Tuesday, September 27, 2011

ape beso betul ni??

yep.. aku skang ni berada dalam fasa membesOkan diri.
ouh..semuanya kembang semacam je.pun begitu aku tak lah behajat nak pindah ke Seri Kembangan..
abis semua baju2 aku dh tak muat. ish..tinggal baju maternity je yang aku boleh pakai and tshirt asben. tu pon ngam2 je tshirt tu aku pakai.
seluar?? skirt labuh?? semua udah kecepet aku pakai.
ada baju maternity suami belikan. tapi..semuanya aku rasa cam tak sesuai je bawak gi ofis..mane taknyer ..corak cam nak gi fun fair kan ..bila aku nak yang ala2 formal semua pon saiz..ampun..gedabak2..
kenalah tempah sendiri kan...sementara tu pakailah dlu mana yang ada...
penat juga aku nak jawab orang tanya kenapa tak pakai baju dress..bla..bla..bla..
aku nak je jawab, bak meh baju tu aku pakai. kau carikan.aku pakai aje. aish..kalau ada dah pakailah. sebab tade lah tak pakai. 

seterusnya pembesaran badan memang tak disangka2 sekarang ini. gaji ni aku kena beli underwear baru..hahah..malu nak citer. nanti kata aku ni menunjuk2 plak kan..tapi sebagai seorang perempuan berjiwa murni yag sentiasa positif (fuh~ ) aku nak citer sikit lah sebagai pengajaran, sebabkan aku ni preggy kali pertama jadi semua persiapan ialah persiapan kali pertama. yang mana sebelum ini aku tak sangka akan saiz breast boleh berubah menjadi besar dan lebar ..haha..so skang ni aku dah kena tukar cup, kena pakai yang lebar dan selesa. plak tu yang maternity bra bukan macam bra biasa kan..rege pon bolehlah tahannyer...kalau kau beli yang pasar malam bleh lah dapat yang murah kan....tapi untuk kualiti dan keselesaan memang tak dapat nak sangkal lah yang ada brand memang bagus. so belilah yang berjenama sikit. tahun2 akan datang boleh guna kalau ada rezeki mengandung lagi.

dah cari baju, underwear, satu lagi aku kena cari..
kasut aku.
ada lah sesetengah orang yang masih ingin kelihatan ranggi dan cantik di kala preggy yang menggunakan wedges..dan ada yang tak ketinggalan untuk suggest kat aku beberapa pattern wedges kan..tapi..tapi...
aku tak pula berfikiran begitu. time2 ni aku sentiasa nak benda yang simple dan selesa ok.simple. bukan cantik dan berjenama semata2, tapi haruslah aku kelihatan simple dan selesa.
pernah lah kasut2 aku dikutuk oleh sesetengah orang, tak cantik lah..tak lawalah..tak sesuailah...tak nampak matured lah...aku tak kisah. sebab ...aku yang pakai. aku yang nak selesa. bukan orang lain. kau cakap, kau tegur , kau kata apa saja aku tak kisah, itu kan hak aku :) see??? hahahahaha...

time kau preggy esok lusa..kau taulah cane rasanya..ingat..ini kan time aku yang preggy..esok lusa kalau kau preggy lagi, atau kau preggy untuk pertama kali...kau akan merasainya sendiri...

last time aku cari sandal buat ganti2 selipar aku yang sedia ada ni, aku tekejut giler bila saiz 36 sudah tidak muat ok. tak muat. aku kena pakai at least 38. tebeliak mata aku. aisey...kenapa ini macam pulak...37 tak semua brand ada size ni kan..selalunya size nombor2 genap je..aku tanya 

"36 1/2 tade ke amoi?? "

"tadelah kak. ini semua size genap."

ok. pasrah sandal aku skang sudah bersaiz 38. dah macam kaki mak aku pulak. :)
ouh..kalau aku punya kaki besar sikit lagi aku sudah boleh pinjam kasut Cik Puan Bunga. hahahahaha..

skang ni aku rasa tumbesaran di bahagian betis aku obvious betul. aku pegang betis aku keras and pejal. dlu betis aku kecik je..ala..kalau tengok kaki aku macam kaki ayam je ...(aku tak ingat sape yang cakap cam ni, tapi aku ingat ada orang cakap begini ketika aku di poli)

masa aku kat kampung, cuaca panas. berbeza kat Putrajaya, selalu je mendung2 nak ujan. kat kampung last week aku rasa nak tebalik je dunia..panas terik. so aku ke dapur and menyelongkar rak2 cawan mak aku.

"cari apa kau ni?"

"cari cawan besO yang dulu kak gee suka guna buat air oren tu"

*kak gee tu akak ipar aku :)

"ouh..mak guna buat air oren juga. ada dalam peti ais. mak dah buat 3 hari tu tak abis2 lagi."

dapat kat aku mug tu, sekelip mata je aku hirup. mak aku sampai geleng2 kepala...

skang ni semua pon aku nak yang besO2 je..haha...tido nak banyak2 bantal. kaki bantal, belakang badan bantal..kepit bantal, peluk bantal..hahaha...suami?? suami peluk anak2 die lah...

semalam aku belaga bontot dengan suami masa kat sinki.

"ape beso btul ni?"

suami senyum je pandang aku.

7 comments :

~najwa~ said...

suami peluk anak2? eh, twin ke???

Miss Tasantek said...

tak lar kak najwa..suami ada anak2 die sendiri..
sekor tu kale biru, sekor tu kale ijau. sekor lagi kale cream. hehehe...die peluk teddy sha yang suatu ketika dlu sha sayang sangat2..heheheh..skang ni sha rimas peluk semua tu. peluk bantal lagi best :)

eda_ej said...

huhuhu.. kalau dulu kurus keding, jgn tekejut la bile time pregnant sume kembang.. macam tak caye kan.. hehehe..

Puan Fady said...

sha...part last tu aku suka coz ko boleh pakai sandal saiz aku.... 38..... aku nanti time preggy cmne la eh? agak2 kena pakai sandal encik asben aku tak?

degiltapicomel said...

ha3...ko da leh jd giant la tasha...ade besor mcm badan aku skang x????hu3...aku xpreggy pun aku da kene tukar cup, pecer....

Miss Tasantek said...

kak eda_eja : siyes tak pecaya kak..macam mana boleh besO gini..

Puan Fady : eh..kau mesti tak caya kan aku boleh pakai sandal saiz kau. kau esok..insya allah lah boleh pakai fakri punya sandal :)

Degiltapicomel : kau?? ahaha..kau mantops nyah..dulu aku teringin nak cup kau ..skang..tak perlu..melebOr dengan sendirinya :) tapi taklah mantop kan..

Puan Fady said...

weh sha.. aku yang sedang belom preggy lagi nih dah nek berat badan... bebaju dan seluar pon kena tukar.... encik suami kata... baju da x muat kat perot....hihihi...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.