Thursday, December 1, 2011

tak sempat2 lah.

tak sempat sangat nak apdet blog lately. banyak nota keterangan aku kena taip semula sebab pendrive aku hilang. dugaan kan. tapi tak pe..at least aku berjaya menaip dalam 20 minit je untuk satu fail kes..

now aku dah 36 weeks. 
doktor KKIA dan Private sahkan baby aku dah enggaged and bila2 masa dari skang aku boleh melahirkan. tapi...baby tecik je. baru 2.2 kg. tengok ajelah mak die bukan beso mane kan..hahaha..
skang ni tido malam pon dah tak selesa. pusing kiri, pusing kanan, tegak cam patung cendana, susah nak cari posisi sesuai. kadang2 tu aku tak sedar bilanya aku terlelap. tengah2 malam tesedar2..tak tau kenapa aku begitu. 

selera makan ada tapi dah tak boleh makan banyak, macam tak muat je perut nak tampung. rasa cam nak muntah bila makan banyak. bila sendawa rasa cam ada benda nak keluar dari tekak. tak sempat masuk perut makanan aku masih berlegar2 di esofagus gaknye..

kaki aku takdelah bengkak , biasa je. cuma nampak kembang. 
muka aku dah sembap. aku pakai mekap pon orang dapat detect idung and pipi aku merah. apekah..merah itu seksi ok :) 
jari2 aku bila bangun dari tido, tak kire tido malam ke siang , dia akan kebas dan sepertinya tidak boleh dibengkokan. aku akan bersenam2 ringan untuk hilangkan rasa kebas itu. seperti budak2 kecil belajar mengenggam. :) seronok juga bila buat hari2..

pagi tadi aku ke KKIA, dan doktor dah bagi surat pengesahan aku punya due dan minta aku bercuti awal untuk berehat. insya allah 2 minggu sebelum due date aku akan cuti. eh. ramai pulak yang ingat aku dah cuti. statement aku kat FB mengelirukan gamaknye ni...

aku tak beli lagi confinement set and pam tetet susu. tak sempat lagi nak gi Lunatot Presint Diplomatik tu. aish..nk singgah One World Tmn Permata balik keje, rasa cam tak larat je nak jalan2 ..rasa nak terus balik rumah masak dan makan. lapar. 

pinggang dah nyut2 ni. erm...

4 comments :

alin said...

semoga semuanya slamat kak ;)

Miss Tasantek said...

alin : thanks dear :)

eda_ej said...

part yang kene wat senaman jari tu same cam mase pregnantkan harith.. =D

good luck!!!

Miss Tasantek said...

ahkak Eda_ej : sha hari2 buat senaman gudang gamit :) hehehehe...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.