Thursday, November 10, 2011

ini cerita orang kedekut.

salam readers :)

kedekut?? itu memang salah satu dari 10001 sifat aku. aku tak malu nak mengaku aku ni kedekut. weh2..aku ni orang susah okeh. bukan orang senang..yg mana duit bertabur atas jalan, jadi bila ada duit aku memang menghargainye. dan aku..suka sangat menabung duit syiling *mata di atas tangan di bahu*
suami akulah yang suka menabung. aku tolong kirekan aje. :P

hari ini aku ceritakan bagaimana aku labelkan diri aku sebagai kedekut. 
ok, gini2..
masa aku anak dara dulu, seluruh gaji aku, aku akan bahagi2kan kepada mak ayah , kereta, rumah dan expenses peribadi aku. tapi nowadays...gaji aku hanya diperuntukkan untuk kereta saja.ni nak ada baby ni, so gaji aku aku abiskan tanpa rasa bersalah untuk bayar kereta dan beli barang2 baby :)
suami aku sangat berjimat orangnyer....die boleh keep gaji die till ujung bulan dengan expenses2 sampingan aku, makan pakai aku, kete, rumah dan sebagainya..
ok ini bukan apa yang aku nak cerita. dah2. tak mau cerita pasal duit gaji aku. tak baik. nnti menimbulkan riak dalam diri.

aku memang kedekut, tapi, untuk ilmu aku memang tak berkira. aku penah beli majalah tentang kehamilan and rumah tangga dan ditegur oleh seseorang
"larat kau beli tiap2 bulan majalah ni, kau baca ke??"
"bacalah kenapa??"
"satu je dah berapa, tengok dekat 10 hengget , buat makan kenyang."
"aku suka membaca ...nak wat cane."

pada aku lah kan...pada aku..aku tak nak compare dengan orang lain, sebab orang lain , lain rezekinya. aku memang tak berkira dengan duit kalau benda itu mendatangkan manfaat kepada aku. aku tak kisah kalau majalah atau buku yang aku beli itu harganya puluhan ringgit, asalkan aku puas dapat membaca dan mengambil ilmu di dalamnya...

kenapa berkira untuk benda yang akan kekal dalam diri kita sebagai panduan, rather dari membeli kasut, handbag, baju mahal2 kalau semua itu satu hari nanti akan tenggelam dek fesyen yang berubah???

aku tak tau kenapa otak kedekut aku ni tak mengambil pusing hal2 tentang fesyen2 ni, aku bergaya sekadar yang aku mampu dan aku lebih suka abiskan duit aku ke jalan yang aku fikir lebih baik.
aku percaya setiap orang lain pendiriannya..terpulang lah kan..

tapi..bila epidural dengan induce tak boleh nak beza apa benda tu, nampak tak betapa kau tak suka membaca, dan tak suka ambil tahu??

hal2 lain rajinlah pulak apdetnyer...tapi berkaitan dengan info2 kesihatan, info2 rumahtangga, tade plak kau nak amik pusing. hahaha...tu sebab aku ni suka cakap kat diri aku, biarlah aku bergaya asal ada, membeli belah semampu aku yg penting aku tak nak dipandang rendah hanya kerana otak aku yang tak digunakan dan tak dijana dengan baik. ahahahaha...

kalau aku nak berhibur pon aku akan pastikan tabungan aku cukup sebelum aku fikirkan hiburan. ahahaha...takdelah aku sebok plan holiday sana sini setiap masa, aku dan suami selalunya merancang sesuatu walaupun take time nak tuju ke plan tu asalkan kami punya simpanan yang cukup. suami banyak ajar aku tentang berjimat cermat. how to use is more important than how to find your money. ini suami aku selalu ingatkan. macam mana guna duit itu lebih penting dari macam mana nak cari duit. kalau duit ada tak reti guna, ke laut lah kan...even sikit rezeki yang ada tapi kalau bijak berbelanja itu lebih berbaloi2.. :)
sekadar renungan dan ingatan kepada diri sendiri, dan juga kawan2 yang lain, berbelanjalah dengan bijak. sekarang living cost makin tinggi, dan gaji kita naik sekalipun sara hidup tinggi, jadi berjimat cermatlah untuk elakkan masalah di kendian hari. :)

dah . nak gi makan. tah apa2 aku karutkan . nnti kalau aku asik apdet sal baby aku org kata poyo lak. macam aku sorang je rasa mengandung :P

5 comments :

Anonymous said...

alahhhhhh..biar lah kak long...bukan orang y bagi ko makan pon..kalau orang tak suke tak yah la bace...nk tao gak perkembangan baby.....tak sabo nak tengok baby...hehehehehe...-kak ngah y ade blog tp mls update/ xingt password..hahaha-

syafiqa said...

iqa byk hbs duit dgn gadget.lagi lagi kamera.segala trend nak beli.
kakak jenis up to date.kasut lebih seribu.baju,handbag.tp bab lain,dia kedekut.
kahkah.ok,senang kata pendapat kite serasi.janji tak susah kan org da la,
"duit aku" haha

Puan Fady said...

btl tu sha...masa kita anak dara kita xpikir sgt pasal duit.. rasa nak beli walaupun mahal tetap jgk nak beli kan.. tapi skrg lpas dah kahwin dah len dah... kena pk dulu.. kalau beli ni, ada cukup duit tak nak beli brg yg lebih penting... encik asben selalu pesan kat aku... yelah skrg dia tgh study...kira aku yg tanggung... jadi kena kedekot sket dlm hal ehwal nak belanja... huhuhu...
p/s aku suka dgr pekembangan sal baby ko tu... so sweet... :)

Hida Kadiso said...

dah nak ade baby mmg cam ni.. nnt bile dah baby dah kuar lagi la.. sume nak beli.. pantang nampak..

tp org kate sape kedekut cepat kaya tau.. hehhehe..

Miss Tasantek said...

kak anon :P ahahaha..aku pon fikir gtu je kak ngah...aku suka membaca nak buat cane..

syafiqa tecit : bak meh kamera tu amik pic ahkak yang sedang memboyot ni.

Puan Fady : yes.kau dapat juga rasa apa aku rasa ...ini lah asam garam kahwin..kikiki..

kak eda : dah bertahun2 sha kedekut.tak kaye juga..hahaha...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.