Wednesday, May 23, 2012

aku benci jawab telepon.

assalamualaikum.

sape kat sini die suka sangat jawab telefon kat opis?? sapa?? angkat tangan. angkat tangan.
kalau suka, memang korang dianugerahkan dengan hati yang baik, dan emosi yang tak berserabut macam aku. haha.
aku benci jawab telefon. 

apa jenis telefon yang maju, kalau namanya telefon ofis, memang aku benci. 

ok2 fine, kalau aku telefon jabatan lain kalau diorang tak angkat pon mungkin aku akan marah. aku tau tu. aku mengakui nya.

aku rasa jemu lah jawab telefon sambil nak mendengar masalah orang. dengar tu takpe lagi. nak kena bagi penerangan kat orang yang selalu memandang sinis dengan kakitangan kerajaan. like this, 
"saya faham kalau beurusan dengan gomen ni lambat. saya faham tu "
"macam nilah kalau berurusan dengan gomen."

eh. kalau kau rasa kau boleh ganti tempat aku, meh meh meh..kecik tapak tangan stadium old trafford aku tadahkan. 
geram aku. 
kau cakap, macam kami2 ni adap kes kau sorang. kau hengat kes sehari berapa?? 20 kes sebutan dan bicara.
kau ingat sebutan tu sebut laju2 sambil kunyah chewing gum, goyang kaki tengok tibi? 

aku benci. seriusly aku benci dengan pandangan orang macam ni. memang kami lambat. sehari kau hengat boleh siap satu kes bersama perintah yang di print cecantik atas ketas kuning ada nombor siri tu?? kau ingat boleh??

kau sanggup tak korbankan makan kau?? sanggup kau tinggalkan solat kau? sanggup kau ??? sanggup? kalau tak sanggup jangan main hembus je kalau cakap. 

orang2 tak sedar diri ni lah yang memandang sinis pada kami yang berhempas pulas menyediakan perkhidmatan kepada kau, apa yang kau rasa kalau kau yang ada di sini. di tempat kami. di situasi kami.
fail, telefon, perintah, orang datang nak tukar tarikh, nak failkan afidavit, nak surat tangguh, bla bla bla...
makan pon kadang2 miss. kalau ada makan sekali pun kat kepala otak kami fikirkan orang yang nak datang amik tu amik ni. 

aku tak marah kalau mereka meluahkan rasa tak puas hati , sedih, geram dengan masalah mereka, tapi jangan pandang kami seolah2 kami tak buat keje. kau jangan bandingkan kami dengan bank. dengan badan2 berkanun lain. diorang boleh claim ot. ribu2 boleh dapat sebulan. kami?? kalau ada pon claim tu, tolak pengasuh lagi, minyak, makan...ada lah sikit tu pon tinggal 10 hengget.. sepuluh hengget kau nak adap fail bertimbun. mana yang kau nak baca balik apa yang tade, apa yang hakim minit , apa yang tak lengkap, kau rasa berbaloi ke?? 

so hentikan spekulasi anda tentang PERKHIDMATAN DI MAHKAMAH / JABATAN KERAJAAN LEMBAP.

tade orang kat  sini yang nak dirinya di pandang rendah. jadi dengan memandang tinggi terhadap orang lain, kita akan rasa diri kita juga dihormati. 
ingat tu. jangan nak merasa diri tu bagus sangat, gaji puluh2 ribu tapi perangai mcam orang pegi sekolah dajah 3. mengamuk bodo2 tak puas hati. ni perangai sapa ni??


kesian. kesian orang yang bekerja tinggal anak bini macam kami. hanya kerana segelintir kaki tangan awam yang kelihatan di soping komplek time keje, kami yang bekerja ikut masa ni juga mendapat palitan taik itu. ish. perangai manusia tak sedar dek untung. merungut je manjang.

dah bye.

2 comments :

Hustler said...

Hahahahahaha.... igt plak time aku nak bertumbuk ngan client weh, dia maki aku dalam court. Hahahaha... takkan aku lupakan pakcik tuh. Dalam ati aku dah cakap, dia touch jek aku, mmg aku bagi cecukup la kan. Tapi ntah, time aku dtg kat dia, dia macam lari2 pulak. Hahahahaha.... Kelakar aku igt2kan.

Hida Kadiso said...

sabo ye dik..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.