Friday, December 2, 2011

suami, saya sayang awak sangat2

just now, suami baru datang ke bilik aku , hantarkan kuih untuk aku breakfast. 
sayu hati aku tengok die senyum2 hantar kuih, bagi duit and pesan kat aku, nanti tengah hari jangan lupa makan tengah hari. 

pagi tadi, aku tido dalam kete, aku tak sedar pon dah sampai parking kat ofis, aku memang begini lately..
bila aku sedar, aku tanya suami dah pukul berapa, suami kata hampir pukul 9, aku tergesa2lah bangun, terus marah suami kenapa tak kejut aku. aku masuk keje kul 8, now dah kul 9. tido plak tu dalam kete. 
suami kata, dia tak sampai hati nak kejutkan aku, die tengok aku macam lena sangat tido. 

aku terus ke kafe, niat hati nak makan, bila aku tengok dalam dompet aku cuma ada 2 hengget, aku tengok suami pon bukak dompet, ada sehengget je dlm dompet die. aku pon naik anginlah. aku marah die aku cakap kat die kenapa tak cucuk duit awal2 kan dah dua2 tak berduit nak breakfast.
lagipun orang baru bangun tido macam aku ni, memang mudah nak naik angin. 

semalam kami minum2 di luar dengan Mawi, Fadly and Afiq, balik dari minum2 tu suami isi minyak, memang niat hati nak cucuk duit, tapi shell tu dah kunci pintu. dah lewat sampai kat shell tu. dalam kul 1 pagi..
tu yang suami berniat nak withdraw duit pagi ni, tapi dia telupa sangat2.....
suami minta maaf. 

reaksi aku ketika suami mohon maaf tu, aku jalan je tak toleh kat die, smbil mulut membebel2. yep. sampai aku cakap , 

"len kali main game memancing tu makan sekali I phone tu. itu lagi mengeyangkan awak. "
then aku blah tinggalkan suami aku kat tangga. 

pukul 11 pagi suami datang bilik dengan sebungkus plastik dalamnyer ada kuih. die hulur kat aku dengan duit RM50 buat makan tengah hari. 

suami salam tangan aku, and cium dahi aku , siap pesan  

"nanti syg jangan lupa makan ok. abg nak cepat. ada vendor dah tunggu"

suami kucup dahi aku berkali2..

kalau korang , apa yang korang akan rasa???

aku?? 
senyum je. tapi bila aku makan kuih tu..
menitik2 air mata aku. menyesal sangat marah suami aku....
suami, sangat cOol..tk penah nak marah2 aku, tinggi suara tak penah sekali, aku terharu sangat..suami sikit pon tak berdendam dengan aku, die memang bukan seorang yang romantis, tapi kadang2 certain2 things die boleh buat aku menangis..

suami ku..
maafkan saya. 

ini lagu suami bagi kat aku 

10 comments :

Hustler said...

Ayyooo... Tasa... Tasa.... ko nih kan kak long.. ce la bwk sabo cikit. Betul abg mee sabo. Aku tanak la nanti lama2 sabo abg mee ilang. Berapa lama tuh, aku taleh la nak jamin. Tapi aku caya, abg mee pandai manipulate keadaan. Ko giler ke lau abg mee dok diam tu ko igt dia pikir ape?? haish!!! Dia pikir la kenapa la beliau tuh bengong sgt, kenapa la beliau wat ko marah., kenapa la beliau buleh wat ko sakit ati. Lau boleh beliau tanak la ko marah2 masa bawakkan anak dia.. ish2.... Tapi tape la, ko da nampak kan?? Da jadik pon. Gi mesej abg mee sepat. mintak mahap. Mesej sahaja dah sukup utk abg mee ase beliau dihargai. Siyes. Cian ayah wafi. Lalalalalalalala~~

Miss Tasantek said...

Hustler :
aku tak akan berhenti, menemani dan menyayangimu, hingga matahari tak terbit lagi..
bahkan bila aku mati, aku kan berdoa pada ilahi, untuk satukan kami di syurga...nanti ...

baiklah. aku mesej. 3x. nnti aku s.k pada kau :)

sue. said...

T_T

tasa syahdu......T_T

Puan Fady said...

sha.....it's normal bila bgun dari tido kita akan marah2 lau kita ada bndAa nak buat ke apa... tapi kena kawal ey marah tu sha... cian baby dlm perot tu.... dia nak tgk dunia tak lama lagi....

Cik TTK said...

sedih lak aku baca...mintak maaf cepat tau..

Miss Tasantek said...

sue : bila dah kahwin ni, benda2 kecil selalunya pada orang lain biasa, pada sha ia sangat berharga :)

Puan fady : ahku lately memang mudah emosi. kadang2 menangis sendiri..tak tau lah ..

Cik TTK : ouh...aku dah mintak maaf. die senyum2 je. balik kang nak mintak maaf lagi lah :)

Puan Fady said...

ermm.. pembawakan bby agak nya...pe2 pon b'sabar ey....

nurawanees said...

sgt sweet oke..huhu.arap2 paez pon cmtue gak...huhu

eda_ej said...

sabo ye.. pembawak budak kot.. lg pon rg pregnant mmg cepat naik angin.. penat bawak perot.. =D

♥S@y@ng ♥ said...

sgt sweet...chomel sangat ..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.