Wednesday, June 6, 2012

akhirnya papa pulang juga :)

salam readers.

hari ni nak sambung cerita tentang Wafiy yang kerinduan ditinggalkan papa kesayangan.

kemuncak kepada kerinduan Wafiy dan kebuntuan kepala otak aku ialah pada hari Rabu malam Khamis.

masa tu aku rasa susah betul nak tidokan wafiy.

Wafiy gelisah, aku dah selimutkan dia dengan baju bapa dia, tapi dia tetap gelisah. lama2 agaknya dia dah penat gelisah, dia pon tertidur.

tengah2 malam, masa tu aku terkejut dari tidur sebab wafiy menangis menjerit2 , dengan mata yang tertutup rapat, dia menangis bersungguh2....
aku pangku wafiy , aku bacakan ayat Kursi dan aku hembuskan kat ubun2 kepala dia, mata wafiy tertutup rapat. aku kejutkan wafiy, aku panggil nama dia. bila die bukak mata, die benti nangis, tapi tesengih2 pulak. aish..mengigau rupanya...

lepas aku pastikan dia dah tido semula, dengan baju papa yang dia buat guling2 , aku mesej suami, aku cakap kat suami jangan lah tinggalkan kami berdua lagi.susah kalau jadi apa2.. aku tak harap suami balas on the spot sebab jam masa tu pukul 3 pagi.

keesokan paginya suami reply mesej aku, dia kata dia tak akan tinggalkan kami berdua lagi. kalau ada kursus lagi, die akan bawak kami atau dia akan tarik diri dari kursus / bengkel sekiranya kami tak dapat ikut serta.

no no no..
bukan nak susahkan suami, aku cuma merasakan, ketiadaan suami bersama aku yang ada anak kecil memang mencabar. 

sekarang aku mengerti dan memahami perasaan sahabat2 aku yang ditinggalkan suami bertugas berhari2 dengan anak kecik. memang mencabar. kalau tak kuat mental boleh gila.

mana dengan anak meragam, mak nyer pon naik angin, dengan keje kat ofis..ouh..siyesly mencabar weh. jadi beruntunglah sapa2 yang ada mak duduk bersama atau anak korang tinggalkan dengan mak kat kampung. tak payah pening2 fikir anak, gendong anak sambil kepit handbag, kat tangan ada beg susu anak, kunci rumah..oouhhh...stresss...


nak dijadikan cerita, aku pulak dapat surat tukar hari Rabu , aku kena lapor diri hari Jumaat. by hook or crook aku kena lapor diri hari Jumaat tu kat Jabatan Audit Negara Putrajaya.

kepala otak aku tak boleh nak fikir jalan lain selain dari aku kena hantar anak aku ke pengasuh di Jln Duta KL, before aku lapor diri di Putrajaya. Suami pula tak abis2 miinta maaf sebab ketiadaan dia bertambah rumit bila aku kena lapor diri, mana aku nak lapor diri, mana aku nak tempatkan anak..

so hari Jumaat tu, pagi2 aku ke KL antar anak, dan kembali semula ke Putrajaya untuk lapor diri. gedebuk gedebak, before rehat kul 12 tengah hari, aku dapat surat penempatan di Jabatan Audit Negara Persekutuan caw. Mindef. ok, aku ke KL semula petang Jumaat tu.

aku terlupa kejap pasal si kecik tu. 

bila dah pukul 5 aku nak gi amik si kecik di Jln Duta, aku dapat mesej dari suami, kata die dah sampai ofis.  aku pon amik anak di kuaters Jln Duta then drive ke ofis lama. kalau ikutkan sehari itu aku punya perjalanan boleh patah tulang belakang aku sebab aku mendrive lebih dari 160km :( sehari. turun naik tangga, turun naik pejabat.

tapi..takpe. itu pengalaman. 

kalau tade pengalaman osahlah aku boleh bercerita kan..


wafiy bila nampak papa je terus tersengih2, tangan depangkan nak papa dukung. hahahaha..rindu betul. malam tu suami tidur sambil peluk wafiy. wafiy pon aman je dalam pelukan papa dia. dia tak bangun pon mintak susu. betul2 wafiy rindukan papa dia...

jangan kata wafiy, aku pon rindukan suami aku juga. suami??
erm.... :P

kena tinggal seminggu kan..ape lagi... :P

1 comment :

Anonymous said...

alaaaaaaaaa baru seminggu..bz la ek di malam itu lepas wafiy tdo???aku paham..paham..keh3

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.