Monday, April 23, 2012

bila tension.

salam my dear readers. 
ouh. haku sedikit emosi minggu ni sebab...aku dapat tau aku akan kembali ke JPM dalam masa terdekat ni. sama seperti Raudhah, aku akan ditarik oleh JPM. sebab..perjawatan aku tiada di Mahkamah nan mulia ni. taniah kat aku. sila..sila ucap taniah sebab aku akan meninggalkan chinta hati aku kat sini.

sejak Jumaat petang, selepas ahkak di JPM tu telefon aku untuk mengesahkan butir2 peribadi aku, aku rasa semangat aku untuk keje memang dah abis ilang. tapi aku kuatkan hati juga. mana mungkin aku menyerah kalah sedangkan aku masih diperlukan di mahkamah ini.

sementelah aku mendapat tahu aku akan ditukarkan, bos juga turut bersedih akan berita ni. kesian kat bos. dulu ada pembantu rajin, tapi taraf kontrak pulak. abis kontrak, tade dah pembantu lain. baru dapat pengganti, meninggal pula..
ni aku dah mahir dengan urusan mahkamah, aku pulak nak ditarik balik oleh JPM. alangkah kasihan boss...sentiasa tiada yang kekal dengan dia. 

sebabkan aku punya mood tak begitu best, tadi tengah hari aku ajak suami makan di Publika Hartamas. (bunyik macam ganas, depan ofis aku je pon adoi)
tapi aku makan tak banyak, sikit je pastu suami yang sambung makan.
kesian suami, terpisat2 die abiskan nasi lemak aku..tapi takpe, suami punya tangki spare yang sentiasa dia kosongkan untuk aku. 


bila aku tengok suami makan, aku rasa sedih sangat, bila aku dah pindah nanti aku tak tau bila aku ada masa nak lunch dengan suami lagi..
dulu ada mawi, ada raudhah, kami mesti lunch berempat, 
lepas mawi pindah, tinggal bertiga...ni raudhah dah pindah juga, tinggal aku laki bini je..
tu pon kejap lagi kawan baik suami akan berpindah ke Tawau (insya allah) jadi tinggal lah suami sendiri. 

lepas makan , aku ajak suami masuk MPH.
aku nak beli buku. aku bukan noveller jauh sekali peminat novel alaf 21. cuma aku kalau tension, stress..aku membaca. bila aku tension je aku amik apa2 yang boleh dibaca. aku akan baca. 

tadi aku belek2 majalah, ada beberapa majalah yang berkenan di hati tapi terlalu banyak pic. aku nak benda yang boleh dibaca bukan ditengok2 aja. jadi aku decide nak beli novel.

kelas tak tajuk tu?? hahahahaha..

skang ni aku gemar membaca novel yang isunya lebih komplikated. tentang keluarga, anak dan keabadian hidup pada rumah tangga. aku dah tak minat nak baca novel2 baru nak kenal cinta, novel2 remaja ke aku dah tak begitu berminat. kalau dlu time belajar tu bolehlah aku baca lagi.
aku ni jenis kalau baca novel aku suka baca sorang2 dalam bilik, jadi penghayatan tu lebih sampai ke hati. kadang2 tu aku menangis sendiri.

ok lah dah petang. nak solat jap before aku balik. rindu Amsyar Wafiy!!! 

setiap hari wafiy nak mama buat cam ni baru boleh tido. ni suami amik time aku tertido depan tivi tengok super spontan :)

k bye sayang2 i :)

*kalau kau baca ni nad, aku nak kau tau, aku rindu kau sangat!

2 comments :

Hustler said...

Ahjoooo!!!! Hahahah sgt cedey citer ko okeh?? haish!!!

Anonymous said...

ko wat ak nges la tasa
~~nad

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.