Thursday, June 14, 2012

selamat tinggal MSWP

"assalamualaikum w.b.t
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini . terima kasih kepada pengerusi majlis,
yang dihormati, Ketua Hakim Syarie, Dato Haji Muhammad bin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Haji Walid , Tuan Mohd Amran dan Tuan Abdul Karim, Hakim-hakim Mahkamah Rendah, Pegawai2 dan semua kakitangan MSWP. 

Syukur dan Alhamdulillah saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata sebelum saya berpindah ke Jabatan lain.

pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan kerana sudi meraikan perpindahan saya dan rakan2 yang lain dalam majlis pada hari ini.

rasanya..tiada apa yang saya hendak katakan selain dari penghargaan saya kepada jabatan selama saya bekerja di sini.

saya berterima kasih kepada rakan2 sejawat yang selalu membantu saya sepanjang saya bertugas di sini.

ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Wan Muhammad Afiq kerana banyak membantu saya sepanjang saya menjadi PA Tuan Mohd Amirul Adam.  Sesungguhnya beliau lah sahabat dan rakan sejawat yang sangat banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya. tanpa beliau, tak mungkin saya mampu menjadi seorang PA dan Pembantu yang baik seperti hari ini.

Kepada Tuan Mohd Amirul Adam, saya turut ingin merakamkan penghargaan kerana banyak memberi kerjasama sepanjang saya menjadi p.a beliau. dan saya amat berterima kasih kerana bekerja di bawah Tuan Amirul  yang sangat memahami keadaan saya ketika saya mengandung, dan sebagainya.


Di mahkamah ini, saya banyak belajar tentang kehidupan, tentang rumah tangga dan masalah2 di dalam rumah tangga. Saya merasa bertuah kerana seawal usia saya 24 tahun saya sudah biasa terdedah dengan hakikat rumahtangga yang tak selalunya indah. masalah dan perkara2 yang berlaku membuatkan saya matang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.

bermula dari Oktober 2008 hinggalah sekarang, banyak perkara yang saya pelajari dari sekalian warga mahkamah. Daripada saya anak dara, bertunang, berkahwin dan bersalin saya di sini...dan sudah pastinya Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan akan menjadi tempat yang penuh kenangan bagi saya.

saya berharap, perpindahan saya ke jabatan baru akan menjadi pemangkin kepada saya untuk menjadi p.a yang lebih berjaya lagi di masa hadapan. saya turut mendoakan kepada semua warga mahkamah agar kalian menjadi penjawat awam yang berjaya insya allah..

tiada apa yang dapat saya berikan sebagai kenangan melainkan secebis kenangan sepanjang saya di sini. :)
saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun, 


*eh. pantun tak siap lagi. cish. aku berangan rupanya menaip teks ni. ish*

dah lah aku nak fikir pantun apa yang sesuai. 


1 comment :

Gda Hanum said...

hehe. pindah mane tasya?..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.