Monday, August 22, 2011

ujung minggu lagi :)

ujung minggu yang lalu aku balik kg lagi :) haha..asik balik kampung je. entahlah aku rasa best je duk kat umah aku sendiri kat kampung tu. tenang dan mengasyikkan :) 

aku balik dengan akak aku + kawan dia. biaselah aku sepasang dengan suami aku :) dengan menaiki sebuah kereta saja (jimat minyak) kami bertolak pada petang Jumaat. sebelum bertolak tu singgah bazar Presint 2 untuk beli 'cemilan' (ok, ini namenyer makanan ringan2 dalam bahasa Jawa) sempatlah aku membeli murtabah, kuih dan kopok lekor. murtabak itu dah percubaan kali keberapa tah aku beli kat bazar ni. manjang tak sedap je tiap kali beli. harap2 kali ni punya sedaplah.

kami berbuka dalam kereta. kakak aku tak nak benti2 die nak straight sampai umah. so berbukalah kami di dalam kereta yang melambung2 tu. kakak kata murtabak yang aku beli tu sedap. sedap sangat sampai die nak pegi bazar tu beli sendiri. gile. beli murtabak semata2 dari damansara. kan tak betul tu namenye.

sampai umah dalam kul 9 lebih. aku sambung duduk kat meja makan, makan lagi. walhal dalam kereta tadi aku dah bedal murtabak, kopok leko, kuih, ayam goreng and jajan Cheezel BBQ flavour + air kelapa muda. sampai umah ada plak ayam pecik mak beli, and asam pedas. tak tunggu lama..terus bedal lagi. mak kata aku kuat makan skang :) hahaha..bukan senang nak tengok aku kuat makan. dlu2 masa anak dara, aku buka dengan kuih 3 biji and air katirah je dah kenyang. pinggang aku 24 tau :) comel kan. hahaha...

hari Sabtu aku gi umah Cik Puan Bunga, bajet nak begosip dengan dia, tade plak. die gi skolah. hari Sabtu pon kena gi skolah (sape kata jadi cikgu senang sila ketuk kepala sendiri dengan senduk)  sambil nak menziarahi makcik aku , aku nak tengok anak buah aku yang skang dah makin kacak tu. :) si Adam Irfan Xaharis.

ini pencapaian adam yang terpaling merbahaya lah, die panjat grill sampai tinggi. ni makcik aku dah suh turun. kalau tidak..die panjat sampai boleh pegang kunci grill tu then die cabut. ouh.bahaya betul si dobot ni.


bila aku snap pic die ada flash terus die turun dari grill tu then duduk depan aku sambil wat muka gini. die suruh amik pic die kot. hahaha...aku pon amik. tapi kualiti pic memang ke laut sikit ar sebab guna hp cap katak kan. :) 

ini belum lagi die bukak handbag aku cari apa ada kat dalam tu and makcik aku kata dia akan benti bukak beg orang bila die dapat duit or hp. hahaha...Adam ni bijak betul :)
adam suka nak isap soft toy kat keychain motor adik aku. bila aku cakap, "ei...jijik ah adam..geli2. takmau!" die akan buat muke kecut. macam termakan asam tu. seolah2 die rasa jijik lah ketika itu. hahaha..comel...

adam memang menghiburkan. tapi kadang2 kata makcik aku dia agak annoying. alah. budak2kan. makcik aku suh simpan pic adam banyak2 dalam hp biar anak aku kacak cam die. ...aku memang dah selalu tengok pic die. sejak2 preggy ni naluri keibuan  aku makin tebal. bila nampak baby je aku rasa sayang sangat. haha....kuasa tuhan. 

adam suka bola. abis die tebalikkan bakul bola dan dia baling2 bola2 yang bertaburan tu kat aku, kat suami kat semua orang . sambil gelak2 jahat. apekah adam?? last2 die masuk dalam bakul tu. ya Allah..adam. hahahaha...

lama aku tunggu Cik Puan Bunga tak balik2 gak aku pon beransur pulang....

petang tu aku minta mak aku buatkan lontong kuah lodeh. aku nak makan sangat. kakak plak nak nasi lemak. aih.mak aku ada satu je. tapi selera anak2 dah macam ape kan. tapi mak buatkan juga.. pelik je tengok mak aku begitu baik hati lately. masa tengah tolong2 mak potong2 sayur, tu aku tiba2 rasa pedih kat ulu hati. sangat pedih. aku tak penah plak rasa cenggini sepanjang puasa. sakit tu datang sengah jam sekali dan berlarutan untuk seminit dan akan hilang. muncul balik sengah jam kemudian. aku rasa pergerakan baby ok je. dan tak mungkin sakit tu datang dari lower tummy aku. 

suami plak ketika orang lain sebok masak die tido kat depan tibi dengan anak kesayangan dia si Abby tu. aku tak kejut die aku cuma baring sebelah dia dan cuba releasekan diri. tapi tak boleh juga. sakit tu makin kerap pulak... pedih sangat. mak kata mungkin aku gastrik. mak tak suh buka, tapi suami beriya suruh aku buka. aku fikir sayang nak buka sebab dah pukul 4 lebih. lagi bape jam je nak buka. aku tak tahan sangat aku solat Asar, and suami decide nak antar gi kinik. aku pon ikut jelah. tapi...klinik semua tutup. akan buka balik jam 8 malam lepas buka. seluruh Yong Peng tu aku jejak tade klinik bukak (klinik Melayulah). dugaankan..
kuatkan semangat tahan sakit sampai lah berbuka puasa. alhamdulillah..sampai juga buka even die punya sakit tuhan je yang tahu. aku lupa pulak yang aku ni memang ada gastrik. last year aku kena gastrik. sakit2 pon mentekadarah tak ingat.

ahad pulak, kami borong kepek kat Pt Laman. Wee...banyak giler kepek. tapi ada kepek yang tade sebab stok dah abis. giler. laju betul. tapi dapat belikan mak kepek 4 jenis, dan aku sendiri 4 jenis ok lah kan. sebab aku dah cakap kat mak aku tak mau beli banyak2. raya bersederhana je. weE..

hari ni aku cakap kat mak nak makan nasi lemak. mak masakkan nasi lemak. aku tolong juga harini, tapi tlong tengok je sebab mak suka buat keje sendiri. laju dan cepat. 

lepas buka kami bertolak balik. sayu tengok mak and abah duduk kat tangga tengok anak2 die balik. tapi..takpe Jumaat ni aku balik lagi :) hohoh.....nampak tak betapa aku sangat bias dengan suami. family aku first :P 

ok2 dah nak rehat ni aku nak gi servis kete jap. da~


3 comments :

Cik Puan Bunga said...

Aku balik sekolah pukul 1 lebih. hampeh betul laaaaaa... malam tu terus gerak rumah kak lily..

hahahaha adammmmmm... dahsyat ah dia skang... gelitis ahh! huhuhuhu!

Miss Tasantek said...

aku datang dari kul 11 tunggu kau tak balik2. sempat lah ujan. benti. ujan. benti ujan aku balik lah. hahaha..

adam bukan gelitis lah.die cuma suka explore...normal dong ah.

eda_ej said...

tompang tye, yg jual2 kueh2 raye kat presint 2 tu ade lagi ke???

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.