Tuesday, September 20, 2011

selamat tinggal nur hanim :(

hari ini entry sedih untuk anim. opismet sebelah meja aku. 
baru pagi tadi die dapat surat tukar ke ofis lain di sekitar KL juga. seperti kawan2 yang lain, ini jam turn Anim plak kena tukar ke pejabat lain untuk menggendong tugas sebagai setiausaha N27.  pon begitu aku tetap bersedih. 

kenapa aku sedih eh??
sebab...
sebab aku dah tade kawan ah nak gosip lagi. aisey...dah lah tade kawan nak gosip, tade lak orang nak teman aku tidur kat bilik rehat. hehehehe...selalunya kalau aku tengok die terbongkang je kat sofa tu, aku akan parkingkan diri berhampiran dengan dia. bukan atas sofa lah. mane muat. aku parking kat atas lantai je...

pasni kosonglah meja dia, kak sue pon nak abis kontrak, tinggallah aku je gadis  dalam ofis ni. ceh. gadis menda. 

biaselah bila dapat surat tawaran anim agak sedih dan berfikir macam2 tentang tempat baru dia. sapa2 pon dapat surat tukar akan fikirkan situasi tempat baru cane kan...mesti punya fikir kat mana nak makan, sape nak ajar buat keje...and so On...

kalau kau keje cikgu mesti kau dah tau datang sekolah lain pon tetap akan jadi cikgu juga dan mengajar. kalau kau jadi p.a ni cabaran utamanya ialah...adakah kau akan tetap jadi p.a atau sebaliknya. ini telah terbukti apa bila sahabat baik aku yang suatu ketika dlu nya seorang p.a kini bertukar menjadi bell boy. tukang adap bos punya emosi. kikiki..dah malas nak citer banyak2. 

aku paling takut nak blah dari pejabat aku skang ialah bila aku kenangkan...selama 3 tahun aku kat sini, aku tak belajar banyak benda berkaitan bidang dan kepakaran aku. sebab...kat sini kami terpisah jauh dari dunia p.a sebenar. aku tak buat claim bos, aku tak book flight, aku tak siapkan diari dia, aku tak merasa menghadiri mana2 seminar atau majlis bersama bos dan sebagainya.

so ape aku buat kat sini??
aku masuk court, dan catat setiap keterangan pihak2 yang menghadiri sesi perbicaraan atau sebutan. then masukkan dalam sistem. selebihnya tugas2 biase pengkeranian lah. 

dan perkara2 ini lah yang menghantui Nur Hanim skang...
aku pon kalau nak kena tukar aku tak nak orang expect aku dah keje 3 tahun dah tau semuanya..aku masih lagi bodo ok. masih lagi belajar.. ish..tiba2 rasa sebak dan kesal pulak.

dah lah..aku nak mempositifkan diri ni. k bye.

2 comments :

eda_ej said...

smoge insan yang bernama nur hanim itu boleh menerima persekitaran tempat baru.. mule2 memang payah skit kan.. lame2 ok la tu..

Miss Tasantek said...

sedihnyer bila kenangkan kalau sha yang kena tukar sebelum ujung tahun ni..ouh..dgn perut yg besar, nak bawak diri kat tempat baru. cane lah agaknye..:(

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.