Tuesday, July 17, 2012


Dan bila kemarahan menjadi satu tangisan


Salam readers 

Warh..dah nak masuk Ramadhan… Sabtu ni Insya allah kita akan menyambut puasa. Teringat aku….dulu2 kalau nak masuk bulan puasa ni mesti big boss ke Mesyuarat Jawatankuasa Falak Syarie. 
Ok2 dah tak mau ingat2 nanti sedih.

Dah lama aku tak apdet. Ni ada masa sikit aku apdet lah mana mampu. Ni pon aku apdet by words blog post. Tak leh nak terus type kat new post. Cctv besepah di sana sini. Bukak blog pon jadi hal 

Dah2 tak mau rosak mood nak menaip.

Ketika aku diserang chicken poxe ari tu, suami hantar aku balik kampong.. hari tu hari Rabu.  Masa tu aku dah sampai kampong, dan kami sedang berehat2 menonton tv sebelum suami berangkat semula pulang ke Putrajaya…
tiba2 bunyi mesej masuk ke handphone suami.  Aku memang tak favourite nak cek2 hp suami ni. Tapi ntah macam mana masa tu aku tergerak hati nak bukak, bila aku bukak..mesej tu dari somebody. Terlalu bahaya untuk aku cakap dari siapa. Sebab di blog ini juga ada spy tak bertauliah. 
 
Kandungan mesej tu lebih kurang macam nak marah suami sebab selalu tak ada di ofis. Aku sedikit peliklah kalau dakwaan suami tiada di ofis ketika waktu bekerja, sebab…

Suami aku bukan macam tu orangnyer.

mungkin kerap kali nampak die bercuti sebab menjaga aku sakit, ada sekali tu aku demam, dan wafiy juga start dedor2 nak demam. Siapa lagi nak kami harapkan?? Kalu bukan satu2nya hero dalam perkahwinan aku?? Suami lah kan??

suami ni pulak, kalau cuti jenis tak rancang sebab memang die bukan jenis nak cuti2 time keje. Kalau terpaksa cuti, die EL.  Kecuali kami ada merancang nak berjalan2. Tapi mana ada pon. Belum sempat plan. Hahaha…

Masa tu aku memang laju je menaip bagi pihak suami aku membalas balik mesej tu. Nak sangat tengok suami ada di depan mata , jadi bagi lah kerja yang ada di ofis saja. Tak perlu keluar dari ofis. Means, keluar dari pintu ofis tu. Duduk je teperuk dalam ofis tu. Tak tau ujan panas , ribut taufan then pukul 5 balik. Kalau perlu balik pukul 9 malam. Kan kan kan??

lepas aku balas aku campak hp tu. Jatuh sebelah suami. Suami tekejut then tanya aku kenapa aku campak hp dia. Aku menahan geram sampai bertakung air mata. Aku geram sangat. Ini bukan kali pertama rupanya die dapat mesej seperti itu sebab aku tengok sebelum ni ada dah mesej serupa itu (view conversation boleh nampak previous mesej)

aku Tanya suami kenapa tak bagitahu die dapat mesej2 yang meragui kehadiran dia di ofis kepada aku?? Aku berhak tahu kalau  berkaitan dengan prestasi dia, attitude dia..
serius aku memang marah.

Sudahla masa tu aku tengah pening2 pale sebab demam chicken poxe tu, tambah lak marah. .memang aku rasa nak meng”kaki” kan orang aje.  Tak boleh nak sabar aku rasa.

Suami cuba pujuk aku, aku tak nak dengar apa2 dari dia. Aku diamkan diri, aku duduk kat tangga dapur rumah aku sambil tangan aku genggam. Aku rasa nak tumbuk tapi tak tau nak tumbuk apa. Ntah kenapa aku rasa marah sangat. Sebab tuduhan tu macam terlalu bodoh untuk aku percaya…
Hari Jumaat suami ada dari pagi sampai petang di ofis tapi orang kata suami tade, seharian tak Nampak suami dan sebab tak Nampak suami dia  mintak suami aku mohon cuti. Perkara sebenarnya yang berlaku, suami di bilik switch bawah tanah seharian bersama vendor kerana memperbaiki trip di bawah sana. Dengan bilik tak de econ, kepanasan … boleh orang simply2 kata suami aku tak datang keje??

kalau korang boleh tak terima?? Boleh?? Boleh??

aku tak tau lah kalau ada yang berhati malaikat kan nak terima je tuduhan tu kat suami korang.   

Selama bertahun2 ni aku rasa suami aku memang banyak berkorban untuk kerja dia. Korang boleh tak bayangkan, kami cuti kawin, 10 hari bekerja. Kalau orang lain sempat pergi honeymoon kot..aku tak sempat.. aku naik2 keje je kena induksi, suami pulak stay kat ofis dari pukul 8 pagi till 10 malam. Hari Sabtu ok. Sabtu sepatutnya dia ada di rumah dengan aku . nak2 lagi kami baru berkahwin. Rasa ghairah nak menghabiskan masa bersama tu terpaksa kami lupakan sebab suami kena ke ofis.

aku merajuk juga masa tu, sebab aku rasa tak adil bagi aku. Orang lain ke luar negeri bagai honemoon, aku baru nak bermanja2 dengan suami, terpaksa plak korbankan masa tu.

Masa aku mengandung, ada sekali tu suami terpaksa bermalam di ofis. Aku mengandung ok. Kalau jadi apa2 kat aku macam mana?? Tapi sebab suami rasa itu tanggungjawab dia, dia commite (sorry kalau salah eja)
Kalau aku memang dapat suami yang selalu outstation takpe, ini bukan outstation tapi duduk kat ofis pantau orang buat keje. What deffff???

Dulu masa aku anak dara, ketika itu aku baru masuk keje, macam2 aku dengar cerita pasal suami aku. Ada yang kata “kalau perempuan yang rosak pc, laju je cik azmee datang betulkan”  suami aku ajelah yang jahat masa tu. Orang lain bagus. Baik…pempuan begilir2 duduk atas meja dia pon takpe..orang tetap cakap dia baik. Kan ?

kadang2 orang yang konon2 tegas tu tak patot jadi bos pon.   Untuk jadi seorang leader kena ada kredibiliti dan kebal dari hasutan. Kalau tak..memang abislah..orang baru report sikit kau dah melenting2 nak cari salah orang. Bukan nak siasat dulu ke ape..terus2 je jatuh hukum. Kau ingat kau sorang je ada hati dan perasaan??  Aku malas nak taip panjang2 pasal benda bodo ni.. tapi aku nak readers tahu, di satu2 tempat kita bekerja, kalau ketua kita bukan jenis nak dengar masalah pekerja, memang susah lah nak bawak bincang … padahal gaji bukan dia bayar pon kan?? Kita kerja kerajaan, kerajaan yang bayar gaji kita, dia Cuma tolong pantau je.  Gaji dia pon kerajaan juga yang bayar. So?? Sama2 lah bekerja, jangan nak tunjuk kekwat sangat. Geram ah.

Beberapa hari lepas kejadian aku campak hp tu, aku memang jarang bercakap dengan suami. Memang suami kelihatan lebih mendiamkan diri. Mungkin ada kesedihan di hati dia masa tu. Aku pon tak nak bertanya lebih2 sebab aku takut aku salah cakap, dan mengguris perasaan dia. Aku biarkan suami melayan perasaan dia. Seandainya dia betul2 bersedia dan mahu aku mendengar luahan hati dia, aku bersedia.

3 hari kemudian baru suami bercerita dengan aku, sebenarnya dah lama suami pendamkan perasaan, dia memang nak blah dari ofis yang ada skang. Dia nak cari pengalaman di tempat lain. Mungkin dah tiba masanya dia nak kena belajar mencari ilmu di tempat lain. Dan dia minta aku doakan dia dapat bertukar ke tempat yang mungkin dekat sikit dengan aku atau bagai mana..
Salah satu sebabnya dia nak dekat dengan aku dan anak. So Putrajaya tak mungkinlah tempat pilihan dia.  Terlalu banyak yang bermain di fikiran dia, samada nak berpindah ke ofis lain atau nak stay di ofis lama.   Aku suruh dia buat solat istikharah. Mungkin dengan cara itu kita menyerahkan segala urusan kepada Nya…

suami aku cool. Jarang nak marah2 tapi kalau dia marah ada dua keadaan je setakat ni yang aku tau, samada suami bercakap sendiri dengan orang yang dia marah itu atau dia tak kan bercakap langsung dengan orang tu, buat tak tau je. Sama macam aku. (eheh. Salah tak sama)

jadi kalau ada yang terasa suami aku sedikit dingin dengan kau, nasib lah. Ada lah tu yang kau buat pada suami aku yang buat dia rasa dia patot berkelakuan begitu.

Aku doakan suami dapat jawapan yang pasti dan bertindak dengan sebaik2nya. Aku harap juga suami akan memilih keputusan yang tak kan merugikan kami. Orang lain rugi takpe. Biarkan. 

i love him no matter what. no matter what ok. no matter what.

ni zaman suami bertunang dengan pempuan cantik.ehem
 

6 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

atuyai, susahnye ade orang yg busuk ati dgn kite..mmg keje die cari slh jela..aku doakan husband ko dpt jln penyelesaian yg terbaik ok..!!

Hustler said...

Hahahahaha... tang ko sakap ada pompuan santek jek Abg Mee tlg, aku dah gelak, sebab ko penah sakap ko tak suka ngan beliau. Kihkihkih. Time tuh?? Aku gelak jek kan?? Alaaahai.... Kenal dulu ati budi, jgn trus wat conclusion. ngeee :)

Miss Tasantek said...

timah :) itu orang memang Ba....by :)

mawi :) ahahahaha...pempuan cantik kan kan kan??
bos abg mee pon cantik :)

Caza c BoOlat said...

HEHE...tang ko ckp org lain honeymoon luar negeri bagai...sentap gak aku..huhu...xpe sya..aku lagi slalu kena tinggal..ank bgntung ngn kita..kuat kita kuatlah dia...
mulut org mmg mcm tu..salah org nmpk...slh sndiri xnmpk...aku respect abg mee sbb penyabar..meh suh die pindah tmpat aku ni IT bnyk kosong..asal suh tgkkan kmputer je ckp xde org nk repair..xckup org.. :)

Hustler said...

Hahahahahaha... cantik ke??? selalu tiru aku, wakakaka... aku pakai spek, dia buat spek, aku pakai contaqct lens, dia ikut pakai contact lens, aku tuko spek putih, dia beli spek baru... kihkihkih

Hida Kadiso said...

part honeymoon tu nak share juge.. dulu mase kawen asben dpt cuti 2 hari saje.. hari jumaat nikah, sabtu kenduri blah pompuan, ahad blah laki, isnin balik kl, hari selasa asben dah kene keje.. mmg tak merasa honeymoon..

dan sabtu ahad mmg melepak kat opis asben aje.. keje melambak.. skang je dah kurang skit..

semoga asben sha dapat keje tempat lain.. buat sementara ni saba ye..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.