Wednesday, March 14, 2012

cerita ceriti ibu preggy...

salam semua..
Alhamdulillah...setelah beberapa hari aku macam kekaburan je , hari ni dapat la aku merehatkan diri sebentar sambil menaip tentang entry kali ni.
entry kali ni aku tak tau nak letak tajuk apa, aku bedal semacam je. 

ini cerita 3 bulan lalu :) 
aku dah start mohon cuti awal 2 minggu sebelum tarikh due date aku pda 26.12.2011, so aku akan start bercuti pada 13.12.2011. tapi on 9.12.2011 aku dah balik kampung. eksaited nak beranak. boleh gitu??

11.12.2011 jam 12.30 tgh 
aku tengah asyik membaca novel, masa ni aku baring sambil peluk teddy..
masa aku nak alihkan badan, aku rasa kaki aku tak leh angkat. nak angkat pinggang nak alihkan badan pon aku tak kuat. sakit sangat aku rasakan di bahagian pubik. aku panggil suami, dan suami datang papah aku bangun. aku cuba melangkah memang tak boleh.
suami, terus salinkan aku baju, dan antar aku gi spital. Mak temankan aku gi spital. alahai..mak aku suka buat drama melayu petang2 ... die boleh nangis plak dalam kete. aku ni..lemah sikit kalau mak aku menangis sebab aku. aku terus rasa cam nak balik umah je walaupun masa tu suami dah belok masuk kawasan spital. 

bukak je pintu attendan dah sorong wheelchair,tak payah tanye pape, memang kalau perut boyot je diorang akan tolak labour roOm..*good job Spital BP*

sampai labour roOm misi naikkan atas katil dan mula lah pasang CTG, amik darah, and tunggu jap MO datang..
setelah di soal macam penjenayah, ehehehehe...doktor pon cakap, aku kena Symphysis pubis dysfunction (SPD) 

aku ditolak masuk wad. Wad 9 katil no 9.
seumur idup aku ini lah kali pertama jejak kaki dalam wad spital BP dengan kapasiti ibu mengandung.. aku tak penah lepak spital. senang kata tak penah adimitted lah. aku jarang sakit pon adoi. kalau demam gi jumpe doktor makan ubat dah baik :) 

bermula duk dalam ward, aku diberi suntikan Trama 50mg setiap pagi, petang dan malam. dan suntikan itu buat aku mengantuk. kejap2 aku tidur. mula2 kena tinggal dengan family kat spital, ya Allah..menangis2 aku. tapi takdelah meraung bagai. cuma sok sek sok sek kat atas katil.
mula2 tu manja sikit lah kan....lepas semalaman duk spital aku rasa kuat plak. boleh jalan macam biasa, cuma aku perlu menahan perut pakai tangan. doktor kat spital baik2. tak seperti yang digambarkan sesetengah orang. entahlah eh, rezeki aku agaknyer doktor sume baik2, and memahami. 
setiap pagi ada doktor hensem2 datang melawat, ada Dr Faiz, Dr. Haniff, Dr. Arun ...semua lelaki kan?? hahaha...+ misi2 pelatih yg suka dengar aku bercerita. takde lah bosan kan duk kt dlm wad tu :) 

ekceli, pelatih ni korang janganlah salahkan mereka kalau mereka buat salah. kite memang sakit, tapi mereka perlu belajar, kalau kite tak bagi chance diorang belajar, cane diorang nak jadi misi kan. aku tak marah pon bile diorang tersalah amik bacaan darah aku. biaselah pelatih kan.. +ve thingking.

lepas 3 hari 2 malam bercuti aku pon balik dengan girang :) sebab belum smpai due lagi :) 

23.12.2011 pukul 1.30 pagi (Jumaat)
masa ni aku rasa perut aku mengeras dan sakit. sakit tu berlarutan sehingga sengah jam. aku cuba relaks dan kira contraction. memang dah regular 10 minit sekali. aku relaks lagi. aku mengiring ke kiri, ke kanan, lama2 aku terlelap. 
 4.30 pagi aku dah terjaga semula.
aku duduk temenung..tau2 dah azan subuh.
aku solat Subuh, aku menangis sebab aku rasa cam dah dekat je masa aku nak berjuang. suami plak aku tepon dari malam tadi tak dapat2.. aku tunggu  mak aku bangun sambil duduk dalam bilik temenung..
pukul 8.30 pagi Cik Puan Bunga sampai umah aku, aku minta tolong die hantarkan ke Spital BP. dan again..aku ke spital BP..
macam biasa lah sampai je terus ditolak ke labour roOm. kali ni aku dah pandai panjat katil sendiri, baring dan terus angkat kaki. dah siap2 nak suh misi cek OS. kah kah kah..kelakar kan..kikiki..
senior nurse aku ingat lagi nama akak tu Hamsa, die cek OS, die kata jalan tade langsung. OS CLOSE. masa buat CTG memang contraction aku dah 98-99%, perut menggelodak...then doktor bincang2 nak buat apa dengan aku ni. hahaha...bila doktor decide nak bagi aku painkiller aku ye kan aje. sebab aku rasa cam dah tak larat nak buat pape. Misi baru inject aku tak sampai 5 minit aku terus tido. tido kat labour rOom ok. boleh gitu?? sedar2 je aku dah ditolak ke Wad. 
again..Wad 9 katil 9.
2 hari kemudian aku discharge sebab aku tade rasa kontraksi langsung selepas diberi painkiller tu.  Doktor bagi 7 hari dari due date untuk IOL (ini aku tak tau apa kah istilahnyer...tanye Dr.Najwa)
before balik doktor ada cek OS aku baru terbukak 1cm. so doktor suh balik dlu dan berjalan2 abiskan masa di rumah berehat2....

31.12.2011 Sabtu 11.00 pagi (birthday Suami)
aku gi spital lagi . kali ni aku pegi senyum2 riang. maklumlah tak sakit kan. sebelum gi spital tu aku dah puas pusing satu kampung. nak bagitau aku nak gi spital besalin. (mata ke atas tangan di bahu )
masa sampai kat labour roOm tu, aku senyum2 je gi masuk bilik nak cek. aku dah tau dah, mesti kena kencing dulu, buat CTG, then tunggu doktor nak amik darah. dah tak heran dah aku dengan jarum2 tu. 
Doktor briefing aku tentang induce. risiko2 induce dan komplikasinya. alhamdulillah ...doktor tak paksa aku induce, doktor bagi aku masa nak fikir nak induce ke tak.  tolak masuk wad lagi. ok. kali ni aku jalan kaki gi wad. kalau 2 kali sebelum ni tolak wheelchair, kali ni jalan kaki, senyum2..
Wad 9 katil 8. no more katil 9.. suwey...tak beranak2 aku nanti :P 

petang tu doktor2 berkumpul dalam bilik pemeriksaan, aku ingat seorang doktor india perempuan. sangat sakit ok masa die cek tu. eh, you all..(yg tak besalin lagi) tau tak cane cek jalan ni??
doktor akan masukkan jari dalam kite punya vagina dan buat bentuk 'v' dalam kita punya salur vagina tu. aku mengucap panjang masa die yang buat. 
dari petang tu sehingga malam lebih kurang 6x doktor2 ni cek bukaan. di samping tu mereka2 membantu membuka jalan. prosedur ni nama die SNS. ( ini pon aku tak tau ape maksudnya. diorang tulis dalam rekod aku cenggitu)
sampai malam tu aku dah lembik. sebabkan dah banyak kali seluk, so darah pon keluar...aku kena pakai pad. banyak kali buat SNS ni pon OS tetap statik 1cm.

masa suami nak balik, aku menangis. aku tak tau kenapa aku rasa aku dah tak tahan diperlakukan begitu. mujur misi2 sangat memahami. ada staff nurse tu bagitau doktor aku dah lebih 6x cek jalan, so doktor stop dlu. 

1.1.2012 (new Year babeh) 
hari ni tahun baru dalam 2012, tahun lepas new year aku sambut dengan adik, kakak, and tunang (skang suami) aku. aku dan suami potong kek sama2 coz my birthday on 2 Januari, so kami amik tarikh tengah2 untuk sambut birthday. 
tapi tahun ni, aku sambut atas katil spital. 
pagi ni, ada lawatan dari doktor pakar, aku ingat doktor pakar ni yang turun tengok aku masa aku kena SPD 2 weeks yg lalu. doktor nasihatkan aku untuk terima je Induce sebab die kata, "tak nak tengok ke baby awak?? heheheh.." dan jawapan aku " janganlah doktor, saya masih ada lagi option lain" then semua doktor latihan siswazah dalam 3 orang gelakkan aku. sebenarnye aku takut. induce lebih sakit dari bersalin biasa kata doktor. 

petang tu my best friend aku datang dengan tunang beliau, mak aku pon datang tengok aku. sampai lemas aku tengok mak aku menangis2 pegang tangan aku. aku buat2 tade pape je..
malam tu aku solat aku mohon Allah permudahkanlah untuk aku bersalin. aku dah rasa cam putus asa je sebab dah lebih due tak bersalin2 gak.

Doktor jumpa aku dan again die briefing aku pasal induce. aku bagi jawapan "ye doktor saya setuju"
malam ni aku dah rasa contraction yg light2 gitu. die datang regular 2 in 10 (sebut to inten) 
bila suami balik, aku menangis. sebab aku takut. aku takut kalau aku sakit suami tade kat sisi aku,dan aku mati tanpa sempat tengok suami. 

2.1.2012 (birthday aku ) 
pagi2 sebelum subuh aku dah bangun, buat CTG, then lepas buat CTG aku mandi, solat subuh. aku menangis, menangis dan menangis...aku mohon Allah permudahkan urusan aku. misi panggil aku ke bilik pemeriksaan. aku melangkah dengan penuh gagah. (background lagu kitaro :P )
Doktor yang nak induce aku ni giler kacak. aku dah paisey dah...tapi aku kangkang juga lah kan..bis tu nak buat cane kan..
masa doktor nak masuk ubat tu die cek OS dulu.. what a suprise, aku dah ada bukaan 2cm. sebab kan aku dah ada bukaan doktor tak jadi induce. die suruh tunggu mungkin akan terbuka lagi. menitis air mata aku. Ya Allah..tuhan makbulkan doa hambanya...
pagi tu aku mesej suami,aku mesej Cik Puan Bunga. 

lunch tengah hari tu, aku minta suami belikan aku chicken pop corn + cool blog Oreo. bila suami datang menjinjing beg plastik ada pop corn aku terus senyum2 gembira. 
lepas makan suami balik. petang tu Cik Puan Bunga eksiden langgar tiang. abis kete die remuk. kesian cousin kesayangan aku ni...lepas tarik kete ke bengkel, CPB datang melawat aku kat spital. aku hepi sangat masa ni.  ntah kenapa aku rasa seronok plak. sampai maghrib CPB baru pulang ke rumah dengan suami aku.

sepanjang hari doktor tade cek OS aku. aku pon tade rasa sakit sangat. aku rasa cam sakit senggugut  sakitnyer kerap lah still 2 in 10..
Maghrib tu ada akak tu baru masuk duk sebelah katil aku. dapatlah aku borak2. sebab selama hari ni, wad tu lengang. tade orang sangat, sume masuk kejap je. then besalin. aku je dengan sorang akak tu duk kat wad tu lama..

masa solat Maghrib aku sambung baca surah At-Taubah yang aku baca dari start aku masuk spital on 31hb. alhamdulillah dapat aku abiskan baca surah tu. aku buat nestum. aku mesej suami, tanya kat mana, die kata dia ada di rumah CPB, berborak2 (we all cousin cam adik beradik. lepak2 tu biasa) 

masa ni aku tak tau lah apa yang aku sedihkan. aku menangis lagi. aku solat isyak dan terus aku buat solat hajat. aku mohon dipermudahkan segalanya...aku menangis2 berdoa. aku tak penah putus asa nak berdoa. aku harap baby aku selamat. aku sangat sayangkan baby aku.

dan....
lepas aku selesai solat hajat, aku pon bersiap2 nak tido. tiba-tiba.....

nak tau apa jadi?? nantikan entry seterusnya... :)

9 comments :

cicak_jawaz said...

alolo...nangis jugak ni bace...huhuhu..rindu seh nak bace blog ni..tahniah kerana berjaya menjadi seorg ibu...

Cik Puan Bunga said...

Cis! Penat aku bacaaaa sekali bersambung! Aku dahlah tak minat drama bersiri!

Puan Fady said...

cepat lah cepat lah sambung... aku tgh syok baca nih...

Miss Tasantek said...

rileks lah CPB, guwe lagi banyak kes ni. ini pon tulis2 tengok dah 4.30 nak balik amik Wafiy..

@cicak jawaz : hehehehe..thanks dear :)

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

wah, cerita yg mendebarkan..hehe.. bestnye pengalaman ko tasha...

eda_ej said...

org kate anak 1st mmg lambat skit nak kuwo..

Miss Tasantek said...

Mrs mamiko aburakoji :) sangat best :) hehehehe...

kak eda : betul tu. tade jalan lagi kan. baby pon berusaha nak keluar juga tapi dah jalan tak ade nak wat cane kan :)

CikPuan Azizah said...

bestnya pengalaman tasha!!

Miss Tasantek said...

CikPuan Azizah : sangat best + syahdu :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.