Thursday, September 29, 2011

kini sayang sudah 6 bulan lebih :)

ouh..pejam celik pejam celik sudah 27 minggu aku membawa si manja dalam perut ni..

seminggu selepas naik cuti berhari raya, on 15.9.2011 aku pegi ke KKIA, cek seperti biasa.
berat ketika ini (aku tak makan nasi.hanya makan roti dan air mineral saja masa ni) 45kg.
dari tarikh cek on 24.8.2011 berat aku 42kg..so naik lah dalam 3 kg dalam average 3 minggu.
Bp ok, HB aku naik cantik je 11.3 :) heheheh..berjaya weh naikkan tanpa peria katak ok. aku makan kerang je banyak.
sebabkan aku ni tade masalah sangat..aku cuma jumpe misi :) tak jumpe pon doktor.
masa tengah consult dengan misi, misi tanya pernah tak aku amik suntikan kancing gigi. aku cakap, aku baru amik masa aku pegi private on 26.8.2011 ,  2 hari lepas cek kat KKIA pada bulan yang lalu. then misi tanya kenapa aku tak teruskan je cek kat private, and kenapa aku masih cek di kedua2 klinik?? 
aku pon jawab secara jujurnya..

"misi, saya nak bersalin kat GH je, saya takut kalau tade laporang dari KKIA, GH tak kan terima saya nanti. tak pun GH akan minta saya pegi besalin hospital private je " 
"eh tade lah puan, kalau puan nak cek kat private takpe, kami tak ada halangan..kalau nak teruskan disini juga tak ada halangan. nanti bulan ke 7 kandungan tu, puan minta laporan dari dia dan refer kepada hospital tempat puan nk bersalin tu. kalau tak pun masa puan dah cukup bulan minta doktor sediakan laporan kesihatan puan, dari awal sehingga puan nak bersalin tu dan surat refer ke hospital yg puan nak bersalin. itu tak ada masalah. "

"misi, ada kawan saya kata kalau tak gi cek kat KKIA nanti GH tak terima kita..saya takut jadi cenggitu , tu pasal saya cek kat dua2 tempat. satu sebab lagi suami saya nak tengok sendiri doktor cek saya. die nak masuk tengok keadaan baby die..."

"eh..sape lah yang cakap macam tu. jangan percaya..kalau puan nak cek di kedua2 tempat boleh, tapi kepilkan sekali buku laporan dari private tu, kami pantau tengok sama tak dengan kami punya laporan. Suami tu eksaited maklumlah anak pertama kan. biasalah tu.."

ok, fahamkan apa yang aku cuba sampaikan?? jadi sapa2 yang pernah pengaruh kepala otak aku dengan andaian2 itu sila mengaku salah :) hahahaha....

on 22.9.2011 aku gi cek kat private pulak :) macam biasa..aku datang dan beramah mesra dengan akak kaunter sementara tunggu doktor gi makan. ok doktor pegi makan dan beli ikan emas lagi. aish...balik2 ikan emas.
sekali lagi timbang , masa tu tengah hari aku cuma makan satu set nasi bersama chicken chop. dan air fresh oren. aku tak nak minum air manis takut gula nanti sangkut kan :) ehehehe...
then berat aku menjadi..47kg. ya..seminggu lepas berat aku 45kg dan dalam masa seminggu ia berubah jadi 47kg. kikiki....tapi tu aku dah makan lah kan.kalau + - naik jugalah berat badan kan :) ohohohoho..
pon begitu Dr. Kevin sahkan semua ok, aku sihat, baby pon sihat, dan aku tak ada masalah atau komplikasi lain :) 
tiba masa untuk scan pulak :) weE..suami dah tecongok kat tepi scanner..nak tunggu aku panjat katil untuk sesi scanning :) 
 


pic tak jelas sangat sebab baby tak mau tunjuk muka dia..ni pon doktor goyang2 perut aku...tekan2 sikit baru lah nampak. die memang pemalu macam aku :) ok :)
as now baby skang dah berat 7++ gram lebih. hah.ari tu time puasa berat die baru 358kg.....doktor cakap die kurus..lepas raya...amik kau. berat sampai 7++ gram lebih.
doktor kata baby aku tembam sikit. chubby than before :) hehehe...syukur..alhamdulillah..
baby sihat dan aku pon betambah2 lah sihatnyer kan. sayang baby so much :)


sekarang ni aku semakin berselera..mawi tengok aku makan pon cam tak pecaya kan. tapi mawi kata...

"makan kak long. selagi boleh makan, makan. "

ha..kata2 semangat yang buat aku positif je kan :) tapi aku masih beragak lah kan..tadelah aku pukul semacam je. kang aku obes lak nanti. tak pun diabet plak tak pasal2 kang. hehehe

sudah 6 bulan lebih baby sayang ini membesar dengan sihat dalam perut aku. setiap hari aku akan bercerita dengan dia tentang kisah2 aku dengan suami, perangai2 suami, apa yang buat kami saling menyayangi, and kadang2 kalau aku tengah baring nampaklah bentuk cam bahu dia, siku dia, kadang2 aku rasa dia macam tengah geletek aku..haha..kadang2 geli sangat. suami suka panggil baby suruh tendang kalau die dengar suara suami aku..nnti baby tendang suami mesti gelak2 die kata anak die dengar dia panggil. kelakar je aku rasa. memang lah die tendang2 aku. every time pon die menendang aku :)

sekarang ni, kalau aku terlalu lama duduk baby mengeras and akan terjadilah bonjolan2 comel. makcik cleaner tempat aku ni slalu tanya khabar aku, aku selalu cerita kat die sal baby. kebetulan masa macik tu pegang perut aku keras, die suruh aku baring. dia kata baby aku nak aku baring lah tu, die nak bergerak bebas..nnti dalam 10 minit tu bangunlah balik ...terharunya..ada juga yang prihatin kat aku :) 

nota baldi ---> hari ni, aku sakit pinggang sebab pagi tadi aku memunggah air berbaldi2. adoi ai..bangunan muzium ni memang dah tahap nak kena gazet warisan harta pra sejarah lah. geram betul aku. kejap2 paip tecabutlah, flush tanggal lah, pas ni aku tak tau ape nak jadi...

3 comments :

Hustler said...

Ko bio betol??? berat baby ko 385KG???? Wow!

Cik Puan Bunga said...

Mukanya kok macam daus????

Miss Tasantek said...

hustler : bodo betul lah keyboard ni. (ceh..slaahkan keyboard kan..385g lah :) )

CPB : oi..ala..tak kan daus ..nnti rambut kerinting ...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.