangat citer ni sebab aku ada terbaca kat wall kawan aku tentang tayangan filem ni yang menjengkelkan sebuah badan NGO yang katanya berjihad demi kepentingan agama dan rakyat. well sejauh mana perjuangan mereka aku tak tau la kan sebab rata2 pon aku dengar sal NGO ni bukan tentang perjuangan, tapi tentang kuasa mereka yang menakluki sesuatu kawasan. betul tak betul tu wallahu allam. 

mungkin aku tak terbuka atau tak terdedah tentang badan NGO ni dari dasarnya kan tapi pada aku lah kan, kalau orang biasa yang tengok citer ni, tade pe yang menjengkelkan heheh..apa yang dipaparkan ialah sikap sebenar orang melayu. kenapa aku berani cakap macam ni?? sebab orang melayu memang suka bergaduh...suka berebut sesuatu..suka dengki mendengki...hahaha...aku pon melayu , sebab aku melayu aku berani cakap benda ni. sebab tu la bangsa kita jauh ketinggalan, sebab benda2 ni yang jadi pegangan. kita bertikam lidah sana sini sedangkan di satu sudut yang lain ada bangsa2 lain yang bertepuk tangan dengan kejahilan kita bergaduh sesama melayu :P. Samada kita nak benci orang yang bawa perubahan atau kita duduk di takuk pemikiran  yang lama dan selesa berada di zon tersebut. tanpa sedar kita telah memberi peluang kepada bangsa2 lain menjadikan kita batu loncatan mereka :) 

well..ape pon kL gengster best. :) enjoy sangat tengok citer ni. sangat enjoy dengan Ajib :) miahahahahaha...

7 comments :

tat!n said...

yeah,menunggu preview filem yg rosak mmg menjelekkan.hahaha.

Miss Tasantek said...

ahahahaha...."cepatlah woi orang nak masuk ofis ni!!!" ngeh2...
aku teringat je weh..kah kah kah kah ..

nur aishah bte abd hadi said...

MMG BEST gilakkkkk r cite ny an
tp ok sikit lah si samsul tu blakon daripada yg b4 ny :)
sekali wa sENGGGGGAT
HEHEHE

nur aishah bte abd hadi said...

MMG BEST gilakkkkk r cite ny an
tp ok sikit lah si samsul tu blakon daripada yg b4 ny :)
sekali wa sENGGGGGAT
HEHEHE

tat!n said...

tu la tu..kantoi dorang x g smayang jumaat,haahha..

Miss Tasantek said...

ecah :) aku suke ajib!!!
tatin :) sengal kan. tu lah masa kita nak duduk kemain lagi suh duduk cepat. tak nampak la ape la. sekali stuck padan muka kita semua ;) hahaha..

Unknown said...

Sya...ni bkn nasihat...

nk berurusan ngan yg lebih senior (tUa umonya) ada skillnya....sbb manusia ni byk kategorinya..ada yg pk turut, (Yess man) ada yg bole runding, ada yg pnas mmbara...
Umo sbya mak sya kira dh nk monopos..so, hormon mmg xstabil...dia mgkin leh masuk kategori pnas mmbara....tips nk tackle org pnas mmbra ni..puji dulu..ckp elok( tnyer lerr hal2 koge dia ke, beg baru dia ke, emas dia ker..wpon dlm ati x kose nyah...tp sbb kita nk hak kita n xmo cari musuh..lyn jek lah.....lg 1 kene ingt, kita pon akan alami usia dia (kalo sempat..)oh ya...kita juga prlu amik pngalaman dia +idea kita tuk kita guna dlm bidang keje kita ni....sentiasa positif dlm apa hal..jgn susahkan prkara yg mudah..kuncinya..wat baik d bls baik...dan kalo nk syg..kene beri syg dulu.....

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.