Thursday, August 18, 2011

kalau dah memang mengada2..

alhamdulillah...hari ini aku berpuasa lagi untuk hari yang ke 18. masih lagi kuat insya allah...
mak mertua aku asyik suh aku buka je. die kata aku tak payah puasa pon boleh. tapi...aku rasa aku mampu. lagipun sekang ni baby dah faham sikit lah kalau die beraksi dalam ni aku cepat2 pujuk die suh duk diam2, aku sedang bepuasa, hehehe...ajaibnye, bila aku cakap cam tu dia akan diam :) ajaib kan? Masya Allah :)

topik lately ialah  balik raya kat umah sape dulu. hahaha..walaupun dah ada keputusan nak balik ke rumah sebelah suami tapi aku tak suka nak cakap terus terang. aku sebenarnya tak nak balik rumah suami sebab..rumah tu tak best. boleh cenggitu??  ayah mertua aku ada rumah kat kampung, rumah tu memang rumah pusaka keluarga belah ayah mertua. rumah tu tade sape duduk, kalau raya baru balik rumah tu. rumah yang tak berpenghuni ni aku tak suka. kalau belah mak mertua pulak nenek suami masih ada lagi tinggal di rumah makcik bongsu suami di Semerah. kalau balik ke sini aku memang suka sebab rumah kampung yang memang terasa kedamaian kampungnyer. aku dengan suami lebih selesa balik umah nenek belah mak dari balik rumah pusaka ayah mertua tu. rumah tade orang, abuk pon bersepah2, nanti aku laki bini tebersin2 je. dah la kami berdua alah kepada abuk. tak mau lah! 
dah dapat yang satu daerah, susah pulak nak decide balik umah yang mana dulu. tetap ada masalah kan. haha...cari yang sebelah rumah lah senang gaknye. kikiki..

skang ni aku jadi semakin mengada2 plak dengan suami. perangai mengada2 ni memang aku tak pernah praktikan pon masa aku belum preggy. sejak preggy aku jadi mengada2 sangat dengan suami. sangat2 mengada. eh entahlah ni pembawakan budak juga ke??  bila badan gatal2 aku suruh suami taburkan bedak. boleh buat sendiri je tapi tak mau nak suami juga. baju keje suami yang ironkan, baju suami yang basuhkan, rumah suami yang kemas, aku bukan tak nak buat, aku buat tapi bila mood aku datang sendiri. kalu smpai angin mengada2 tu, apa pon tak boleh. kadang2 aku sendiri boleh fikir aku ni kenapa mengada2 sangat. tapi kenapa tah macam ada kuasa yang menghalang aku dari bertindak. hah...peliklah pulak kan bunyik die. 

time suami buat semua keje tu aku bukan duduk melepak je kat depan tv, aku akan ikut dia buat. kalau die iron baju aku, nanti aku duduk sebelah dia, tengok die buat, kalau dia vacuum rumah aku tolong tarikkan vacuum tu. kalau die basuh baju aku tolong kibas2kan kain , asing2kan kain baju. aku tak tau kenapa aku cenggitu. dulu semua tu aku buat sendiri je. sebelah mate je boleh siap. keje umah semua orang pon boleh buat kan. tade kan kat sini yang tak tau cane nak basuh baju guna mesin kan?? kan?? aku percaya semua anak dara boleh buat. bebeza betul bila dah bawak perut ni. lain pulak perangai nyer.
Mawi kata, time preggy selalunya tabiat kita tebalik atau songsang dengan tabiat asal kita. atau perangai asal kita. kalau dulu aku cam kasar je kan, skang aku jadi lembut. kikiki...

malam nak tido mesti nak tunggu suami usapkan kepala, then aku selitkan tangan bawah badan suami baru boleh tido. ini perangai AIN. ini memang perangai kawan aku time aku study dulu. ain ni roOmate aku masa aku part 4 kat Poli, die selalu kalau nak tido mesti nak selitkan tangan die bawah bantal aku baru boleh tido. kadang2 kalau tak dapat bantal aku, die selitkan kaki die kat bawah kaki aku. die nak rasa yakin aku ada kat sebelah die. hahaha...nowadays aku yang jadi cenggitu. ah. tulah dulu kutuk Ain. aisey..

bila makan kat luar, aku akan order ikut tekak nak makan apa, tapi nanti makanan dah sampai, yang suami punya tu aku nak makan. suami dah faham dah...die dah tau aku memang cenggitu kan so dia akan abiskan yang aku order tadi tu, then aku abiskan yang dia punya... hahahaha....ape punya perangailah aku ni.
dulu masa zaman tunang, aku selalu bagi dua makanan yang aku punya dengan suami. kami akan makan sama2 apa je yang kami order. nowadays gini pulak jadinye.

dari zaman tunang , bila nak raya suami akan belikan baju and kasut. tapi kali ni aku nak beli sendiri, tapi die tetap kena belikan juga untuk aku something , samada kasut atau baju atau apa2 lah. hah? tamak tak?? tahun ni aku nak belikan suami sandal tapi suami tak nak. suami kata die baru beli kasut sebulan sebelum puasa, masih elok lagi die tak mahu beli lagi. nnti banyak kasut macam aku tak muat rak. hahahaha...nak belikan baju suami ni cerewet sikit kan. die akan belek2 baju tu dulu, jahitannya, kualitinya...wat so everlah. jadi aku kenalah tunggu dia ada masa freee baru boleh gi soping.. tu pon aku pasti kalau tempat tu ramai orang dan sesak, insya allah lah suami akan cakap 'lainkali lah yang' 

mujurlah suami orang yang bersederhana, asal cantik dan sesuai dia ok je. takdelah mengutamakan branded sangat. die sangat low profile. suami kata , "tak branded tak bemakna tade duit, simpanan tu penting " aku ingat sampai bila2 kata2 ni.

eh. citer ape ni. tadi citer sal aku yang mengada2. tetiba terbagi mesej lain pulak. hehehe...

bila balik kampung, mak aku pon pelik tengok aku manja lain macam dengan suami aku. sampai tido kat peha suami time tengok tv. sebab mak aku tau aku bukan jenis cenggitu kot. mak aku sayang kat menantu die ni, bila die tengok aku tido kat peha suami aku, die akan suruh aku bangun begalih kat tempat lain, nanti kaki suami aku kebas2 katanya...haha..mak lak tolong cakap. ke mak aku jeles tengok aku dapat baring kat peha suami aku?? kalau mak aku yang baring kat peha bapak aku tebalik lah dunia...hahaha...

aku tak tau lah esok anak aku jadi cane?? adakah akan jadi sebijik cam perangai mengada2 aku ni?? mengada2 takpelahkan jangan kuang ajo. hehehehe...

1 comment :

Hida Kadiso said...

time pregnant ni la nk manje2.. mintak itu dan ini.. lepas besalin kang tengok le.. hehehe...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.