Tuesday, August 16, 2011

sayang..

telah masuk 20 minggu aku kandungkan sayang..
sekejap rasa masa berlalu..
terasa macam baru semalam aku tertonggeng2 memuntahkan isi perut..
seakan baru semalam ....

hari demi hari, 
sayang makin membesar dan aktif di dalam sana..
aku dan suami sangat teruja menunggu kelahiran dia.
inilah buah hati aku dan suami 
inilah lambang kasih dan cinta aku pada suami..

dulu..
aku seakan2 menolak kehadiran sayang..
aku tak tahu apa yang sebenarnya aku rasa bila ujian kehamilan itu menujukkan tanda positif.
aku tak tahu apa yang patut aku rasa. gembira? seronok? teruja? 
sedangkan ketika itu aku TAK BERSEDIA . sangat tak bersedia.

dan suami..
aku terharu bila suami menerima secara terbuka rezeki yang Allah kurnia
suami meyakinkan aku, yang aku mampu menerima rezeki ini 
seingat aku 3 hari aku berfikir tentang kenyataan ini, 
mampukah aku kandungkan amanah ini?? 
mampukah aku harungi pahit manis sepanjang tempoh ini?? 
mampukah...
dan akhirnya.....
kekuatan itu hadir sendiri tatkala aku mengadu pada Allah tentang perasaanku.
ternyata, Allah tak akan mengurniakan rezekinya atau ujiannya tanpa ada hikmah disebalik yang berlaku..
terima kasih Allah..

dan kini, 
sayang telah 20 minggu aku kandungkan.
dan aku tak pernah berhenti doakan kesihatan dia, perlindungan dia, 
aku harap, aku dapat menyayangi dia sehingga akhir hayat aku. 

setiap hari aku nyanyikan sayang lagu yang berkemundang di blog aku ni
kerana bait2 lirik lagu ini teramat mendalam ertinya pada aku.
dan sayang seakan mengerti aku menyanyikan lagu ini untuknya..
setiap kali aku nyanyikan, pasti dia duduk diam dan selesai menyanyi dia akan aktif semula :) 
ouh sayang....

sayang..
membesarlah kamu sihat di dalam ini ..
kami akan cuba menyediakan yang terbaik untuk kamu..
dan kami takkan berhenti mendoakan kamu..
semoga kamu lahir sebagai insan yang soleh dan bertaqwa..
andai aku tak dapat melihat dia, aku harap aku mampu mengucup dia dan mendakap dia di syurga ...


ehsan dari blog tatin :) heheh.

7 comments :

tat!n said...

da 20 minggu ke..patot becau da perot..hiihihihi..

Puan Fady said...

alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi.... :)

Hida Kadiso said...

dah membulat.. sonok kan bile die tendang2.. hehheh..

Miss Tasantek said...

tatin nur fatihah :) hehehe...cepat je masa berlalu...

fadi madiha :) syukur. cepatlah..kate nak saing...

kak Eda_ej : ehehehe...sonok sangat kak..ni first time kan...rasa teruja amat...

Cik MeRaH JamBu said...

dah nampak dah perut anda yer kak long..kiut miut..haha

apep0nxboleh said...

aku rase baru kejap je aku sesat nk g uma ko...aritu xnmpk ag piot ko moncet...skang, adoyai....hu3

Miss Tasantek said...

hah. shima...kalau nak tengok jelas, jom kita buka sama. kalau kak long gi melaka kau kena sediaka venue. tapi kita tong2 lah kan.. ok tak??

sasarina :) aiyo..itu dah taun bila kau datang tu?? masa tu aku baru 2 bulan lebih nak masuk 3. nowadays dah 20 weeks syg..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.