Friday, April 20, 2012

kemaafan dendam yang terindah

assalamualaikum semua..
maaf lah sebab lama tak hapdet. saya tau saya bukan blogger famous amous tapi saya punya reader yang sangat setia menanti updating dari saya. thanks my lovely readers..

first of all, aku nak wish taniah kepada my ofismate yang telah mendapat anak lelaki semalam hari Khamis jam 6.15 pagi . seorang baby lelaki.

warh...taniah abang afiq. sayang kau sangat2. eh. sayang laki orang pulak.

serba sedikit cerita tentang abang afiq,
Wan Muhammad Afiq bin Mohd Razib, sorang lelaki yang aku rasa dalam idup aku aku tak penah jumpa manusia yang setiap masa ceria. Dia pandai sembunyikan perasaan dia.
kadang2 sakit telinga aku dengar lagu dia yang berulang2 kat PC tu, tapi dia baik hati. sangat bersabar dengan perangai aku. ouh. perangai aku time pregnant sangat menguji kesabaran ok.

kejap2 aku tade kat ofis, kejap2 aku pening, tido, makan lama, kejap2 makan, kejap2 merengek nak balik awal. ahahahahaha...

Diam tak diam dah 2 tahun aku keja dengan dia sebagai satu team. dulu time aku preggy, dia willling je buat semua benda asalkan aku ok. skang bila wife die bersalin , die cuti, aku asyik tepon dia je tanya mana fail, macam mana nak buat kalau orang datang tanya perintah, mana nak buat perintah, rekod cerai, apdet sistem fail and so on. aku rasa betapa 0 nyer dunia aku tanpa dia. hahahahaha...

kami berkahwin , bersanding dalam bulan yang sama Mac 2011. cuma rezeki aku awal sikit, aku bersalin dulu dari kak shida (wife afiq). tapi jam kelahiran baby boy dia sama dengan Wafiy :) 6.15 pagi :)

selamat melangkah ke alam baru wahai Abang Afiq.

apa yang aku nak ceritakan di sini sebenarnya??

aku nak ceritakan tentang ukhwah.

dari aku kecik, aku memang senang berkawan dengan lelaki,
*ouh..kawan tadika aku akan menamatkan zaman bujangnya tak berapa lama lagi. taniah Paing and Anis :) *
pada aku kawan lelaki ni bersifat lebih jujur dan tak hipokrit. kalau tak cantik kata mereka memang betulah tak cantik. tak seperti kawan2 gadis aku yang lebih menjaga hati aku..
kita selalu mudah terasa hati bila orang berlaku jujur dengan kita, tapi bila kau dah lama2 mengimunkan diri kau dengan kejujuran orang, kau akan terasa betapa ikhlasnya orang tu komen apa yang kau pakai, apa yang kau buat dan sebagainya.

aku suka berkawan, dan aku tak pernah serik nak cari kawan. dalam berkawan adatlah kalau ada yang bergaduh, tergigit lidah, termengumpat dan sebagainya, jadi bila dah terasa kau tu berdosa dengan kawan, time hari raya datanglah mintak maaf. ahahaha..tak perlu raya, bila kau rasa dah insap tu teruslah mintak maaf.

ingin aku share kan disini tentang pengalaman aku,

suatu ketika dulu ketika aku masih study,
suatu hari tu aku tumpang tido umah kawan aku di luar dari kawasan asrama, masa tu aku jahat sikit, kira aku ni fly lah duk dengan outsiders.  malam tu ada sikit kejadian yang mencetuskan kemarahan kawan aku. berlaku salah faham antara rakan serumah. malam tu aku sebagai orang yang dtang menumpang tido dalam rumah tu, aku rasa serba salah. yang bergaduh tu dua2 kawan aku. sehinggakan salah seorang kawan aku keluar rumah malam tu dan tak balik.

 

aku cuba untuk mencampurii pergaduhan tu and cuba nak tolong selesaikan. tapi aku tak boleh buat apa sebab aku tersepit. dua2 pon kawan aku. beside aku menumpang umah kawan aku, kang aku cakap banyak kang dia halau aku malam tu dah mana tempat lak aku nak merempat kan..

nak dijadikan cerita, malam tu aku tak boleh tido sebenarnya. aku dok fikir mana pegi kawan aku tu. aku risau kalau jadi apa2 kat dia , if ..if..i say if...something bad happen to her, kat mana aku nak cari mak bapak dia. sebabkan aku tido2 ayam, masa subuh tu ada pencuri cuba nak pecah masuk rumah kami, pencuri tu dah kopek tingkap tinggal nak bukak pintu je. tapi mujur aku dengar bunyi besi belaga2, then aku tengok tangan pencuri tu dah masuk nak bukak pintu (tingkap sebelah pintu dapur)

aku kejutkan housemate yang lain, and kami bukak lampu. terus pencuri tu lari. kalau ikutkan hati aku nak bukak je pintu tu then spray pakai ridsect. hahaha..tapi takut kalau diorang masuk hulur parang ke pisau ke kan. tak pasal2 tertikam aku. :)

lepas kejadian mencemaskan tu, aku tak boleh nak tido, esoknyer gi kelas aku tesengguk2 nak tahan mengantuk.
apa jadi kat kawan aku tu??
kawan aku yang keluar rumah malam tu tido umah kawan dia. mujur tak jadi pape. keesokan paginya dia balik.  Kesian aku tengok dia.

apa yang aku kesalkan kat sini, kadang2 kita ni teremosi dalam menangani masalah. aku tak rasa bergaduh jalan terbaik nak selesaikan masalah. duduk ah slow talk. kalau tak puas hati tak perlu kot nak gaduh2 sampai hempas2 barang. itu akulah. aku tak tau orang lain kan.  
aku selalu ingatkan diri aku, aku tak ramai kawan, tapi aku sangat menghargai kawan2 aku yang ada. kalau ramai2 kawan tapi time kau susah, time kau semput nak bersalin tade yang datang tengok pon tak best juga...kan.
baiklah kawan yang ada sikit tapi bila kau sakit, bila kau kawin, datang juga...jauh2 pon datang juga...tak dapat datang wish pon jadilah kan :)

semakin berusia ni (eceh. macam dah tua pulak.) aku rasa diri aku semakin sabar. alhamdulillah. thanks pada suami yang selalu memberikan kata2 semangat dan bimbingan pada aku untuk mengasah soft spot aku :)

kawan2..
pada yang pernah aku tersakitkan hati, yang mungkin terbaca cerita ni, aku mintak maaf sangat2...aku sangat2 mengharap kemaafan dari kalian. bukan untuk menunjuk2 konon2 aku dah jadi orang baik2, tidak. tidak sama sekali. tapi...
aku mohon untuk aku lepaskan diri aku dari dibelenggu dosa. aku punya anak, punya suami, aku nak jumpa mereka di syurga, aku tak nak hanya kerana dosa ke atas kalian yang tak dimaafkan, aku tak mampu memimpin wafiy , (atau mungkin wafiy dan adik2nya) ke syurga Allah..

aku mohon itu. maafkan aku. 

*eh, ternangis lagi..*

1 comment :

Hustler said...

Yerppp... Ko da semakin matang.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.