Friday, June 15, 2012

kasih seorang isteri.

salam readers :)
hari ni aku akang kongsikan dari salah satu nukilan seorang yang pernah berpesan kepada aku " tasha, belajar rajin2, jadi pensyarah."

Entri ini saya tujukan khas kepada kesemua isteri isteri yang tabah dan sanggup menahan segala onak dan duri berjuang demi mempertahankan kebahagiaan rumahtangga

Saya tujukan juga pada Ain isteri saya yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya dalam apa jua yang berlaku demi menjaga keharmonian rumahtangga kami.

Sebagai insan yang lemah, manakan mahligai cinta kami tidak bergolak. Adat berumahtangga pasti ada pasang surutnya.
Benar kata orang bijak pandai membina rumahtangga amat mudah. Melestarikannya yang penuh pancaroba.

Dahulu semasa di tanahair seringkali perkara-perkara remeh menjadi punca pertengkaran. Hal-hal yang selalu menjadi topik untuk perbalahan selalunya berkisar dari sama ada masalah kewangan ataupun melibatkan campurtangan dan urusan keluarga.

Dua perkara ini yang sering menjadikan kita alpa dan tidak telus dalam urusan tadbir rumah tangga. Kadangkala kerana menjaga hati sanak saudara, kita ambil enteng perasaan pasangan dengan menyatakan pada hati.

“Alah, takpalah buat senyap-senyap aja tolong saudara mara ni. Mesti (isteri/suami) aku ok aja nanti”

Andaian-andaian sebegini yang memakan diri sebenarnya. Andaian yang berunsurkan kata-kata

“Takkan lah..”

Contohnya:

“Takkanlah Ain tak tahu yang adik beradik abang susah. Nak kena bantu. Takkan semua nak bagitau..” atau

“Takkan abang sanggup tengok anak kakak Ain susah, Ainpun kerja bang. Takkan semua tu nak bagitau. Bukan buat enjoypun duit tu. Bukan hari hari bagi duit kat mereka”

Memang bahaya perkataan “Takkan lah” ini.

Sangat-sangat bahaya!

Masalah kewangan memang menjadi topik hangat dalam perbalahan suami isteri. Tambahan bila kita hidup di bandar-bandar besar yang semuanya perlu duit. Apatah lagi hidup di kota besar memang semuanya serba materialistik. Serba banding membanding.

Serba mahu lebih superior dari teman-teman seangkatan dan jiran tetangga.

Hinggakan perkara di mana hantar anak-anak ke tiusyen pun manjadi bahan perbandingan bila mana kejayaan akademik anak-anak tidak lagi menjadi asas bagi hamparan merintis masa depan gemilang anak-anak kita tetapi dijadikan satu tanda aras keegoan superioriti antara sesama ibubapa.

Kan semua itu akan jadi punca ketirisan sumber kewangan kita.

Di sinilah kita harus bijaksana untuk melakukan refleksi diri bagi mengasingkan kategori perbelanjaan. Mana yang ‘perlu’ dan mana yang ‘hendak’. Muhasabahlah.

Mungkin terlalu banyak yang kita belanjakan sekadar lebihnya ‘hendak’ dari yang ‘perlu’. Ukurlah erti mampu dalam hidup kita. Tidak salah jika mampu. Tepuk dada tanyalah diri.

Saya masih ingat sembang petang bersama teman sejawatan masa sesi mengeteh semasa di tanah air dulu:

“Naz. Kita ni kan sumber masuknya satu. Yang keluar bercabang-cabang. Hutang sana sini kelililing pinggang. Gali lubang tutup lubang macam lagu M. Daud Kilau”

Benar kan?

Saya pernah teringat satu sesi dari hati bersama Ain bila dia bercerita:

“Abang, Bila Ain kenang-kenang masa kita di Malaysia dulu kan. Terasa sangat yang apa Ain kecapi sekarang adalah imbalan balasan rezeki yang Allah SWT kurniakan atas dasar kesabaran masa dulu”

Ain sememangnya bukan orang yang suka dan pandai bercerita. Seringkali saya tertawakan dia kerana seringkali apa yang dia suarakan kadangkala tidak sama makna dengan apa yang ingin disampaikan dari hati. Kerana itu kadangkala saya selalu ‘rephrase’ dan tanyakan semula apa yang dia maksudkan kerana takut tersalah tafsir.

Oleh sebab itu dia lebih senang jadi pendengar dari pencerita. Dan MasyaAllah, dia memang seorang peminjam telinga yang terbaik dalam dunia. Jika ada masalah, dengan hanya bercerita dengannya saya rasa sudah hilang sebahagian dari masalah saya!

Jadi bila Ain bercerita perkara dari hati seserius ini, mana mungkin saya tolak peluang sebegini.

Saya rapatkan sila dan saya pandang tepat ke wajahnya

“Apa maksud Ain?”

“Abang ingatkan masa kita di Malaysia dulu, masa kita susah.Bila abang berhenti dari jawatan tinggi di KL dan abang jadi pensyarah yang gajinya jauh lebih rendah dari gaji abang dulu?

Abang tinggal jauh di Batu Pahat. Pulangpun hanya seminggu dua hari. Itupun kalau tak ada bengkel atau kursus di hujung minggu. Kita takda pengasuh. Anak tiga orang. Ain pagi-pagi dah berulang kerja di KL bawak kereta dari Ulu Yam. Jam 7 pagi dah keluar dan hampir jam 8 malam baru sampai di rumah.

Najwa baru berusia 9 tahun, Ayeip 7 dan Afiff 5. Anak-anak kita tinggal di rumah sendiri dari balik sekolah jam dua petang. Kita pesan pada jiran-jiran untuk tengokkan anak-anak.

Dan gaji Ain lebih tinggi dari abang pada masa tu dan Ain letakkan kesemua sumber kewangan yang Ain perolehi untuk famili kita untuk menampung kekurangan sumber pendapatan bila abang ambil jawatan pensyarah di Johor tu”

Saya mengangguk kepala tanda setuju.

“Ada satu hari Ain bersembang dengan seorang kerani kat office. Mula-mulanya santai aja perbincangan kami. Dari satu topik ke topik yang lain Cuma hati terusik bila satu topik kami sembangkan”

Semakin saya memasang tellinga

“Dia kata duit gaji dia memang semuanya untuk dia pakai sendiri. Suami dia tak pernah usikpun bahkan bagi lagi elaun untuk dia sebagai isteri”

Saya lihat matanya berkaca. Saya tahu pengorbanan Ain pada kami sekeluarga. Memang semenjak saya memegang jawatan pensyarah universiti di Malaysia gaji saya tidak sampaipun suku dari gaji saya semasa menyandang jawatan tinggi di sektor swasta.

Wang gaji saya yang saya perolehi sekadar cukup membayar wang ansuran rumah dan kenderaan serta rumah sewa dan belanja saya di Batu Pahat.

Makan pakai Ain dan anak-anak, bil, wang sekolah anak-anak bahkan wang saku untuk mak dan ayah saya di kampung semuanya dibiaya Ain.

Itu tidak kira lagi dengan segala komitmen kewangan dan hutang-hutang kredit kad dan lain-lain yang ditanggung oleh Ain dari wang gajinya.

Seringkali Ain menangguhkan keperluan dirinya sendiri untuk kami sekeluarga. Sebab itu jarang sekali dia membeli belah bersama teman-teman sepejabat walaupun seringkali dia dipelawa rakan-rakan sepejabat terutamanya pada waktu rehat panjang hari Jumaat tatkala kaum Adam menunaikan solat di masjid.

Pernah saya lihat dompetnya koyak rabak tidak berganti. Bukan kerana tidak mampu, tetapi dia sangat berhati-hati dalam berbelanja demi kami sekeluarga.

Bila saya tanyakan Ain tentang dompetnya. Sambil tersenyum dia menjawab

“Alah..yang penting isinya bang, bukan dompetnya”

“Barangkali berkat sabar Ain dulu Allah SWT bagi Ain sedikit kesenangan dengan berada di rumah sekarang. Jadi suri rumah sepenuh masa dan punyai peluang perniagaan. Tapi semuanya ini atas usaha abang sama. Terima kasih ya bang.

Jika tak ke UK, pasti Ain masih lalui rutin di pejabat sehari-hari. Melalui trafik yang menggila pergi dan pulang di Jalan Kuching hingga ke Selayang. Lalui senja yang kelam di Empangan Batu dan Sungai Tua.

Allah SWT maha adil dan pemurah kan bang? Dia bagi peluang Ain nikmat sebagai isteri dan ibu sepenuh masa selepas kita berhijrah di UK.

Memang hijrah ini penuh rahmatnya”

Saya terharu. Dalam senyum saya hampiri Ain. Saya kucup dahinya.

“Terima kasih ya Ain. Kerana sentiasa menyokong apa yang abang usahakan demi memperbaiki kehidupan kita sekeluarga. Tanpa sokongan Ain selama ini barangkali kita masih lagi tercari-cari ruang untuk keluar dari kempompong kehidupan lama”

Selalu saya ingatkan Ain akan suci dan tabahnya pengorbanan Saidatina Fatimah Az-Zahra R.A puteri kesayangan Baginda Rasullullah SAW dalam kehidupannya.

Buat mana-mana isteri diluar sana, jika diuji sehebat manapun. Tabahlah. Bandingkanlah ujian yang melanda diri dengan apa yang dideritai Fatimah Az-Zahra R.A dalam kehidupannya.

Suami adalah syurga si isteri. Mana mungkin isteri yang baik sanggup melihat suami bersusah payah menanggung derita hidup. Besarnya pahala yang Allah SWT kurniakan atas segala beban yang ditanggung bersama suami tercinta.

Salah satu riwayat hebat kisah puteri Rasullullah SAW ini adalah kisah satu ketika dia mengisar gandum di mana dia sedih dan menangis di atas kesukaran dan keletihan yang dilaluinya. Ketika itu Rasullullah SAW menjenguk Fatimah dan melihat kesukaran yang dilalui dan Rasulullah S.A.W. bersabda kepada anandanya yang saya temui di satu laman blog;

"Jika Allah S.W.T menghendaki wahai Fatimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah S.W.T menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah S.W.T menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fatimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah S.W.T menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah S.W.T akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahwa ridha suami itu daripada Allah S.W.T dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah S.W.T?.

Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah S.W.T akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah S.W.T mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil.

Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah S.W.T akan mengkurniakan pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah S.W.T akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah S.W.T akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah S.W.T telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah S.W.T akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah S.W.T akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga serta Allah S.W.T akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Moga perkongsian ini memberikan sedikit sinar pada isteri-isteri yang di duga diluar sana dengan pelbagai cabaran mengharungi bahtera rumahtangga.

Redha dan syurga isteri di bawah restu suami.
Cinta kepada suami adalah hierarki ketiga selepas cinta kepada Allah SWT dan baginda Rasullullah SAW.

Moga terus tabah dan mendukung cabaran rumahtangga bersama suami tersayang.

Moga Allah SWT membalas segala usahamu dengan Jannah di akhirat kelak.Amin :-)


- entri ini adalah luahan hati seorang suami yang sangat menyanjungi isterinya kerana kekuatan dan pengorbanan isteri. aku berharap aku akan menjadi seperti isteri En. Nazali. :)

2 comments :

Azarina Sadi said...

tasha, nk tanya, tasha ada pinjam buku dr perpustakaan putrajaya bln 3 lepas..3 buah buku...aza msg kat num hp tasha, tp tasha x reply...tasha keja mana skrg?aza nk amik buku tu balik sbb nk pulangkan kat PNM

Miss Tasantek said...

ade3x. :) ehehehehe...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.