Wednesday, June 29, 2011

macam2 hal lah.

hari ni masuk2 ofis pagi, aku terus on pC. standard lah kan aku nak cek jadual kes hari ni. bukak2 je pC tengok abis aku punye icon bar and display pC aku berubah. semalam aku tak close pon window untuk blog aku. pagi ni aku tengok semua window2 aku dah tade. kalau nak kata pc ni otomatik update die tak kan ubah feature dalam ni. yang menjadikan aku marah ni, sebab aku dah tukar password aku 2 kali dalam bulan ni, and suami pon dah tukarkan password ICT Admin kat pc aku. pc aku ada dua akaun je. aku and ICT Admin. aku tak tau lah sape yang dok pedajal pc aku ni. 

aku memang sangat particular dengan barang2 aku. janganlah ada yang cuba nak usik. kat mana aku letak kadang2 nampak cam besepah, tapi itu aku punye identiti. aku tau kat mana aku letak.cane gaya aku letak, cane cara aku susun. cuma aku, aku je yang tau semua ni. so bila bergerak sikit je aku dah boleh agak ada orang duduk tempat aku or else ada orang usik tempat aku. 

aku ingat dalam ofis serba oldskool ala2 muzium jepun ni, ada hantu je, tapi ada juga orang yang macam hantu. kalau dah rembat tu memang mimpilah nak dapat balik kan. pen2 aku semue dah makin susut. aku dah sorokkan pon susut juga. aku tak tau lah kalau hantu kat dlm ofis ni saje nak main2kan aku kan. tapi hantu pandai ke bukan tutup pc?? tau lak cane nak shutdown properly kan. 

aku bukan kedekut pon, aku cuma tak suka tempat aku ada orang duduk, tanpa kebenaran aku. kalau Anim (ofismate aku) tak datang pon aku tak penah curi2 bukak pc die, or else duduk tempat die saje2. tak penah lah aku usik2 barang orang kalau orang tu tade. pada aku itu kan hak and privacy orang. aku respect orang yang ada kat sekeliling aku dengan cara macam ni. 

dulu aku duduk rumah sewa dengan itique (pronounce as itik) tade pon die usik barang aku. die tau aku bagi die pakai barang aku, tapi die tak usik sikit pon barang2 aku. tade lah curi2 pakai minyak wangi ke, losyen ke, mascara ke kan..die kalu nak pinjam mesti gitau dulu. aku selesa dengan cara dia and sebab tu kami boleh duduk sebilik even bilik tu kecik je. aku memang pantang ar orang usik barang aku. and aku jenis marah pendam dlu lama2 bagi dah bengkak baru hambur. tapi selalunya aku pendam2 lama aku blah je terus. aku tak tunggu dah. nasib2 ar kan sape yang terasa. aku tak nak cari gaduh. dari aku bertegang urat pertahankan hak lah konon2nya baik lah aku blah. 

so hari ni moral of the story, kalau ada yang rasa nak pinjam barang aku, just gitau. jangan dah pakai lanyak siap2 baru nak gitau. aku sumpah bengkak gusi baru tau!

4 comments :

Cik Puan Bunga said...

Ni aku tak dtg sekolah 2 minggi ni karang adalah yang hilang barang2 aku tu. lagi sakit hati kalau org tumpang duduk tempat aku tapi habis disepahkan meja aku! puck!

Miss Tasantek said...

aku balik dari induksi seminggu pon kucar kacir meje aku cish. bedebah betul. memang puck ar!
paling bangang ada orang conteng alas meje aku jadi tempat main dam!

syafiqakarim said...

hahaha kan da kena sound
dengan akak hottt.
tu la.iqa pun mcm tu. pantangggg
kalau da kemas elok2 org guna tp xbuat mcm kedudukan asal.
mmg nak lempangggg je org tu .
haha saba. saba

eda_ej said...

yess.. bia sepah.. tau barang kat ne.. mmg tak suke org usik barang..

tp tgh pregnant ni jgn mara2 arr.. kang kenan kat anak plak.. moncong je.. hehehhe...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.