Thursday, March 15, 2012

....sambungan ....

lepas aku abis solat hajat, dan habis baca surah At-taubah, aku tengok jam dah pukul 10.30 malam.
aku pon baring lah merehatkan diri, akak sebelah katil aku yang baru masuk tu peramah. die sapa aku dlu, aku ni kalau orang dah tegur aku memang ringan mulut nak bertanya..kalau orang tak tegur aku diam ajelah. tu memang sifat aku.

akak tu aku tak ingat nama die apa, dia ceritakan tentang pengalaman pertama dia yang bersalin secara induce. die kata sakit sangat2.. kali ni dia mengandung anak kedua pon rasanya di induce juga sebab die dah overdue macam aku. sedang aku seronok berborak dengan dia, aku terasa cam ada cecair panas mengalir dari vagina. panas2 hangat. keluar dan tak dapat ditahan. aku gi toilet aku tengok pad aku dah penuh air. sebabkan darah yang keluar sebelum ni telah bercampur dengan air ketuban aku yang keluar tu, so aku tak tau apekah ketuban aku keruh ke atau masih jernih. 

aku panggil misi dan misi mintak aku salin pad baru yang bersih, tunggu air ketuban tu keluar dan tengok kalau air ketuban dah bertukar kale , mybe baby dah makan najis die sendiri. 
aku gi tukar pad dan terus duduk kat kerusi. termenung. then aku rasa sakit perut. aku gi toilet dan ...
gi berak. ouh. saspen kan??? 

lepas selesai buang air, aku tukar pad, sebab pad aku penuh dengan air ketuban aku. misi nak tengok pad aku yang aku pakai tu, so aku tunjuk. misi kata 'clear liquor' . means masih jernih air ketuban tu. misi suruh aku duduk tunggu kontraksi. kalau dah makin sakit panggil die.

pukul 11 malam aku mesej suami, suami kata dia baru je sampai rumah dari rumah CPB, die penat sangat and nak rehat. aku bagitau die aku dah start sakit2 and ketuban dah pecah. suami tanya nak tak die datang, aku boleh cakap " tak payahlah esok je. tak tau lagi bersalin bila"
kat pale otak aku ni boleh berfikiran sakit ni akan hilang. hahahahaha..bongek tak??

pukul 12.30 tgh malam 3.1.2012, 
aku dah mula rasa contraction 3 in 10. setiap kali datang kontraksi tu aku rasa macam nak tebalikkan katil tu. arh...sakit sangat...aku bagitau misi, misi suruh aku masuk bilik pemeriksaan. Cek OS dah bukak 3 cm. Doktor cek air ketuban, masih lagi jernih. Doktor minta aku tunggu lagi sikit kalau dah bukak 4 cm baru boleh tolak ke labour roOm. keluar dari bilik pemeriksaan aku mesej suami, aku cakap aku dah start sakit sangat. tolonglah datang tengok aku. masa ni aku dah menangis. 

pukul 2.00 pagi, 
aku dah tak tahan. aku dah berguling2 atas katil tu. tapi memang tak melegakan sakit tu. air ketuban keluar setiap kali kontraksi. panas dan hangat. aku rasa tak selesa. katil dah mula basah sikit. aku bagitau misi lagi, senior misi cek OS aku, sebab tunggu doktor lambat sangat.. cek2 dah ada 4cm.
terus misi mintak baju baby, and die suruh aku tepon suami minta tunggu kat labour roOm. misi sangat baik hati, die tau aku dah tak larat die suruh aku duduk kat wheelchair, die yang bongkar almari cari baju anak aku. aku cuma boleh tunjuk je kat mana aku letak baju tu. 

tiba2 ada orang pegang bahu aku, aku toleh belakang tengok suami dah sampai...
masa ni aku menangis. aku cakap kat suami sakit sangat. aku tak tahan. aku merayu2 kat suami mintak maaf. mintak ampun.. suami cium tangan aku minta aku bertenang. aku memang sedih sangat. time ni. 
aku ditolak ke labour roOm..

dalam labour roOm, aku tengok jam pukul 2.30 pagi, misi kata lagi 2 jam insya Allah aku bersalin.
what??? 2 jam??
aku rasa macam nak putus nyawa aku, aku kena tunggu lagi dua jam?? 
masa ni aku baca zikir Nabi Yunus tanpa henti2. memang sakitnyer...Ya Allah...sangat222222 sakittttttt...
misi pasang tiub keluarkan air kencing, misi minta aku bersabar. sampaikan aku boleh tertinggi suara kat misi, aku cakap "tolonglah saya misi. saya dah tak tahan..." misi minta aku sabar.sabar. dan sabar.
3 orang misi yang berusia. aku tau ni mesti misi senior. mereka sangat baik. pada aku sapa2 pn kalau sakit, memang akan emosi. tapi misi2 ni coOl je aku tengok.
misi suruh aku mengiring ke kiri. setiap kali kontraksi, aku pegang besi katil tu sampai begegar2 katil labour roOm tu. masa ni aku rasa panas. panas sangat. setiap kali kontraksi aku berpeluh, panas aku rasa nak bukak baju dan masuk dalam ais. panas sangat!

aku tengok jam baru pukul 3.30 pagi. aku meraung minta maaf minta ampun kat mak aku. misi cakap jangan menjerit nanti meroyan, aku terus diam. aku sebut "Ya Allah" tak putus2..masa ni aku serahkan idup mati aku pada Allah. aku nak selamatkan baby aku. aku kena kuat. aku teringat mak aku, abah aku, adik2 aku, aku rasa macam aku dah nak pegi tinggalkan diorang semua. aku menangis menahankan azabnyer aku nak bersalin tu.

Di luar Labour Room, 
suami dan adik lelaki aku tersengguk2 tunggu berita dari dalam labour room. adakah aku selamat bersalin atau sebaliknya..suami peluk froggy kesayangan aku dan berdoa aku selamat. tak putus2 suami berdoa aku selamat. 

pada awalnya suami aku tak dibenarkan masuk sebab suami tak menghadiri kursus teman kamar bersalin yang mana kelas ni adalah wajib bagi  suami yang nak teman isteri bersalin. kami kan dari Putrajaya, tak tahu pon ada kelas ni. so misi kata suami aku tak boleh masuk teman aku bersalin. dia boleh tunggu kat luar labour roOm.

jam dah pukul 4.30 pagi, aku masih tak bersalin lagi, jalan baru bukak 7 cm. ada lagi 3 cm nak cukup 10cm can aku boleh meneran. masa ni aku dah lemah. aku rasa macam nak mati. sakitnyer...Allah je maha mengetahui. memang janji Allah tu pasti. sakit bersalin ni sakit kedua selepas sakaratulmaut. memang sangat sakit...air mata aku tak henti2 mengalir. actually kalau menangis kita akan jadi lagi lemah. 

aku panggil misi, aku pegang tangan misi, aku cakap "tolonglah misi, panggilkan suami saya masuk. saya nak tengok suami saya. saya takut tak sempat tengok dia" 
misi pandang aku, die senyum dan berlalu pergi. 
tak lama lepas tu, suami aku masuk sambil peluk froggy aku. mula2 suami senyum, tapi bila die tengok aku menangis2 die jadi sebak. 

misi kata aku dah lama sakit tapi tak bersalin2 so die bantu bukak jalan untuk aku, die korek2 bagi besar laluan untuk baby. masa ni aku dah tak ingat pape, aku cuma bertahan untuk baby. pada aku biarlah baby selamat. biar aku mati pon takpe. aku sanggup asalkan baby aku selamat. aku serah semua kat Allah. SEMUA ok. 

misi minta suami bacakan ayat2 suci kat telinga aku. biar aku ada kekuatan. setiap kali sakit kontraksi aku paut lengan suami, aku paut besi katil, aku cuba bertahan. sedaya aku. 

misi 1 : "bila ada rasa nak teran, tarik nafas panjang2 dan lepaskan , mulut katup jangan bunyi, suami tolong angkat bahu isteri biar dia punya dagu cecah dada" 

misi 2 : "ok simpan tenaga, bila tade rasa nak teran, cuba rileks..bernafas dengan lebih teratur. "

misi 3 : "suami jangan berhenti, bacakan ayat2 suci, teruskan jangan berhenti"

suami : "sayang kuat sayang kuat, Allahu laa..ilahaillah hual khaiyul qayyum...(ayat Kursi)

tiba2 aku rasa ada benda menolak disertai sakit yang teramat sangat. masa ni aku cuba teran...tapi...nafas aku terputus.

misi 1 : "ok cubaan yang bagus. cuba lagi, cuba lagi. lagi. lagi. lagi.."

misi 2 : "ok, rileks, 1,2, 3 ....lepas.."

aku teran.......terputus lagi. nafas aku. 

misi 1 : dik, jangan berenti dik, anak awak dah nak keluar ni. fikir baby. fikir baby.

misi 2 & 3 bacakan aku ayat suci Al -Quran, suami pon bacakan kat telinga aku. 

aku teran lagi ....dan lepas lagi. aku rasa dah tak larat nak pegang kaki aku sendiri. 

misi2 tengok aku dah tak larat diorang decide pasung kaki aku kat tiang. time ni aku dah memang lemah. sangat. aku kena kuat untuk selamatkan baby. 

sekali lagi aku rasa ada benda nak keluar, aku teran.......dan misi2 terus bagi semangat. dah macam sorak kat padang bola pulak aku rasa time ni. 

suami pon turut sama bagi semangat. putus lagi nafas aku.

misi 1 : dik..sikit lagi dik, dah keluar kepala baby dah...sikit lagi. 

nafas aku putus lagi. masuk ni dah 3 kali aku putus nafas. aku dah lembik. masa ni aku fikir anak aku nak keluar. keluar lah cara cane pon aku nak anak ni hidup.

once again, aku teran...

misi 1 : ok, kepala baby dah keluar, lagi kuat, lagi kuat lagi kuat..

misi 2 : (panjat katil dan tolak perut aku so that baby tak temasuk semula ) 

misi 3 : pegang tangan aku kuat2 dan bacakan aku ayat2 Al-Quran.

again..putus nafas aku tapi dengan bantuan misi tolak perut aku so aku boleh curi sikit nafas. 

misi 1 : lagi kuat lagi kuat...dik..dah sampai idung anak awak ni, kenapa benti. kesian die. cuba lagi..

bacaan ayat Kursi makin kuat kat telinga aku. suami baca sambil titiskan air mata, aku pejam mata...
aku tarik nafas dalam2...
1...2...3...aku lepaskan sekuat2 hati aku...
jam 6.14 pagi , 
aku rasa ada benda panas beserta air mengalir keluar ...

semangat yang tak putus2 dari misi buatkan aku kuat dan akhirnya...
kedengaran suara bayi terbatuk2 dan menangis...

bila dengar suara baby aku jadi kuat nak teran keluarkan bahu dia.


sejurus baby keluar, misi letakkan di atas bahu aku. 
kelihatan..
seorang baby penuh selaput lendir menangis2 mengigil kesejukan mencari dada aku...kesian sangat....
tangisannya semakin kuat dan aku mengalirkan air mata. 

aku tediam dan takmampu berkata apa2. aku cuma pandang syiling dan aku dengar suami azankan baby sebelah aku, misi bawa baby aku untuk di bersihkan dan suami mengikuti misi tu keluar. tinggallah aku dalam labour room tu. 

apa yang ajaibnya, bila baby keluar, rasa sakit yang macam nak putus nyawa tadi, terus hilang. tinggal rasa senak2 macam nak berak je , tu pon sebab nak keluar uri. 

tiba masa yang dinanti2kan. sesi menjait. 

well...sesi ni paling menggerunkan pada aku. tapi saat dan ketika misi menjahit ni aku dah tak rasa apa2 melainkan rasa lega teramat sangat. lega sangat. masa misi jahit luka episiotomi sambil membacakan aku ayat-ayat Quran. zikir ...

masa sesi menjahit tu aku minta misi selimutkan aku sebab aku rasa sejuk sangat. tiang pasung kaki tu menggeletar sebab kaki aku menggeletar kesejukan... 

selesai sesi menjahit yang owsam tu, aku pon dibiarkan keseorangan di bilik labour rOom tu. sementara tunggu doktor datang cek jaitan aku.

siap menjahit misi bagi aku minum milo. sedapnyer aku rasa, aku sedut sekali lalu je. abis.

tinggallah aku sorang dalam bilik tu. 

pukul 8 lebih, doktor masuk nak cek jaitan masa ni aku mamai2 sebab aku baru nak telelap. tapi aku cam sape yang masuk tu. yep! aku cam sangat.

"hye Doktor Totin!" aku senyum2 (tapi masa ni bibir aku kebas akibat aku gigit bibir masa meneran tadi)

Dr. Totin : hye, mana tau nama saya??

"saya peminat setia blog doktor. saya suka baca blog doktor. selalu saya baca :) "

*aku kena cakap satu2 sebab aku rasa ketika ni mulut aku besar semacam je.*

lepas doktor seluk2 tengok ada salur tesumbat ke tak, then die pakaikan pad, doktor pon mengucapkan selamat tinggal. terubat sakit aku masa ni dapat tegur Doktor Totin :) c

siyesly doktor sangat cumel. manis je. kalau u all tengok blog die nampak cam die suka becerita, die sebenarnya sangat lembut :) senyum je :) weE...terharu2...

alhamdulillah selesai cek2 aku pon ditolak ke wad dalam pukul 9 pagi. 
suami temankan aku gi kencing, salinkan baju aku dan aku pon berehat di wad. 
masa tu aku pandang je baby comel bertopi ijau, berbaju cokelat ada gambar katun2..aku macam tak percaya itu anak aku. perut aku yang semalam besar dah ilang. tinggal kulit perut yang lembik2 macam belon air. ahahahahaha...ngeri aku tengok perut sendiri.

petang tu aku discharge sebab aku tade masalah apa2, then baby dah berak dan kencing.

thanks sangat pada CPB and Abg Hafizal yang datang melawat aku.  walaupun CPB dalam kedukaan si Farrel kesayangan die eksiden, die tetap tersenyum2 tengok aku yang dah rupa apa ntah..

suami kata mak aku terkejut sebab tak sangka aku bersalin subuh tu. mak cakap, malam tu mak tido dengan lena sangat. mak rasa perasaan lain macam sangat lena tu. Mak tak tahu yang aku kat labour roOm tu berperang nak beranak. suami tak sempat nak cakap kat mak sebelum gi spital sebab dah pukul 1 lebih pagi  kan,  dia malas nak kejutkan mak aku.

syukur...alhamdulillah..akhirnya aku selamat melahirkan. balik petang tu mak CPB yang amik kat spital dengan bapak aku. mak aku buat bubur merah kat umah. masa lawatan tengah hari tu mak aku dah datang so petang tu tak expect boleh discharge, then bila doktor tanya nak balik ke tak, terus aku jawab, Mahu! 

janji Allah tu pasti. sakit bersalin memang sangat sakit. dan ketahuilah bahawa sakit bersalin itu ialah sakit yang bersempadankan kematian. 

oh ya, 2 orang sahabat aku dah selamat melahirkan. kedua2nya baby lelaki. taniah buat Zila and Syaza. 
kami memang plan mengandung sama :) 

sekian, aku nak sambung masuk dewan bicara kes wali hakim, pengesahan nikah and fasakh. 
thanks for reading :)

9 comments :

cendawanpink said...

congrats wehh..

aiyakkk..
<-- takot sudah..hahaa..

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

atoyai tasya,aku dah rase seram2 sedey da ni..indahnya keajaiban tuhan...

~najwa~ said...

alhamdulillah selamat dah..

inilah pengalaman yg paling berharga kan...hanya yang merasa je tahu ;)

sebab tu la anak kena taat kat ibu ;)


jgn serik nak mengandung lagi,ehehe.

Lovely Fieyza said...

ngs aku baca pengalaman kau ni.. tahniah la.. kau mmg kuat.. hish.. aku dah takut nak bersalin.. tanak laa..

Miss Tasantek said...

jangan takut. semua pasti akan rasa. kuat dengan tak kuat je bezanya..

eda_ej said...

tahniah..

bile dah jd ibu baru tau cam ne mak kite lahirkan kite dulu kan.. =D

Miss Tasantek said...

thanks kak eda ...
sangat menginsapi diri skang ni. tak nak marah mak pakai sipar sha lagi :P

CikPuan Azizah said...

tahniah tahniah!! jijah tak merasainya lagi tapi jijah tengok member jijah bersalin dlm labour dulu sama macam tasha alami. secara tak lgsung jijah pon rasa kesusahan tu.. huhuhu


bila baca sedihnya.. hidup mati kita kan..

Miss Tasantek said...

CikPuan Azizah : amin!!! hahahaha....
sakit tapi akhirnya nikmat dapat baby :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.