Monday, July 30, 2012

kepuasan.

salam. selamat berpuasa untuk hari yang ke 10 semua :)

alhamdulillah ..dah 10 hari kan puasa. diam tak diam dah tinggal 20 hari nak raya.
persiapan raya??

tade. ye. tade. 

aku cuma baru order kuih raya 3 balang itu je. yang lain tade. 
baju raya pon baru beli semalam. ready mad, murah2 je. ekceli tu bukan baju raya pon, sekadar baju keje. tade mood. 
entahlah..aku tak rasa macam dlu2 lagi..masa dlu2..tak sabar2 kalua nak raya ni. seboleh2nya semua nak baru.  Tahun ni memang tak meriah. kenapa ntah??

ouh..sebab gaji tak banyak gaknye. agaknyer lah...ni lah perangai orang tak bersyukur.
tapi nak kata tak bersyukur pon tak juga. 

sana sini orang cerita pasal bonus kan?

nak2 lagi orang Felda. manjang ada je buah tangan :)

jemu.

ye. aku jemu dengan pertanyaan orang.. entahlah...letih aku nak jawab.


" tak jauh ke berulang dari Putrajaya??"
"tak nak duduk KL ke??"
"tak nak pindah keje kat Putrajaya ke??"

soalan2 serupa ni yang buat aku rasa jemu. 

setiaporang ada cara hidup dan pilihan masing2. macam aku, aku memilih untuk kerja di KL sebab aku rasa senang di sini. dan pada asalnya dlu aku memang duduk di Ampang, before kawin dan menetap di Putrajaya. bukan senang bagi aku yang dah biasa kemana2 dengan sekali perjalanan boleh selesaikan banyak urusan tiba2 aku nak kena duduk kat tempat yang nak kemana2 terasa jauh sekali.

untunglah yang duk dekat dengan hospital, klinik,kedai and pejabat pos. tade masalah nak buat urusan.  Untuk yang tinggal atas bukit nun jauh kat sempadan Putrajaya dan Dengkil tu bukan sesuatu yang best ok.  orang tak faham mesti akan kata, "what a waste" "ish..membazir je duk jauh, berulang alik. b uang masa and duit tol"

ye. memang buang masa...tapi itu tak bagi aku.

mengeluh?? kadang2 mengeluh juga. tapi aku fikir2 balik...

masa aku masih jauh. muda lagi.... aku kutip semua yang berlaku sebagai pengalaman. bila dah biasa susah, lepas ni, kalau diberi kesenangan mungkin akan lebih menghargai.

baru2 ni kami suami isteri sepakat duduk sementera di rumah mak mertua di Ampang...sementara bulan puasa. tak lama..sebulan je. lepas tu boleh kembali seperti asal..

tapi...


baru seminggu aku kat Ampang..aku dah rasa tak best.
betul..Putrajaya tu jauh.
betul Putrajaya tu tade pape..

tapi...

kat situ ada rumah aku. rumah yang aku tinggal, menetap dan aku abiskan moment2 indah sepanjang aku bergelar isteri dan sedikit ketika aku anak dara...

baru2 ni Wafiy jatuh katil..
kami baru balik dari rumah seorang kawan di Presint 14, masa dalam kereta wafiy dah terlelap. dan aku angkat naik ke rumah...sampai dalam bilik, aku baringkan wafiy...
aku tengok die tido, aku pon kemas2 blik, beberapa minit kemudian aku dengar benda begolek dan aku toleh wafiy dah menangis kesakitan kat atas lantai..

sepantas kilat tu juga suami yang dari dapur terdengar bunyi benda jatuh berlari ke bilik.

aku dukung wafiy yang menangis2 menjerit2 mungkin sebab die tekejut dan menahan kesakitan.  
aku pujuk2 wafiy...masih menangis juga. aku serahkan pada suami,suami  dukung..dan wafiy senyap.

aku mintak maaf pada suami sebab cuai. 

wafiy...
bila die dapat tido di tempat dia selalu tido, dia kemain suka. sampai berguling2 dan jatuh.
tadi pagi, aku dari Putrajaya ...

wafiy tak mau bangun tido. lepas minta susu masa kami sahur, dia terus tido sampailah kami nak keluar dari rumah..die masih nak tido. tak mau bangun.  rasa selesa agaknya dengan abby and abbot kesayangan dia tu...

kalau budak kecik seusia 6 bulan pon tahu, mengenal bau tempat kegemaran dia...apatah lagi aku. aku yakin dan pasti...inilah yang menghantui aku.

rasa rindu pada rumah dan tempat kami abiskan masa sepanjang setahun lebih ini. 

tak sama rasanya dengan orang yang duduk dengan ibu / ibu mertua..

aku sendiri tak betah duduk di rumah mak aku lama2... 2 minggu aku kena chicken poxe tu pon aku rasa lamanya...
aku rindu rumah sendiri...
susah senang yang kami harungi di rumah sendiri...kat rumah sendiri bebas. 

semalam,
masa aku tengah lipat kain sambil tengok Melodi, suami cakap " seronoknyer duduk rumah sendiri"
sambil tangan dia melingkar kat pinggang aku.

aku diam. tak menjawab apa2, tak juga mengiyakan. aku diam dan cuba menganalisa apa yang dia cuba sampaikan. 
mungkin...ini mungkin saja...suami ingin menyatakan kebebasan berada di rumah sendiri. tak perlu risau orang lain, nak peluk, nak cium, nak begolek tak pakai baju, tak perlu nak segan rumah sendiri kan...

ini hanya telahan aku. 

ade ke orang yang tak rindu rumah dia??

ini lah kepuasan aku.

5 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

betullah tasya, walau sebest mana pun rumah orang, xkan sama dgn rumah sendiri..

Caza c BoOlat said...

wafie jatuh katil??????? kesiannye sya... em.ini pndpt peribadi aku la kn...better bina hidup sndiri lps kawen..susah senang sama-sama harungi suami isteri..bebas nk buat ape..nk msk ape..kol bape..sume lah..any prblem pn fmly xtau..xkesah...nk gelak kuat..nk nagis kuat..sbb kita je dlm umah tu...bebas =)

Anonymous said...

rindu beb!!!siyes, seminggu aku kat sini, aku rindu umh sendiri kat sane, kalau aku balik sane, aku rindu umh kt sini..cmtu gak laki aku...even kite mbesar kat umah mk kite, ttp xsame dgn umh sendiri wlupun jaoh lebih kecik, besepah, ala kadar...

eda_ej said...

same la kite.. mase dalam pantang hasnaa ari tu pon hati dah meronta2 nak balik rumah sdirik..

tak betah la dok umah orang..

Miss Tasantek said...

kan kawan2 kan??

kita akan rasa lebih senang, selesa, dan rasa seronok di rumah yang kta bina moment2 indah bersama si dia tersayang

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.