Friday, August 12, 2011

ini entry marah. tapi sebab bulan puasa bahasa sedikit sopan.

pertama sekali syukur aku ucapkan aku masih lagi dapat berpuasa pada hari ke 12 Ramadhan 1432 Hijrah ini. syukur juga ke atas hadrat Ilahi aku mampu bernafas dan masih sihat dan kuat mengandungkan khalifah Allah ini. 

pagi2 Jumaat ini aku dah rasa sentap hati dengan satu entry di blog cousin aku. bukan lah aku nak sentap dengan blog dia tapi aku sentap dengan somebody yang telah berperangai biadap dan kurang ajar (tak keterlaluan kalau aku cakap dia biadap base on cara dia menulis di blognya) 
kenapa aku nak sebok2 pasal kak lina ni?? 
sebab..aku sebahagian dari saudara dia. aku sebahagian dari darah yang mengalir dalam tubuh dia. kalau kau cek guna DNA memanglah takdapat accurate 100% DNA yang sama kan.. tapi dari segi perhubungan itu, aku adalah cousin dia. Ayah aku abang kepada mak my cousin ni. jadi..bila orang menghina dia dan keluarga dia, i am a part of her family. a part of her cousin. turut merasa terhina dan tersinggung dengan hinaan itu. 

atas sebab apa cousin aku dihina biarlah kami sekeluarga saja yang tau, tak perlu aku nak ulas panjang2 kan. tapi aku nak tegur sikit sikap segelintir remaja yang tak begitu menyedari diri bahawa hidup itu bukan seperti apa yang kita impikan.  tak semua orang dapat apa yang diimpikan. tak semua orang dapat kehidupan bahagia seperti yang diidamkan.  Hey you, ini life cerita betul tau. bukan cerita novel, di akhir cerita ada kebahagiaan yang berbunga2..

wahai manusia yang telah mengutuk, mengeji, dan menghina my cousin (kalau dia boleh baca lah entry ni kan :) harap2nyer ada lah petunjuk Allah bagi dia baca entry ni)
kalau kau rasa dia layak dihina, dikeji, dicerca kau teruskanlah. kerana apa yang kau buat tu memberi keuntungan kepada my cousin. kalau dia redha dengan ujian yang Allah bagi, pahala yang dia dapat atas kutukan dan makian kau itu.

kau bukan sesempurna mana pon aku tengok, aku juga tak sempurna, sebab manusia itu tak ada yang perfect kecuali nabi kita. kenapa kau begitu menghina jalan kehidupan orang lain?? kau punya tauliah ke nak tentukan jalan apa yang orang patut ikut?? jalan apa yang orang patut jauhi?? kau punya kuasa ke nak tentukan masa depan orang??? tentunya TAK kan?? jadi?? siapa kau nak judge orang?? nak kata orang kawin tanpa restu?? kau tau ke kenapa Allah duga dia?? kau ke yang menulis takdir hidup dia?? tentunya TAK kan???

kau terlalu prejudis dalam melontarkan pandangan kau. 

kau tak perlu canangkan keburukan , keaiban , dan kekurangan orang.. kerana tindakan kau hanya akan menunjukkan kelemahan kau dan siapa diri kau yang sebenar2nya. bagi orang yang tak buta hatinya dengan hasutan syaitan, pasti mereka dapat menilai sejauh mana kebersihan hati kau. tujuan apa kau ceritakan keburukan dan keaiban my cousin pada orang sekeliling kau?? kau puas?? kalau itu yang kau rasakan, Insya Allah satu hari nanti kau pasti akan tahu sebenar2nya kehidupan itu yang sebagaimana.

kau pertikaikan kelayakan dia menjadi pendidik, kau??? adakah kau juga pendidik??? bukan. kau bukan pendidik yang aku tahu. kau hanya remaja yang baru mengenal erti kehidupan. awal kehidupan. belum sepenuhnya cerita sebenar kehidupan. My cousin study bertahun2 untuk dapatkan segulung ijazah yang melayakkan dia digelar pendidik dan menyandang jawatan itu. kau?? study kah kau? setakat apa?? level yang macam mana?? kau degree holder kelas keberapa?? sila nyatakan kelayakan kau sebelum kau layak mempertikaikan kelayakan orang lain.

wahai cik adik yang cantik , 
jangan kerana rupa kau bangga kau dihimpit sang kumbang. kau juga tak tahu adakah masa depan kau masih dengan dia?? ok aku tak nak sentuh isu kau dengan BF KESAYANGAN KAU. tapi...ingatlah, hari ini kau mengata hal jodoh orang lain, esok lusa kalau ALLAH nak tunjuk pada kau sebenar2nya jodoh itu apa, aku harap kau sedar, jodoh pertemuan di tangan ALLAH. kita bukan sesiapa yang boleh meramal kehidupan masa depan. jadi beringatlah dalam memperkatakan hal orang lain. jangan kerana mulut kau hari ini, esok lusa badan kau yang binasa..

"manusia seperti ini tak layak digelar pendidik dan tak layak juga digelar manusia "
wah...cik adik..
ayat kau..sepertinya kau seorang manusia serba serbi sempurna..kau mempertikaikan my cousin tak layak digelar manusia?? jadi?? layaknye apa??
ketika Nabi Allah Adam dijadikan, Allah memerintahkan Iblis untuk memberi penghormatan kepada nabi, tapi Iblis menolak kerana iblis sombong dan mempertikaikan kejadian Nabi Allah Adam, Nabi Adam dijadikan dari tanah sedangkan dia dari api, kenapa perlu dia sujud kepada Nabi Adam, dan kerana kedegilan itu iblis dilaknat Allah sehingga hari ini dan sampai bila2 pon iblis menjadi musuh utama manusia. 
kau istimewa sangat kah untuk dipandang sebagai MANUSIA? sebegitu sombong kau pertikaikan kejadian Allah..sehingga sanggup kau kata  pada my cousin tak layak digelar manusia ? Astaghfirullah al azim...

nasihat aku pada kau cik adik manis, kau cantik. semua orang pon tahu, kalau kau dulu  freehair dan sekarang kau dah cantik bertudung..syukur. alhamdulillah..kau boleh jadi lebih baik kalau kau bertudung tapi bersopan dan jangan terlalu obses mengutuk orang. takut nanti tudung itu tiada nilai di mata orang yang memandang. 
sebab...hijab tak dibuka lagi di depan mata. 
sorilah kalau kau tak boleh nak faham entry aku yang berbahasa basi ni, sebab aku tak suka direct sound kat orang, aku belajar untuk menghormati orang lain walau dalam keadaan marah. dan masih belajar lagi untuk menjadi seorang yang penyabar. kalau ikutkan umur aku seperti kau, aku rasa aku dah buat lebih teruk dari ini. aku dan my cousin terlebih dahulu melalui umur remaja ...lebih dahulu melalui kehidupan. walaupun jalan kehidupan kami berbeza, tapi pengalaman hidup lebih dulu mematangkan diri kami dari kau. alahai..baiklah kau sambung belajar, dan cari kehidupan yang lebih baik. kenali diri kau. kenali potensi kau. kenali siapa yang kau nak jadi..

tak salah kau nak mengambil tahu hal orang lain, sebab semua orang pon punya keinginan nak mengetahui hal orang lain. tipulah kalau tade niat langsung nak amik tau hal orang. hahaha..
kau tak takut ke kalau Allah tarik nyawa kau dalam sekelip mata? tak takut ke dengan dosa2 kau yang kau tak sempat minta ampun dari orang2 yang masih hidup??  belum tentu doa orang sampai pada kau di alam sana kalau ada yang tak redha dengan kelakuan kau semasa hayat kau. jadi berfikir2lah sebelum berperangai kurang ajar dengan orang. 

sekian dulu lah entry aku pasal kau, aku tak suka cakap panjang2 tapi tade isi. cukuplah ini. agar kau menjadi seorang muslimah yang berpekerti mulia. 

aku juga mengigatkan diri aku melalui entry ini, agar tidak mengata, mengutuk , mengkeji, dan menghina orang lain sebab...aku selalu ingatkan diri aku  ketika ini Allah sedang menguji orang lain, aku takut kalau esok lusa Allah uji aku pula, adakah aku mampu menanggungnya?? adakah aku kuat menghadapinya..aku sentiasa ingatkan diri aku. aku harap entry ni juga mengingatkan kawan2 aku yang lain... 
kita memilih apa yang kita nak jadi. kita yang putuskan apa yang kita inginkan. kita yang menilai buruk baik sesuatu perkara. jadi, kalau kita mahu letakkan diri kita di sisiNya..juga pilihan di tangan kita. syurga atau neraka juga pilihan kita. sama2lah perbaiki diri kita.

6 comments :

Cik Puan Bunga said...

Terima kasih, dik!

Di saat ni, orang lain memang aku tak pandang. Family comes first.

Aku sgt marah, tapi sekarang aku dah cool. Ini ujian Allah untuk aku.

(T___T)

Thanks. Ini yg aku mmg perlukan saat ni. Sokongan ahli keluarga.

Hustler said...

Budak lagik kot.. hahahaha.. lau dapat kat gua, gua kaki kan jek.. hahahaha~~~

Miss Tasantek said...

CPB : kak..masa aku dikutuk kawan sndiri, aku mengadu kat kau. dan kau naikkan semangat aku balik. skang Allah uji kau, uji kesabaran kau, sebagai cousin aku bertanggungjawab mengingatkan, menyabarkan dan memberi sokongan kat kau. walau kadang2 aku pon rasa nak 'naik' gak tapi cepat2 aku ingat, idup ni macam roda ...biarkan dia..biarkan dia, jauh mana dia boleh pegi pon kan..

Miss Tasantek said...

Hustler : aku kalau ikut hati pagi tadi, aku dah maki weh. kau tau kan cane aku kalau marah. tak terkawal. tapi ada satu kuasa ajaib yg mengingatkan kau ini bulan baik , kalau nak marah pon biar beradap. tade lah kurang ajar. ish..

Cik Puan Bunga said...

Aku tadi dah nak dail bomoh siam je sebenarnya. Nasib baik kredit abes!

Thanks wehhhhhhh! Semoga baby kau comel macam aku nanti! Amin! Eh!

Miss Tasantek said...

ahahahaha...hari2 pon tengok pic adam, baca blog kau, mesti ada kenan sikit nanti ..kikiki...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.