Monday, October 3, 2011

sekejap itu. aku rasa cam nak pengsan.

ini cerita hari Jumaat. sangat mendebarkan. sungguh. takpernah aku rasa begini.
petang tu..sedang aku berada di dalam kereta menuju pulang ke rumah, aku mendapat panggilan dari ibu Raudhah, Macik Noridah Hassan :) fuh. siap nama penuh. 
macik noridah kata, Raudhah tak sampai ke rumah lagi. aku tengok jam dah pukul 7.30 petang.
hah?? od tak sampai umah lagi?? 
kedengarannya suara ibu raudhah itu dalam keadaan sedih , risau dan bimbang. 
aku cuba tenangkan macik noridah and aku janji akan membantu sedaya aku. seingat aku, aku dan suami dah keluar ofis lambat, dan yang kat parking tinggal kereta aku, and 2 buah kereta pegawai lain. 
kalau dah pukul 6.30 kat ofis aku tu memang dah tade dah orang nak stay kecuali orang gile kuasa cam Peah. hahaha...itu sebab die selalu tak tau keje mana die nak buat dlu. dah petang baru dapat ilham kot. hahaha..

maghrib tu lepas solat aku masak untuk makan malam, aku rasa tak fokus je dengan masakan aku sebab aku risaukan kehilangan Raudhah. pukul 8 lebih BFF Raudhah si Miza mesej aku tanya ada nampak Raudhah ke tidak. aku tengok jam dah hampir kul 9 malam. time ni aku dah tak senang duduk. aku mesej Mawi. aku dah tak benti2 berdoa dah time ni. 

suami pulak...dah siap2 nak keluar rumah nak gi ofis katanya, nak cari Raudhah. dah..aku nak ikut tapi suami kata takpe biar die cari dengan Mawi je. ok boleh bayangkan tak  cane aku punya risau sebab...

Raudhah ni balik naik bas , dia selalu tunggu bas belakang bangunan KTM. beberapa minggu yang lepas dia baru je kena ragut masa on the way ke tempat dia tunggu bas tu. 

so kali ni aku dah fikir yang bukan2 dah. 
Si Mawi dah hubungi budak2 guard kat ofis aku yang mana bertugas untuk carikan Raudhah di area KTM sementara Mawi nak ke ofis aku. ouh..betapa cemas dan gentingnya saat itu. 
Anim pon mesej aku tanya tau tak di mana Raudhah?? wah. ramai yang tahu kehilangan raudhah.

suami dah bercadang nak cari dengan Mawi, tapi Mawi suruh stay dulu biar dia pegi cari dlu, nanti apa2 hal dia telefon . suami suruh aku minta no kad pengenalan Raudhah kat ibu dia so that senang nak cari kat Hospital.
hah?? boleh tak bayangkan cane berkembangnyer otak2 masing2 nak cari Raudhah ni. siap aku suruh suami bluetooth pic raudhah yang jelas dan clear lah dekat hp aku ni. senang nak tanya orang nanti.

dah pukul 9 sengah..aku dah mula nangis2...sedih+risau. suami aku plak tak sudah2 dengan andaian2 dia...semuanya negatif plak tu. aku pon dah tak leh fikir benda positif time ni.

kami semua cuba hubungi Raudhah. ada yang kata dapat call tapi kena reject, ada yang tak dapat2 call, ada yang mesej tapi pending tak sampai2 ke hp Raudhah..macam2 lagi lah usaha mereka nak membantu cari di mana Diva Glam Mahkamah ini hilang..

dalam pada aku menangis2 kesedihan itu , aku teringat lak tengah hari Jumaat tu aku keluar dengan dia, aku cari baju dengan dia, ouh..terus bertambah sedih. aku tak boleh terima kenyataan kalau terjadi apa2 kat Raudhah. 

dalam pukul 9 lebih dekat2 kul 10 malam,
tiba2 dapat mesej dari Miza , 
'raudhah dah balik' 
masa aku baca mesej ni. aku rasa cam ada satu perasaan lega, happy , tak tau nak cakap lah ...release giler smpai aku teduduk kat katil and rasa nak pengsan. mungkin sekejap tadi BP aku tinggi kan then tiba2 turun mendadak aku rasa cam nak pengsan plak. hahaha.....

yang free hair itulah Miza , sebelah tu Raudhah. baju ni lah yang dia pakai masa dia  hilang.


nak tau tak kemana Raudhah menghilang untuk hampir 6 jam???

4 comments :

Puan Fady said...

g mane pula odd nih....

Hustler said...

Hahahaha... kao giler??? aku ciap roger bebudak aku siot... tapi biler dapat mesej tuh, kire aku ngan budak2 aku minum2 jek la kat senawang tuh... hahahaha... (ko tawu tak aku carik ape??)

Miss Tasantek said...

Fady Dihah : ) esok aku sambung..

Hustler :) kau cari bas tebalik kat tepi hiway.

Puan Fady said...

okeh sha... aku duk tunggu nih...

Hustler :- mak aih...sampai cenggitu mencari...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.