Wednesday, June 13, 2012

diusianya 5 bulan ...

salam readers :) 
selamat hari Rabu.

salam sayang buat sahabat nun jauh di sana, dekat di hati. aku rindu kau busuk.

pejam celik pejam celik, eh...wafiy dah 5 bulan.

setiap 3 haribulan maka wafiy akan bertambah bulan dan makin berakal lah anak aku yang sorang tu.

dikesempatan ni aku nak ucapkan taniah kepada kawan2 yan dah bersalin. dan yang akan bersalin, Ujie and Ekin, semoga kalian selamat melahirkan :)

mengimbau kenangan aku nak bersalin dlu, sangatlah .... menyentuh naluri, kalbu dan sebagainya. cuma tak sentuh dan blah dengan konsep touch and go je.

bermalam kat spital setiap ujung minggu bukanlah suatu yang menyeronokkan ok. siyes tak seronok. 

dengan bisingnyer, dengan misi yang kejut bangun setiap 2 jam, nak tido dengan aman pon tak senang. kejap2 bangun cek jantung baby... buat CTG...kadang2 aku baru nak lelap dah pagi pulak..kena mandi..nnti doktor nak datang melawat... siap aku dah boleh hafal bila doktor nak mai cek aku, nak interbiu aku...nak cek OS aku. tapi tu lah pengalaman. kalau tade pengalaman tu tadelah aku tau apa yang aku kena buat kan?? its call experience is a good teacher..

kembali untuk cerita Wafiy.
alhamdulillah..wafiy membesar sihat dan seiring dengan perkembangan bagi bayi umur 5 bulan. 
dari segi fizikalnya wafiy kini mempunyai berat 6.8kg..(last month misi salah tlis..8kilo.) 
mewarisi fizikal papa masa kecil. bulat dan belentot.

wafiy sangat suka mandi. masukkan dalam air, die akan tepuk air dalam besen tu dengan hati penuh gembira. warh...macam men cak lempung. kelepuk! kelepuk! kelepuk!
basah baju mama dia.

Wafiy cuma minum susu yang murah. aku bagi dia Ducth Lady. yep. aku tau, aku gagal  memberikan dia EBM. aku lah ibu yang gagal. aku tau tu. jangan persoalkan kenapa dan mengapa. aku mohon jasa baik rakan2 yg baca, please..dont ever put the blame on me. setiap orang ada kisah dan rezekinya masing2. cukup aku katakan aku sangat terguris hati bila ada yang menyalahkan ibu2 yang tak dapat bagi EBM kepada anak mereka sebagai ibu yang malas, tak nak mengambil peluang yang ada untuk bagi anak EBM, ibu yang pentingkan diri sendiri dan sebagainya...

di lain entry aku betul2 bersedia aku mungkin akan apdet. kenapa. 

Wafiy suka menyemburkan air liur masam die tu kat aku. kalau nampak aku je laju2 die sembur "britttt!!!!" 
lepas tu bila aku marah, die akan tersengih2 menampakkan barisan gusi yang tade gigi tu. alahai comelnyer anak mama :)
terus aku tak jadi marah. 

sekarang Wafiy dah pandai merajuk. kalau dulu die lapar, die cuma menangis, sekarang menangis siap buat sound efek macam mengerang kelaparan. kedengaran macam die geram sebab lambat sangat susu sampai. di samping itu kalau aku geram, aku suka gigit lengan dia. nanti die menangis.....bila aku nak pujuk die palingkan muka. ahahahaha...aku gigit betul2 tau. cuma aku gigit slowlah cukuplah untuk rasa sakit kan. tadelah gigit sampai putus lengan. tak . tak. tak. 

dari Wafiy dalam perut lagi aku suka nyanyikan lagu. jadi bila die nak tido aku nyanyikan lagu yang selalu aku nyanyikan nanti die pegang jari2 aku, korek2 tangan aku barulah tido. Wafiy suka tido dengan muka mengadap dada aku, dan aku kena dakap dia. barulah die tido dengan aman..kalau tak die akan merengek , gelisah. kesana salah ke sini salah. mcam serba tak kena...

Meniarap. ini memang aku hari2 latih Wafiy. ada ibu2 yang percaya cakap orang tua2 jangan tiarapkan budak, dada tak kuatlah ape lah kan..tapi aku buat juga kat Wafiy seawal usia dia 3 bulan. aku tiarapkan pelan2..bagi die angkat kepala dia. alhamdulilah..umur 4 bulan Wafiy dah tiarap. cuma dia malas. nak2 lagi badan die kan semangat...kami lah yang tiarapkan dia..nanti die ketawa terbahak2..lepas dah penat pandailah die tegolek sendiri...

aku baca di satu blog, (maaf aku tak ingat blog apa sebab aku baca sekali lalu)
baby ni kalau kita buat sesuatu perkara secara rutin,dia akan hafal rutin tu. 
for example, setiap hari, aku bangunkan wafiy seawal jam 5 pagi. dan itu menjadi rutin dia,kalau hari tak sekolah pon dia akan bangun jam yang sama. setiap petang sementara menunggu aku datang jemput wafiy, pengasuh akan bagi Wafiy tengok tv. pengasuh die kata kalau tak bagi tengok dia akan merengek. maksudnya dia mengecam perkara yang dia selalu buat.

aku bukan pakar perkembangan kanak2, jauh sekali ada latar belakang medic line. aku cuma seorang ibu biasa. aku meneliti setiap perkembangan Wafiy dan aku catat di dalam buku. so that esok untuk anak kedua aku boleh compare :)

ini pendapat peribadi aku, tak bermaksud nak menggantikan pendapat atau pendirian orang lain, kadang2 ada benda yang kita boleh ikut orang tua2 cakap, kadang2 kita sendiri kena cari ilmu tentang sesuatu perkara. jangan harapkan kite boleh mewarisi dari kedua ibu bapa. skarang maklumat di ujung jari. klik saja. keluar macam2 versi. cuma kita je yang kena bijak menilai.

contohnya Dr Muzaffar yang melatih anak dia sedari lahir dengan air. lama2 anak dia suka berenang. :)
see?? kalau ikut orang tua2 cakap, mana boleh baby letak dlam air lama2 . tapi..sebab ilmu. ilmu yang menjadikan kita lebih berani mencuba ;)

lagi satu, aku tak suka dengan sumpahan.
contohnya "kau jangan buat macam tu, nanti jadi macam budak tu, "
"kau tunggulah masa anak kau nanti"
"kau tengoklah esok dia jadi apa"

aku tak suka. siyes. cerita kita berbeza. takkan ada orang yang pengalamannya exactly the same dengan aku atau sesiapa jua. jalan mungkin sama. cuma ceritanya mesti berbeza.

orang kata jangan ajar anak berbuai, nanti anak nak sentiasa berbuai, see?? wafiy tak pun. :)
terpulang lah macam mana kau nak ajar anak kau tido. yang penting dia selesa ;) 

wafiy suka toys ni. die suka sebab bear tu boleh joget2..kalau die geram, die tepuk sekali bear tu.

5 comments :

Cik Aja said...

comel beb anak ko..fully breastfeed?

Hida Kadiso said...

kak eda pon dulu anak 1st fb anak cuma 4 bulan je.. tu pon dah campo2.. anak 1st memang banyak mende baru.. tak pe boleh cuba untuk adik2 wafiy nanti ye..

Hustler said...

Hahahaha... pastu try provok tiru dia sembur air liur, kompom dia buat lagi kuat, wakakaka

Miss Tasantek said...

cik aja :) tak..dah benti.
reZeki tak banyak.

kak eda_ej :) lama tu kak 4 bulan :) insya allah..anak kedua atau mungkin ketiga atau seterusnya sha akan cuba dengan lebih cekal lagi :)

hustler :) jangan provok.die sangat suka meniru.

cendawanpink said...

alolooo..makin bambambam anak ko..xpe..janji sihat n mbeso dgn baik ok laa kn..
^____^

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.