Thursday, July 19, 2012

Neuro Linguistic Programme

salam sejahtera semua..

alhamdulillah hari ni dapat lah aku apdet sikit. 

hari ni aku nak share pasal kursus yang aku pegi semalam, 18 Julai 2012. 

Kursus ni nama dia Neuro Linguistic Programme. Ia berkaitan Neuro atau saraf yang ada dalam badan kita yang mana saraf ni tertera di tapak tangan kita. 

tahu atau tidak, setiap hari garisan tapak tangan kita akan berubah2 mengikut apa yang berlaku pada kita. Masya Allah...hebat ciptaan Allah ni.

ini bukan tilik nasib tau, ini panduan kepada kita... sebab tu pengamal perubatan Islam pon, before die nak ubatkan pesakit dia yang kena rasuk ke ape ke kan, die akan tengok tapak tangan kita. sebab kat tapak tangan kita tu ada garisan2 yang memberi sign tentang apa yang sedang berlaku dalam badan kita.

sekali lagi Masya Allah..

Penceramahnya memang friendly , alhamdulillah..aku tak bosan. 

apa yang aku nak cerita..semalam, 
ketika Dr. Ramzan sedang memberi panduan tentang garis2 di tapak tangan, dia terangkan tentang maksud2 garisan tu. 
untuk pengetahuan kalian,
kat tangan kita ada 3 garisan utama (sila guna tangan kanan) 
 garisan atas sekali tentang jantung kita, garisan kedua tentang aqal dan garisan ketiga yang sedikit menurun itu tentang kehidupan kita.

*sori aku tak leh nak aplod pic sebab tade kabel.*

dari garisan2 itu ada lagi kesinambungannya...

dipendekkan cerita, garisan yang paling atas itu kalau menuju ke ibu jari bermakna kita menyayangi ibu bapa kita, kalau ke jari tengah bermakna kita disayangi pasangan. selalunya garisan itu menuju dua jari ni je.

garisan pulak kena straight tade akar2.. aku tengok tangan aku, garisan paling atas ke arah jari tengah, tapi...berakar2...tak straight ke jari tengah.

kalau tak straight dat mean pasangan kita sedang disayangi oleh orang lain. 

bila Dr Ramzan tu bagitau fact tu, aku terus sentap. sentap hati kau.

mau tak sentap. ada orang lain yang sayang suami aku kot. sapa?? 

ape lagi kau jemah, aku terus mesej suami aku sharekan maklumat tentang garisan tapak tangan ni kepada suami, jawapan suami ...

"only mama and wafy je yang sayang papa yang gemok n itam ni"

ahahahahaha....dah menahan2 air mata tu sempat gak aku ketawa. 

gemok itam? tu panggilan manja suami kat umah. kadang2 aku dah sudah masak nak suruh dia rasa, aku panggil die " papa gemok itam rasa ni"
kedengaran macam kurang ajar kan?? no no no..bukan nak kurang ajar dengan suami...saja nak bergurau. pernah aku tanya suami, kecik ati tak aku panggil die gemok itam, dia jawab tak. sebab yang panggil cam tu cuma aku. orang yang dia sayang.

tapi untuk panggil macam ni, ada masa2 dia. tadelah masa dia tengah serius aku nak panggil mcam tu kan?? nak dapat dosa free boleh lah kot.

bila dah kawin ni, tade apa yang menjadi rahsia. jdi bila semua kita dah tau, sekali sekala nak hiburan.

ok balik kepada cerita asal.

balik ke rumah, aku tak sabar2 nak cerita kat suami apa yang aku belajar tadi. sangat2 teruja. 

lepas cerita2 aku tanya, "papa ada gefen eh??"

suami aku pandang aku macam nak makan. kelihatan dia macam betul2 terasa dengan soalan aku tu. menyedari akan soalan aku yang seakan2 menyinggung perasaan dia, aku tundukkan muka. rasa bersalah pulak. 

entahlah..apa dah jadi kat aku tah. lately aku memang selalu terfikir yang bukan2. bukan2 means fikiran aku sedikit terganggu bila mana dulu, kat ofis lama tak mungkin akan berlaku skandal antara rakan ofis kan kan kan?? sebab kami yang menjadi tempat rujukan orang yang ada masalah.

aku mungkin sedikit terkolot atau apa, aku memang takut.  Takutnya kalau Allah duga rumahtangga aku. dan aku tersungkur dengan dugaan itu, ya Allah...takutnya...aku sayang wafiy, aku sayang rumahtangga aku. 

lepas suami pandang aku macam nak makan tu, aku dah rasa nak lari laju2 pastu langgar dinding. sebab terasa tindakan begitu bodoh tanya soalan macam tu kat suami.

tapi..

suami tak marah die, terkam aku dan dukung aku ke bilik wafiy.


ehem*betul2kan rambut yang kusut masai*
moral of the story, jangan terlalu gairah nak percaya ilmu neuro ni kalau tak belajar sampai abis... :)


2 comments :

Hustler said...

Errrrrrrrrrrrrrrrrr........... [kelip2 mata tanda blur]

Hida Kadiso said...

huhuhu.. nak belajo juge.. hehhehe..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.