Friday, May 18, 2012

cerita tentang Puan Ainon

salam readers...
pertama sekali aku mohonkan seribu kemaafan kepada yang menantikan apdeting dari aku. ye aku tau aku tak punya fan yang ramai, walau hanya seorang dua yang PM aku tanya kenapa aku tak apdet blog, itu cukup buat aku rasa diri aku dihargai. thanks kalian :)

hari ni aku akan ceritakan tentang Puan Ainon. siapa ni??

teruskan bacaan kalian.

"dilahirkan dalam keluarga yang susah dan miskin, punya adik beradik seramai 14 orang, dia anak ketiga dari 14. kesusahan dan kemiskinan membuatkan dia tabah dan cekal dalam menjalani kehidupan. 
dia meneruskan kehidupan tak seperti anak gadis lain. di zaman awal 70an, dia merantau ke bandar seorang diri, mencari nafkah demi membantu ibu bapa yang hanya bekerja kampung untuk membesarkan adik-adiknya.

sekolah??

bukan dia tak mahu, tapi dia malu. dia telah dimalukan di khalayak ramai, ketika itu perhimpunan pagi, hanya kerana yuran sekolah berjumlah RM15 dia dimalukan oleh cikgu di Sek Men Keb Seri Medan. cuba kita bayangkan RM15 itu tak besar mana pada masa kini, tapi  di suatu ketika dulu, jumlah itu terlalu besar rasanya bagi dia untuk melangsaikannya.. tambahan pula, bapa dia hanyalah seorang buruh lombong. berapalah sangat pendapatan yang ada untuk menampung makan pakai adik2 dan isteri. 

melupakan zaman persekolahan walaupun ketika itu dia mendapat pangkat satu dalam SRP, bukan satu perkara yang mudah. setiap hari dia menangisi akan kemiskinan yang melanda. 

satu hari dia bertekad, kerana adik2 yang menangis kelaparan, ibu yang menoreh dari pagi hingga ke tengah hari, bapak yang bekerja kuat di lombong, dia tekad untuk membantu keluarga. untuk bangkit dan berdikari membantu ibu bapanya..

dia tak malu mencari kerja di seawal usianya 15 tahun. dia bejalan berbatu2 mencari kerja di sekitar Bandar Penggaram. tidak memperdulikan pandangan serong orang kampung, dia berkerja sebagai pembantu pam minyak di Shell Simpang Rantai. 

tidak. tidak sekali2 dia lupa akan tanggungjawabnya kepada keluarga walau ketika itu dia mampu menyediakan makan dan pakai untuk dirinya sendiri. 

ketika adik bongsunya dimasukkan ke hospital, dia tak lupa menjenguk setiap kali waktu rehat. di bawah panas terik mentari dia mengayuh basikal bersama teh bungkus disangkut di pemegang basikal, dia mengayuh sejauh 3km untuk menjenguk ibu yang menjaga adik bongsunya di Hospital Lama Batu Pahat.

ketika adik ke 7 nya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia lah orang berhempas pulas menyediakan segala keperluan untuk adiknya itu. menebalkan muka meminjam dari majikan untuk membelikan barang2 persediaan adiknya terbang ke luar negara, dia tak malu. dia tak malu digelar perempuan berupa lelaki.(tomboy) 

ketika adik ke 8 nya ingin menghadiri temuduga sebagai guru, dia lah orang yang setia menanti di luar bilik temuduga, berbekalkan teh bungkus, dia setia menanti adiknya keluar dari bilik temuduga. harapannya biarlah adik nya berjaya dalam temuduga tersebut. dapatlah meringankan beban ibu bapa menanggung adik2 yang lain. alhamdulillah.. rezeki berpihak kepada adik ke 8 nya itu. dia tersenyum puas. 

oleh kerana beban yang di galas di bahu sebagai kakak ke 3 dalam 14 orang adik beradik, dia terlupa akan soal jodohnya. dia berkahwin ketika usianya 24 tahun, bertemu jodoh dengan seorang tentera, dia dikurniakan seorang anak lelaki, ketika usia si anak  3 tahun si suami pergi meninggalkannya tanpa kabar berita. tidak tahu mati atau hidupnya...maklumlah ketika itu kehidupan terlalu susah. tiada surat atau khabar berita yang dikirimkan.

2 tahun dia menanggung keperitan ditinggalkan bersama anak kecil tanpa sebarang nafkah, dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki bujang. pertemuan itu secara tak sengaja ketika berlaku kemalangan di simpang masuk ke kampung dia, ketika itu dia sedang duduk berteduh di sebuah pondok, kebetulan hari hujan ketika itu. dia yang menjadi saksi kemalangan itu, terus membantu seorang lelaki tua yang telah nyawa2 ikan akibat kemalangan itu, dia memanyungi lelaki tua itu. ajal telah sampai dan lelaki tua itu pergi menghadap Ilahi. di situlah dia bertemu dengan lelaki bujang yang kini telah hampir 27 tahun menjadi suaminya..
lelaki tua yang meninggal itu, ayah kepada suaminya kini.

oleh kerana keperitan dan kesusahan yang melanda dirinya, dia menjadi ibu yang tabah. cekal. dan kuat bekerja. perkahwinan kali keduanya, dia dikurniakan 4 orang anak. 2 perempuan dan 2 lelaki. dan seorang dari anak perempuan itu ialah aku. aku. 

NATASHA BINTI ABD RAHIM.  inilah aku.

dia lah emak yang aku sayang. aku sanjung kerana ketabahannya, kekuatan dan kecekalannya..
dialah Ainon binti Ismail yang aku kenal selama 24 tahun ini. dialah orangnya..


kesusahan dan kemiskinan tak menghalang emak untuk bangkit dan mencari kehidupannya sendiri. kalau aku ceritakan di sini mungkin tak kan cukup 3 hari. terlalu banyak dugaan yang emak lalui...
bekorban demi adik-adik yang masih kecil, melupakan tentang pandangan serong orang sekeliling demi mencari sesuap nasi. 

emak seorang yang kuat semangatnya. emak sangat mudah mengalirkan air mata. ceritalah apa pun dia akan mendengar, dia penglipur lara kami, dia lah tukang masak terhebat kami 5 beradik. bebelan emak pada aku sebagai satu peringatan, kalau dulu aku paling benci mendengar emak membebel, tapi sekarang itu yang aku rindukan...

cubitan emak, sebagai tanda kasih agar aku tidak menjadi anak yang degil. nakal. 

aku memang selalu berkelahi dengan mak, kadang2 benda2 kecil juga boleh jadi modal untuk aku bergaduh dengan mak. sekejap saja bermasam muka, bila aku belikan emak tudung, baju, atau menghulurkan beberapa jumlah pasti emak akan tersenyum semula. 

aku ingat...ketika aku dimasukkan ke  hospital, emak tak berhenti2 memohon kemaafan dari aku, sepatutnya aku yang memohon kemaafan dari dia, dia menangis, mengalir air mata melihat keadaan aku yang kelihatan azab menanggung kesakitan sementara menunggu jalan terbuka untuk melahirkan...

emak jugalah orang yang paling gembira bila mengetahui aku telah selamat bersalin, dan dia jugalah yang menjaga aku sepanjang aku berpantang di kampung. 

kini , usia emak 56 tahun. masih kuat dan alhamdulilah masih mampu bekerja. dia sudah biasa susah, dan sudah biasa bekerja, susah baginya untuk duduk saja menunggu anak2 memberikan sumbangan. pada emak, selagi terdaya, dia mahu mengisi hidupnya. 

biarlah. kami adik beradik tak mahu menghalang emak. bukan kami tak sayang, tapi kami mahu emak memilih kehidupannya sendiri. 

emak..
terima kasih atas segala pengorbanan emak. segala perit jerih yang mak lalui, kami berterima kasih. 
doakan rezeki kami diperluaskan ,
dan..

andai aku mampu, andai rezeki berpihak kepada aku, ingin sekali aku menjejakan kaki ke rumahNya bersama emak. 

emak...
kaulah kekuatan kami.

emak, kita bukan orang senang tapi kite sentiasa tenang. senang dan tenang tak sama.. :)





7 comments :

Hida Kadiso said...

semoga emak panjang umur dan diberikan kesepatan untuk pergi ke rumahNya.. aminnn..

Miss Tasantek said...

thanks kak :)

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

Tabahnya mak ko...Mudah2an, ada rezeki dia untuk ke rumahNYA..insyaallah...

Miss Tasantek said...

thanks timah :)

Hustler said...

Makcik Enon da besh!! Masih terasa kladi goreng itu. Aumm!!!

Miss Tasantek said...

mahal keladi tu..hahahaha..
tu time aku mengandung 9 bulan kan kau datang?? kikikiki..tengok2 tak beranak lagi. ish.

Hustler said...

Hahahahaha... aku otw balik ke Kl masa tuh, ko call semalamnya kata kat sepital.. hohohoh.. tuh yang igt nak lawat, wakakaka... tapi aleh2 kat umah... ngeee :) Keladi goreng terbaik!! wakakakaka... Setalam aku abiskan. Hahahaha

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.