Wednesday, July 13, 2011

hidup ini tak semuanya pilihan kita.

hidup ni, tak semuanya akan jadi seperti apa yang kita nak. tak akan jadi seperi angan2 yang kita anyam indah. tidak. walaupun kita merasa kegembiraan , kesenangan, mungkin juga kemewahan tapi sebelum mengecapinya kita mesti melalui dugaanya dulu. begitulah di dalam rumah tangga. 

aku rasa aku terlalu muda untuk bercerita tentang alam rumah tangga ni. Beside usia perkahwinan aku baru je menginjak 4 bulan. sapelah aku untuk berkata aku tahu asam garam perkahwinan kan.. 
aku bersyukur sangat dapat suami yang memahami dan menyayangi aku seikhlas hatinya. 
aku bersyukur doa aku selama hari ini menampakkan hasilnya..aku tak pernah menyesal dengan jalan hidup aku yang penuh dugaan ni.  Tuhan maha Adil. sangat adil dalam memberikan rezeki kepada hambanya. aku tau apa kekurangan aku. aku tau apa kelemahan aku, dan aku bersyukur hidup aku didukung oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab sepertinya dan menerima setiap kelemahan aku seadanya aku..

tapi percayalah, sebelum kebahagiaan hari ini aku miliki, beronak duri dan ranjau aku lalui, aku tak pernah membandingkan diri aku dengan orang lain kerana aku percaya setiap manusia ada bahagiannya sendiri. ada rezekinya sendiri. jadi aku bukanlah sesiapa yang selayaknya mempersoalkan tentang jodoh, rezeki , ajal dan maut.  sejujurnya aku selalu memohon petunjukNya sebelum aku membuat pilihan aku. agar aku tidak menyesali tindakan aku seperti kesilapan2 aku yang lalu. semoga Allah terus menerangi jalan2 hidup ku.

Ya Allah aku sayang lelaki ini. aku ingin menjadi bidadarinya di dunia dan akhirat..

3 comments :

farta said...

alhamdullilah~syukur kepada illahi adikku yg sorg ne dapat berbahagia dgn suami dan fogi etc tchenta itula yg diharapkan oleh semua manusia~~apa2 pn diharap adik tasa cool owez~~

Cik Nina said...

hepy forever okey dear :) p/s : ni blog nina yg bru tau...follow me back

Anonymous said...

insya allah awak akan terus bahagia kalau awak selalu fikir yang positif. dugaan selalu datang dan pergi, bertabahlah :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.