Wednesday, April 4, 2012

busy kak jemah skang ni.

ouh...dah bape hari tak apdet. salam sejahtera semua.

aku busy skang ni.dulu time preggy orang sekeliling prihatin kat aku, so tadelah keje banyak..kikiki..
skang dah tade perut yang boyot itu, tinggal perut leper menggelebeh ni, aku kenalah bantu ofismet aku :) 

tade hal lah tu. 

apa yang merisaukan aku ialah, skang ni kes cerai banyak sangat. sangat . setiap hari ada saja orang nak cerai. apekah??? institusi kekeluargaan dah makin rapuh. 

lafaz akad itu sekadar di bibir tak di hati, inilah pengakhirannya..

sekadar renungan buat semua..

'tiada sefahaman'
ini alasan biasa. alasan yang memang alasan wajib lah kalau dah tak tau nak bagi alasan apa untuk cerai.
aku nak cakap lelebih aku pon kadang2 begelut juga dengan laki aku. perbezaan pendapat tak semestinya berakhir dengan lafaz talaq. tak salah kalau menerima dengan baik pandangn dan pendapat pasangan, walau dalam hati rasa cam nak pijak2 lengan suami tapi sabarlah..sabar...istipar banyak2...keh keh keh...

titik keserasian tak selalunya ditemui sebelum kahwin...selepas kahwin barulah kita tahu siapa suami kita yang sebenar. so masa berkapel jangan nak begasak tulis kat wall kau punya boifrend terlalu memahami, menyayangi kau lah pompuan...takut nanti lepas kahwin ke laut semua kata2 manis tu. bersederhana...kalau ada bf tak perlu tayang2 betapa kasih dan cintanya kau kat dia. kalau dah jadi suami , silakan....untung2 ia menjadi tauladan kepada pasangan2 yang lain.

baru2 ni aku ada kes pengesahan lafaz cerai.

suami ceraikan isteri sebab SUP TULANG. 
weh..sup tulang weh..bukan curi duit ke ape ke...sup tulang pon boleh sebabkan cerai.

masa berkawan..ewah..kemain sayang...dah kawin sup tulang punya pasal pon kena cerai.

tak rasa sayang ke dengan ikatan yang di akad depan wali isteri?? 

aku pon takut. takut dengan keadaan sekarang ni, situasi aku. aku pon bukan single lagi, ada suami juga...jadi aku takut sangat kalau2 terjadi apa2 pada perkahwinan aku. aku tak penah putus asa berdoa rumah tangga kami rukun dan damai. andai takdirnya kami terpisah biarlah ia hanya dengan kematian...

'campur tangan pihak ketiga'
pihak ketiga ni selain perempuan lain yang bertindak menggesel2 suami kau, ia juga boleh jadi mak mertua kau, bapak mertua atau adik beradik atau ipar duai..
ini memang parah ni..

penah sekali tu aku rasa macam aku dalam drama pulak. suami janganlah samakan masakan isteri macam mak kau..jangan samakan apa yang isteri kau buat dengan apa yang mak kau buat untuk kau. kesian isteri...
mak sendiri / mak mertua pon..janganlah dok sebok hal rumah tangga anak, biarkan penghulunya memimpin rumah tangga tu. tak perlu masuk campur kalau mereka masih mampu menjaga kerukunan rumah tangga mereka...kalau semua nak ditunjuk ajar, hari2 nak telefon anak tanya masak apa, dah buat itu ini ...aish..bila anak nak berdikari???

ada juga alasan client, "saya tak mampu nak bayar bil telefon isteri. isteri selalu menghubungi ibunya, bergayut berjam2 dan setiap bulan jumlah bil RM4++. " 

*geleng2 kepala*

aku....
aku dibesarkan dalam keluarga yang bersederhana, dalam semua hal aku selalu beranggapan ada orang yang lebih teruk dari aku, aku sangat beruntung. 
walaul kadang2 aku rasa aku lemah, tak berdaya menghadapinya..tapi aku kuatkan semangat aku. aku kena teruskan life aku. 
kadang2 kesabaran diuji dengan di tangan kanan aku  emak, dan dikiri mak mertua...
di bahu kanan ku suami,di bahu kiri mak abah aku...

kalau kita menganggap mak mertua itu mak kita, adakah mak mertua menganggap kita sebagai anak dia???

mampuke kita tepis dugaan yang datang?? mampu?? 

entry aku kali ni sangat sinikal mungkin, tapi inila yang aku fikirkan beberapa hari ini.

tu semua kes cerai.
nampak tak bz??


5 comments :

eda_ej said...

mintak jauh la cite cerai2 nih.. walo pon itu mmg dah ketentuan ilahi..

slim je.. kak ida dah makin molat nih..hehehe..

Cik Puan Bunga said...

Best gila meja kau! KAlaulah meja aku pun cenggini, harus aku tidur kat sekolah! Uhuhu!

Hustler said...

Kau gado jek ngan Abg mee... kau dulu aku tepuk dahi lelaju... tawu???

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hurm..betul tu tasya...aku pun kadang2 takot gak bile dgr kes cerai berai ni...mintak jaoh la..moga kita semua bahagia n bersama hingga akhir hayat ye...

Shawn Razaleigh said...

byk kes cerai sbb nak syokkk kawen je.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.