Monday, August 15, 2011

kita kena selalu positif barulah hidup lebih ceria

wah tajuk entry macam slogan talkshow astro  plak. kelas kau jah.. entry kali ni, ialah entry mengunjungi KKIA kali kedua. ok dah lama dah aku pegi KKIA tapi baru hari ni aku berkesempatan nak apdet. 
untuk entry aku yang lalu aku ada ceritakan tentang permasalahan aku dengan tanggapan negatif aku terhadap perkhidmatan KKIA. itu ari tulah.. skang..tidak lagi.

setelah berfikir sambil goyang kaki makan kacang, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menghadiri appointment di KKIA setelah lewat 7 hari dari tarikh temujanji. kekangan masa aku nak pegi tu buatkan aku terus lupa. kikiki..after a week dari tarikh temujanji aku suarakan hasrat kepada suami untuk KKIA. mula2 suami agak pelik sebab sebelum ni aku dah buat keputusan nak teruskan cek di private. tapi aku terangkan kepada suami apa alasan2 aku dan suami sikit pon tak bersuara. dia cuma diam dan tak cakap boleh, atau tidak. dia cuma diam dan diam. sepanjang perjalanan ke KKIA suami hanya diamkan diri. mungkin dia marah kan sebab aku tade pendirian. kejap ok.kejap tak.

dalam perjalanan ke KKIA ,setelah beberapa minit membisu akhirnya aku bersuara, aku tanya suami marahkan aku ke sebab aku ganggu waktu kerja dia (masa ni aku pegi kul 11 lebih hari Rabu) tapi suami kata tidak. aku tau hari Rabu adalah hari yang selalu sibuk bagi suami. hari2 pon suami sibuk tapi hari rabu selalunya lebih sibuk dari biasa.  
lega hati aku kejap je bila suami jawab tak menganggu dia. sebab..aku tengok muka suami serius gile.
last2 aku tanya jelah kenapa dia buat muka serius macam nak kena hukum gantung tu. die jawab 
"as its free, dont expect much. lepas ni jangan merungut ok. terima je."
kan.aku dah agak die bengang dengan keputusan aku. tapi aku ok je. aku buat tak faham  hahahaha..

sampai di KKIA tu jam kul 12 tgh hari, tade orang. lengang je weh. hahahaha...masuk2 terus nombor aku kena panggil, amik darah, gi kencing, jumpa misi and jumpa doktor. smooth je proses. tade kena tunggu lama. 12. 45 aku dah keluar dari KKIA dan berjalan dengan hati gembira ke pasar tani kat wisma tani tu. 

masa nak amik darah tu siap2 aku hulur lengan, rupanya amik ujung jari je. 
warh..termalu dengan misi.
gula aku ok. HB aku pon ok tapi kena tambah makanan yang menambah darahlah sebab HB aku sebelum ni 12, dah turun 11.2. tapi masih ok. tekanan darah ok. misi bagi aku dengar heartbeat baby, normal. Then masa jumpa doktor kaw2 aku tanya soalan. sebab tade orang kan. aku je dalam tu. so aku tanya kat doktor macam2. sejak aku masuk bulan ke empat aku diserang rashes seluruh badan. abis lengan aku penuh dengan bintik2 merah. selain tu perut aku pon kena rashes juga. doktor kata ini kes pembawakan budak, nanti satu masa rashes ni akan hilang sendiri. alhamdulillah...skang makin kurang. aku baru nak beli krim gamat yang my cousin guna masa dia chicken pox tu, tapi dah makin kurang dah. so aku tak beli lah. 

lepas selesai jumpa doktor barulah aku nampak suami senyum2 dengan aku. then suami nasihatkan aku, jangan terlalu berfikiran negatif tentang sesuatu perkara. kalau kita selalu negatif, maka kita tak kan nampak kebaikan yang ada di depan mata melainkan kekurangan dan kelemahan perkara itu. macam yang sebelum ni lah aku merungut2 kena tunggu lama. mane taknye lama, yang aku pon pandai, datang pagi2 memang lah ramai. masuk tengah hari tade orang pon...kikikiki...salah sendiri kan. so aku admitlah aku ni negatif thinker before this. 
kerajaan dah berabis berjuta ringgit untuk menaiktaraf perkhidmatan kesihatan di klinik2 dan hospital2, jadi kenapa kita terlalu tertutup untuk menerima penambahbaikan itu kan?? sebab..kita terlalu banyak disogok dengan cerita negatif tentang perkhidmatan yang diberikan.. ok skang ni jelas, aku memang kena ubah sikap negatif thinker ni. 

nah sebagai pencuci mata :)

ni masa scan di private, see the umbilical cord..

selepas beberapa ketika syg tak mahu lagi discan, die tunjuk bontot die. alah..comelnye..

ni die telangkupkan diri :) wee...macam bapak die kalau bangun tido.
ni scan kat KKIA, baby tetonggeng pulak, yang aku tunjuk tu kepala die. yang lebihnye pepandailah tengok eh.
 aku sayang sangat dengan baby ni. aku nak yang terbaik buat baby aku. aku akan jaga kesihatan aku sebaik mungkin. aku tak pernah rasa terbeban selama aku mengandungkan dia, walau rashes ni kadang2 membuatkan aku rasa perit seluruh badan, tapi aku redha, aku pasrah. kalau ini dugaan Allah bagi aku redha. aku sanggup. kalau nyawa aku galang gantinya pon aku sanggup. sebab aku terlalu sayangkan dia...

terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu ini :)

8 comments :

cendawanpink said...

wahhh..da nmpk muke bby..laki ke ppuan wehh?hehee..:D

alin said...

comey je..xprnh tgk yg clear cm yg pic paling atas sblm ni...:)

Miss Tasantek said...

nad : hehehe...cuba teka...kikiki..

alin : pic tu amik dari CD doktor burn kan :)

Puan Fady said...

sha... comel nya baby ko....aku rasa macam baby girl la tgk kat 3D tu.....

Miss Tasantek said...

yeke?? ehe...jom men teka2..

tat!n said...

comell bb.cm boboy je.hee

Caza c BoOlat said...

syioknye....da nmpak dah baby.. ^_^

Miss Tasantek said...

tatin nur fatiha :) hehehe...dis month aku nak suh doktor focus muke die. kikiki...ari tu doktor suruh kira jari2 die ..aku kira satu2..haha..cukup2..

syaza :) heheh...sangat seronok weh. nanti turn kau, insya allah kau akan rasa camane :) weE...sronok ah.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.