Friday, November 11, 2011

episod : mari mentekedarah.

semalam, tunang bestie aku komen kat wall aku . "pisang" ini je word die taip. tapi...ia sudah cukup membuat aku membayangkan pisang yang masak, dan dimakan begitu saja..ouh..enak2...
dalam pada keenakan tak terhingga itu, aku pon teruslah menyuarakan rasa hati kepada suami, aku cakap aku nak makan pisang. mybe aku nak buat pengat pisang. suami aku kata ok je..

maka, balik dari keje semalam, merayaplah kami mencari pisang di Presint 8. kat mana lagi kan nak cari pisang kat area rumah aku ni. nak cari pisang dan parking yang senang, kat situ je lah. kalau kat Ampang dulu keliling umah aku kedai berderet. kedai jual keranda pon berhampiran rumah...ahahahaha...

selesai beli pisang, aku potong2 pisang itu tanpa rasa belas kasihan. gebu2 pisang ni. aku beli pisang berangan je. aku rasa pisang ni je available untuk sesi pengat aku. nak bli pisang emas, kecit2. ijau lagi. lagipun aku tak bape suka pisang mas. tak mantoP. pisang berangan memang superb. *cuba bayangkan pisang kat kedai mamak*

ini hasilnya : ) 

siap ada bubble lagi



syg aku ni...orang baru nak makan die punya dah abis. dah tu tengok tv manjang.

lepas kekenyangan makan pengat, kami pon tidur.. :)

ini lah gara2 komen "pisang" dalam FB aku.
ini hari sape tengok wall aku..kongasam betul...ramai pulak yang komen sal makan. argh...
aku dah bekira2 ape benda aku nak makan malam ni. cish..
pape pon thanks to Badrul Hanapi memang terbaik komen beliau. melekat kat dalam perut aku pisang tu :)

11 comments :

Mama Gee said...

wahh tetiba teringin singgang pisanggg......

Miss Tasantek said...

mama gee : singgang pisang tu cane rupa die..nak tau..nak try buat lah kalau ada masa :)

Hustler said...

ABC!! ABC!!

Miss Tasantek said...

besoklah...nyot....

eda_ej said...

hahahha.. tengah membuyung ni mmg cam tu.. pantang orang sebut.. mesti nak.. hehhehe.. mkn je sebelom pantang kang byk tak bley mkn.. =D

Miss Tasantek said...

kak eda : tu lah..orang tersebut je..kadang2 benda2 yang tak penah terfikir nak makan..sha teringin sangat macam tak makan bertahun2 lamanya..aisey...

~najwa~ said...

Ouh..silalah makan sekarang, makan apa je yang tekak mau...
sebab nanti berpantang...jgn teringin dah, haha

Cik Azizah said...

terbaik la tasha! terus buat pengat pisang tu..hehe

Puan Fady said...

nak pengat pisang sha... aku tak reti nak buat... huhuhu...

Miss Tasantek said...

kak najwa : haruslah skang sha makan apa yang teringin..:)

Cik azizah : jijah...nasib baik reti.klau tak reti nangis jugalah...

Puan Fady : mahu kah?? marilah datang rumah aku :) aku buatkan..

Puan Fady said...

okeh...InsyaAllah...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.