Tuesday, August 9, 2011

sebab2 aku MC hari Isnin.

Last week aku balik kampung. lepas je berbuka hari Jumaat tu, aku dah packing2 barang. suami tanya nak gi mana ?? aku cakap nak balik kampung. suami suruh tunggu Isya baru gerak balik kampung. Fwah~ teruja siot. nak balik kampung...nak bersahur dan berbuka bersama keluarga ..

dari Putrajaya kul 9.30 sampai umah kampung 12.30 tgh malam. suami tak mau drive lelaju sebab die fikirkan aku dan baby. cayang temok auw~... muahx2X..
esoknyer bersahur bersama keluarga. Mak masak ikan masak merah. ape lagi..kami lahap laki bini tanpa mengira waktu yang dah hampir imsak. kat Putrajaya imsak 5.41 pagi, kat kg, imsak awal. kan kampung aku arah selatan.. mujur sempat benti makan. kikikiki..

petang2 gi bazar naik motor. puas pujuk suami nak naik motor. bukan senang die nak bagi aku naik motor. dari awal pregnant die tak bagi aku naik motor.  beside, bazar kat kampung aku tu sebelah jalan utama , so sesak sikit. aku fikir naik motor lah senang.  suami suruh aku duduk dekat2 sebab die takut aku jatuh. aku rasa aku dah dekat dah tapi suami kata dia tak rasa ada orang duduk kat blakang die. last2 aku geram aku buat aksi minah rempit tu. yang duduk rapat2 tu...then suami cakap, 
" ha..cenggini lah..baru abg rasa ada orang kat belakang"
"abang, saya malu lah orang pandang nanti. saya tak reti nak duduk cenggini. saya bukan minah rempit. saya awek drift hahaha.." 

cecececeh...dah kahwin malu plak. dulu zaman dapat bf mat rempit kemain lagi kan. haha..tu citer dlu der. tapi aku dah insap.dosa.dosa. meluatnya aku pandang diri sendiri beraksi seperti minah rempit, cenggitulah gaknyer orang pandang aku dlu kan. ouh. insap ya Allah...

bazar kampung aku selain tempat beli juadah ia juga tempat budak2 baru nak naik mempamirkan muka2 mereka. meluat aku tengok orang2 yang ulang alik naik motor kat bazar tu. jalan dah sempit. aku dah tekengkang2 bawak juadah kat tangan sampai berplastik2 boleh plak orang2 ni sebok nak lalu lalang. bukan beli apa pon, sebok lalu lalang je. rasa nak sepak biar mereka tergolek. yang perempuan2 pon sama. ish. mentel benor gayanyer.

lepas berbuka dengan jayanya aku pon berehat2 sambil tunggu terawih abis aku nak gerak ke kampung suami plak kat Semerah. kami sampai Semerah dalam pukul 10.30 malam.  aku suka balik kampung suami ni sebab kampung dia memang terasa macam kau ada di zaman 70an lah. dengan rumah kayu yang klasik, laman luas, pokok buah banyak..arh..best ah.
masa bangun sahur mak usu masak ayam ungkep. again..ayam ungkep jadi santapan aku. hahaha....
fwuh~ mables gojes.
ketika suami masih lagi dibuai mimpi dalam pukul 8 pagi tu, aku dah bangun pusing keliling rumah cari pokok buah yang ada. kebetulan ada manggis. aku dah riki dah pokok mana yang hasilnya banyak. ha...aku memang suka manggis. tetengah hari aku suruh suami panjat pokok jolok manggis. Mujur hari Ahad tu cuaca mendung dan gerimis sikit2. hehe..dengan payong kat tangan kiri, baldi kat tangan kanan, aku pegilah bawah pokok manggis. Wee...tunggu suami hulur kan buah manggis dalam botol yang diubahsuai jadi galah oleh suami. ah tak tau nak esplen. *buah manggis tak boleh jatuh atas tanah nanti dia 'bongko' reti dak bongko??? nek wong jowo ngomong bongko kaie koyok benyek lah* hahaha..sori tak tau nak terjemah bahasa melayu bongko tu ape.

setelah berbuka puasa dengan lahapnyer kami pon bergerak pulang ke Putrajaya dalam kul 9 lebih dan sampai di parking rumah kul 12.30tgh malam. ok. ini cerita ketika aku berhenti sembahyang di RNR Jejantas Ayer Keroh...sebabkan perut dah penuh sangat time kat umah mak usu, tak larat aku nak solat Isya, suami je solat sendiri, aku cakap kat suami nak solat kat RNR je nanti at least perut dah ok sikit tade lah senak sangat kan. ketika aku masuk dalam surau tu, gelap gelita. teraba2 aku suis lampu. dalam hati aku dah tak sedap sebab tade orang pon berhenti sembahyang kat situ, orang2 pon tak ramai kat rnr tu. cam beberapa buah kereta je. suami tunggu kat kereta aku je pegi sorang2...time ni kesal dalam hati tuhan je tau. nape lah aku tak nak solat kat umah mak su tadi....dalam hati aku doa je semoga tuhan kurniakan aku keberanian super power.

aku gi kat tempat wudhu, tade pon macik2 cleaner lepak kat situ. biasenye kalau aku benti solat kat situ mesti ada macik cleaner lepak borak2 kat situ, tapi malam tu tade plak. aku buat dek je amik wudhu dan terus masuk surau bentang sejadah. masa aku adap ke dinding nak amik sejadah, aku rasa cam ada orang kat belakang aku, aku pusing tade.  aku dah mula takut. tapi aku kuatkan semangat juga. masa aku sujud aku sempat lah kerling kiri kanan kan. tapi aku buat tak tau je. aku fikir ala..perasaan aku je kan...then masa dah bagi salam, aku tengah tadah tangan nak doa, aku dengar cenggini "arhhhhhhh......" slow je. dari arah kanan aku. aku terus toleh. aku pantang betul kalau kena usik2 ni. aku doa cepat2 then aku kemas sejadah, sebelum keluar, aku cakap dalam hati "nak sembahyang pon kena kacau" then aku blah tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi bulan puasa kan??? menurut kawan2 aku yg terror bab agama kat ofis ni, mereka kata, syaitan di rantai tapi jin, tak. ouh. takutnye...

lepas ni aku tak nak lah solat lagi kat RNR sendiri2. tu lah degil. lain kali jangan makan banyak2 nanti perut senak nak solat susah.


2 comments :

eda_ej said...

ish.. gerun plak.. slalu kalau solat kat situ ade je orang.. tak pernah tak de org.. mmg serammmm..


ps~kak najwa dah besalin ari ahad lepas.. baby gurl.. =D

nazahiahhalim said...

tengah menghadap ALLAH pun takut? time solat tu kan kita dekat dengan ALLAH...time bila2 pun ALLAH ada ja dengan kita lagi2 time solat.yg dok seram2 tu semua iblis tak yah layan lain kali. takut kita hanya pd ALLAH. hidup kita kena hati2 dan beringat selalu bukan takut.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.