Monday, September 26, 2011

embah meninggal. mak dah jadi yatim piatu.

update simple je. sebab tade benda nak citer.
nenek aku meninggal pada hari Sabtu 24.9.2011 jam lebih kurang 2 pagi.
aku dapat call dari abang aku tu pon setelah 2 3 kali ringing baru suami jawabkan fon aku.
tau tak sbab apa??
sebab aku dah boleh agak ada berita tak best. kalau tak , tadelah abang aku tepon tetengah malam. 
aku tak sempat tengok arwah embah aku sebab...aku sampai dah lambat. lagipun memang gerak dari Putrajaya pon dah siang, kul 8 pagi..
aku tak tau kenapa aku tak begitu sedih. tak begitu terpilu seperti ketika arwah nyaie aku meninggal dulu...
embah meninggal setelah 9 bulan arwah embah lanang (arwah atok lelaki) aku meninggal.
and...aku secara jujurnya mengaku, bahawa....aku tak begitu sedih mengenangkan pemergian dia, tapi aku sedih dengan peninggalan dia...
dia meninggalkan anak 14 orang. salah seorang ialah mak aku.
aku sedih bila tengok mak aku asyik cakap " mak aku dah takde, aku dah jadi yatim piatu" 
perkataan ini dia ulang2 dari dalam kereta aku jemput dia kat umah embah aku sampailah semalam aku nak balik ke Putrajaya. ya..aku lagi sedih melihat mak aku seperti ini. 
semoga roh embah dicucuri rahmat. alfatihah.

4 comments :

Cik Puan Bunga said...

Takziah.

Selalulah menghargai bila masih ada.

:(

Miss Tasantek said...

bila dah tade baru dikenang2...itu perkara lazim yang berlaku kan..

eda_ej said...

takziah.. smoge roh arwah ditempatkan bersama dgn org2 yang beriman..

mesti ramai sedara mara datang layat kan..

Puan Fady said...

semoga arwah dicucuri rahmat...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.