Friday, August 5, 2011

semua orang pon nak duit.

sape kat sini tak suka duit?? semua orang pon nak duit kan. tipulah kalau kau cakap, 'duit itu keseronokan dunia saja. yang lebihnya akhirat' eh, beli beras guna duit ok. bukan beli guna senyuman sambil cakap ' apek, beras 5 kilo saya beli dengan hati yang ikhlas dan tawakal kepadaNya.'  tade ok. tade kedai akan bagi. 

lately kan sejak aku tulis kat nota bonus pada entry aku yang lepas pasal kerajaan bagi bantuan kepada Felda, mula lah ramai yang jadi profesor serba tahu yang meramalkan untung nasib kakitangan kerajaan ni. especially nak raya ni kan, semua pon asyik cerita pasal bonus. bonus.bonus. 
eh. naik pitam aku lah. 
aku pon giler duit juga. tapi kalau kau asyik cakap ' kau rasa dapat ke bonus???' ' kau ingat kerajaan nak bagi ke??' dan sebagainya..aku jadi rimas. aku tak tau lah kenapa isu bonus ni seperti isu yang begitu menyempit dada masing2 je. sampai nak makan pon tak lalu kan. hahaha..

well..aku pon merasakan kita perlu mendapat sedikit imbuhan. tapi..bukanlah setiap masa nak cerita pasal duit kan. lama2 aku pon boleh muntah. kalau kau gaji cuma RM1+++ macam aku ni, tak payahlah nak berbelanja cam kau tu bergaji 3k kan. ikut lah kemampuan. bila kau gasak tempah kuih raya berkoyan2 dengan orang, tempah langsir design terkini, baju nak satu almari kalau boleh hari2 tukar2 baju raya , kasut yang paling gedebum gojes..memang tak dapat lah berjimat kan..

look, duit ni isu sensitif sikit. kang aku cakap lelebih orang cakap aku ni poyo lah kan ' ala kau lainlah..laki bini keje kerajaan..' 'kau lainlah kerajaan yang datang temuduga kau' kau tu..aku ni..bla..bla..bla...kadang2 aku rasa nak fire je mulut2 longkang yang tak berhenti2 kondem pihak tu pihak ni semata2 nak rasa duit bonus ni. kau tau tak duit bonus diberi atas apa?? atas dasar apa?? kalau tak tau baik diam. 

amalkanlah sikap berbelanja ikut keperluan, ikut kemampuan dan ikut jumlah pendapatan. kalau kau ada pendapatan sampingan seperti ladang jagung berekar2 atau kau memang usahawan bisnes malam yang berjaya, takpe, kau nak memekak2 beli kuih 3 lori pon tade orang kisah. duit kau. tapi...kalau kau cuma kerani cabuk cam aku, then citer nak beli itu , beli ini, then bila gaji dah rasa cam ngam2 je lepas2 balik kg tak pat belanja lelebih kau dah mula salahkan orang tu orang ni sebab tak bagi bantuan. salah sape?? salah sape??? aku terus terang cakap, pasal duit ni aku cukup fedup untuk bercakap buat masa ni.

syukur alhamdulillah..suami aku seorang yang sabar mendidik aku menjadi orang yang berhemah ketika berbelanja. walau kadang2 aku rasa gaji cam tak cukup je kan..tapi bila aku kira2 balik, aku keep kat sini, aku skip kat sana..aku cari kat mana ada tempat yang aku boleh kurangkan..alhamdulillah..setakat ini tadelah aku sampai tak makan nasi atau cuma makan megi atau cuma goreng telur nak tunggu ujung bulan.

untuk yang single mingle triangle, memang tak terasa sangatlah kan, duit gaji untuk diri sendiri , mak ayah, adik2 sikit mungkin dan keperluan diri sendiri. bagi yang dah berdawen (kahwin) cam aku ni, memang semua benda pon kita akan share dengan pasangan..and anak lelaki tak lepas dari tanggungjawab terhadap ibu bapa dia tau. jangan lupa tu. bila suami kau nak bagi duit kat mak bapa die itu hak dia. memang masih tanggungjawab dia. berbeza dengan anak perempuan, bila dia dah berkahwin tanggungjawab sepenuhnya akan jatuh di atas bahu suami dia. jadi di sini jelas kita kena ingat, kalau kita sakit, kita perlukan rawatan, sepatutnya bukan kita yang keluarkan duit, kalau kita tade baju nak pakai bukan kita yang sepatutnya beli. kita bekerja , duit  gaji tu kita yang punya dan hak kita. kalau suami kata dia nak minta, kena ada kebenaran kita. kalau kita tak redha, tak bagi, tak boleh lah.  kecuali kalau kau dengan rela hati memberi sebahagian gaji kau untuk disharekan dengan suami, itu memang tak boleh nak cakap apelah. kau yang sudi. 

aku percaya ramai yang mungkin akan cam tekeliru dengan kenyataan aku tadi. tapi itu yang aku belajar di sini . di ofis purba aku ni. berkenaan dengan hak2 isteri dan nafkah2 yang perlu diberikan kepada isteri oleh suami.  syukur sangat. ada hikmah aku duduk kat sini selama 3 tahun.aku belajar banyak benda tentang rumahtangga. sangat banyak untuk aku simpan jadi pengajaran. 

ok back to the rule, semua orang pon melalui krisis duit menjelang hari raya ni kan, tapi kenalah bijak uruskan kewangan kita. kena bijak kawal. kawalan tu penting. kawal nafsu serakah nak beli itu , beli ini, kawal diri dari merasa tak puas dengan kesenangan orang lain. baru tadi aku masuk tazkirah, Hakim Mahkamah Tinggi bagi tazkirah, beliau menyatakan :

'jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih berada dari kita, bandingkan kita dengan orang yang lebih tidak bernasib baik sebaik kita, kelak kita akan menginsafi kelebihan dan kekurangan kita, kalau kita bandingkan diri kita dengan orang yang berada, sampai bila pon kita rasa kita nak bertanding dengan dia'

ini dari segi harta benda lah kan. kalau dari segi pelajaran memanglah prinsip ini tak boleh digunapakai.

aku berdoa aku tak terjebak dalam kancah keberhutangan serius menjelang hari raya ni.

1 comment :

norzie said...

wah. panjang berjela penceritaan ko tasa. HEHE. *eh, aku xsentuh tau duit gaji aku. kalu ayt ni ko rasa nk bg penumbuk ke hape? HAHAHA

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.