Monday, June 18, 2012

selamat hari bapa abah dan suami.

salam sejahtera, dan assalaamualaikum buat semua yang baca :)

ouh. hari ini hari bapa :)
selamat hari bapa buat abah tersayang. 
tahun ni tak mau buat cerita panjang2 tentang abah. cukup2lah taun lepas punya versi. 
tahun ni , versi suami pula. 
bukankah suami juga seorang bapa??


aku tak tau kenapa hati aku terbuka untuk menerima lamaran suami ketika dia bertanya adakah aku masih 'available' ketika itu?
aku cuma angguk2 kepala dan biarkan masa yang menentukan. 
iya..tak mudah seperti yang kalian fikirkan. 

yang pastinya, ketika itu aku sedang menunggu seseorang ...tapi mungkin bukan rezeki aku dengan si dia. biarlah ribena laici menjadi simbol kenangan kami :) 

aku percaya, inilah takdir terbaik buat aku, jodoh yang Allah tetapkan bagi aku, untuk aku dan demi masa depan aku. 

suami,
beza umur kami jauh. 7 tahun.
kalau dulu masa aku sedang meningkat remaja, (ewah..remaja konon) umur lebih 3 tahun aku dah anggap abang2, aku tak kan layan dah. senang kata aku nak market yang area 2,3 tahun tua je dari aku. so that tadelah nampak beza ketara. nak2 lagi kalau muka kiut2 macam korean, kening tebal mata sepet..fwwwaaahhhh...boleh meleleh air liur pandang.. :)~

tapi..
dah umur lebih kurang aku je , yang aku dapat sume kaki pempuan, kaki cemburu oku (buta), jadi sangat tak serasilah kami. asik gaduh saja. aish..dan yang tepaling melekat ialah suami.

ketika suami melamar aku, aku memang tak seratus percent menerima dengan hati yang terbuka, cuma ketika itu aku memberikan suami pilihan, kalau betul mahukan aku, datanglah jumpa emak abah aku. dan suami dengan beraninya jumpa mak abah aku, menyuarakan hasrat. 

orang tua2..kalau si bujang dengan beraninya telah bertanya akan ke'available'an anak dara dia, sudah semestinya seorang yang ikhlas kan, abah pon menerima dengan hati yang terbuka.

perhubungan kami diikat dengan kedatangan keluarga suami pada hari raya ke 4 tahun 2009, dengan sebentuk cinciin belah rotan, aku dirisik oleh keluarga suami. ketika itu pon aku masih membiarkan masa menentukan hubungan kami.
benar, cinta boleh dipupuk. percayalah kepada kata2 ini. sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku, maka berlakulah iya..jadi, ketika aku tiada rasa apa2 terhadap suami, bila melihat keikhlasan suami, aku terbuka hati untuk belajar menerima kehadiran dia.
siapa tahu akan jodoh yang Allah tentukan kan?

setahun tali pertunangan diikat, kami memilih untuk menamatkan pertunangan itu dan menghalalkan cinta yang terjalin antara kami. bukan mudah. tak juga susah untuk belajar menyayangi kalau kau benar2 ikhlas dengan sesuatu perhubungan.

dan kini, suami bukan semata2 suami, dia juga seorang bapa ..kepada anak aku. anak yang aku kandungkan 10 bulan (sori wafiy overdue )
aku sanjung tinggi pengorbanan suami yang berhempas pulas mencari rezeki halal buat kami sekeluarga. 
aku sangat menghargai setiap pemberian suami.
aku sangat mencintai dia sekarang. 


kesakitan dan keazaban melahirkan Wafiy, aku jadikan pengajaran kepada diri agar lebih menyayangi dan menghormati suami. siapa yang sanggup melihat isterinya melahirkan pasti seorang yang berjiwa besar. Manakan tidak, suami kata, aku punya tenaga luar biasa yaang boleh mengalahkan dia, kerana selepas aku selamat melahirkan suami mengadu sakit lengan, sakit leher, sakin pinggang kerana aku berpaut pada lengan dan leher suami ketika meneran untuk melahirkan Wafiy.



suami bukan seorang yang romantik.jadi hadiah2 atau apa2 sambutan sempena tarikh2 istimewa memang tak pernah lagi aku sambut.
tak. aku tak pernah rasa tak best. sebab suami melahirkan rasa cintanya dengan cara yang tersendiri.
aku masih ingat, ketika aku dalam pantang, aku terduduk di atas sebuah hp dengan casing kaler pink , puas aku fikir sapa punya hp yang aku dah terdudukan ni, bila suami yang tidur di sebelah baby Wafiy tiba2 curi2 membuka mata untuk melihat aku mengambil atau mencari siapa yang empunya hp tersebut. ternyata suami punya idea yang di luar jangkaan aku. masakan tidak, hp itu terletak di bawah bantal orang tengah berpantang. siapa yang berani letak hp di tempat sebegini???

sakit punggung aku terduduk atas hp Corby Pink ni.

aku ucapkan terima kasih kerana hadiah itu sebagai kenangan kelahiran Wafiy. Iya..Corby tak mahal pon bagi yang ada duit berkepuk2 , bagi aku ia cukup bernilai. dengan harga dan nilai sentimental yang ada padanya..

aku tak pernah berharap suami berubah menjadi seperti pelakon hindustan, yang berlari2 dan menyanyi lagu memuja2 kekasih hati, cukuplah suami menjadi dirinya seadanya dia.
sebab aku percaya dengan takdir Allah...aku tak mahu mengubah dia, biarlah dia menjadi dirinya..itulah dia, yang aku kenal, aku kasih, aku cinta dan kini terpahat teguh di hati aku sebagai seorang lelaki yang sangat aku percaya.

siapa kata kami tak pernah bergaduh, bergaduh juga. bertumbuk?? pernah. aku yang tumbuk dia.
gigit?? sudah lali.
lempang?? ada lah sekali.
iya.aku tau itu berdosa. aku mengaku akan dosa2 aku. aku menyesal dan aku mohon dia mengampunkan aku, aku mohon dia meredha kan apa yang telah aku terlanjur buat.

dia..
seperti dia yang aku kenali dulu..dia memafkan, meredhakan dan yang aku terharu, di depan aku, dia bermohon doa, "Ya Allah, ampunkan dosa2 isteriku , aku ampunkan dia, jangan kau campakkan dia ke nerakamu kalau bukan dia yang selayaknya, kau campaklah aku kerana aku yang gagal mendidik dia:"

betapa seorang suami yang aku nikahi ini sangat menyayangi aku sepenuh hati dia.
dialah papa Amsyar Wafiy :)

kami telah sepakat, esok kalau kami sudah tua, aku mahu sama2 duduk di beranda rumah, menikmati secawan teh O bersama album yang memuatkan gambar2 Wafiy dan adiknya, (mungkin adik2nya...) dan mengimbau kembali kenangan berhujan di hari persandingan kami...

kalau tak punya rumah, mungkin di bawah jembatan, atau di bawah pokok tua, yang penting...kami sentiasa bersama..
aku ingin dia membawa aku kemana saja...asalkan aku dengan dia.

selamat hari bapa suamiku Azmee bin Elias.
terima kasih atas cinta dan kasih sayang abang kepada ayang.
insyaAllah..akan ayang kotakan janji untuk belajar menjadi isteri yang menjaga kebajikan abang dan menyayangi abang seadanya...

i love you. more than words ...



7 comments :

Hustler said...

Aku rasa aku tawu biler besday Abg Mee kat dalam gambo tuh... ngeeee :)

Miss Tasantek said...

birthday masa ujung tahun 2009 :) masa ni...ehem. aku dah dilamar. cuma dendiam ajew :)

Hustler said...

Hahahahahahaha.... ko igt aku tak tawu??? lama dah aku tunggu ko citer.. wakakaka..... then at last... hahaha.... :)

norzie said...

auww... so suweeetttt....

norzie said...

auwww... so suweeetttt....

Miss Tasantek said...

@hustler :) tak semua benda boleh share secara oral. mungkin lebih elok di cerita di layar masa :)

@Norzie :) ah..kau lagi lah. suami romantik. aku tade mane de ;)

@azarina :) eh. macam mana boleh jejak sampai kat sini ni. baru ingat nak simpan buat kenangan je nobel2 tu. kakakakakaka...

Cik Sue Tukang Tulis said...

aku sedih baca kisah ko ni tasha..huwaaa best best best! aku suke blog yang entry bercerita mcm ko, dats y la blog aku pon entry selalu panjang2..hahahah

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.