Tuesday, October 23, 2012

abang nyanyi2..

assalamualaikum..

selamat pagi. 
hah. pagi2 dah apdet blog. tak nak bukak pekeliling lah ni. hahahahaha...

just now aku baru balik dari breakfast kat tepi HKL. dekat pusat penjaja tepi jalan tu. bila tade boss barulah rasa nak bernafas sikit breakfast kat luar. kalau bos ada, aku makan nasi goreng lebam je beli kat kafe bawah  ni. 

kat tempat makan tadi, ada abang dua orang nyanyi2 , sorang main gitar dan menyanyi, sorang lagi ketuk drum buatan sendiri. 

masa aku lalu sebelah abang berdua tu, (ceh saja lalu dekat situ) abang2 tu tundukkan kepala sebagai tanda hormat mungkin. aku cuma senyum. 

sepanjang aku makan nasi lemak daging yang Amin Sinclair (nama samaran) belikan, aku pandang je abang berdua ni. suasana riuh pusat penjaja tu memerlukan aku mendengar dengan lebih teliti, bait2 lagu Spring menjadi peneman halwa telinga aku saat aku suapkan nasi lemak daging terfamous itu. 

satu demi satu lagu abang tu nyanyikan. aku teruskan mendengar.

sebelum blah, aku lalu depan  abang tu, (eceh lalu lagi.)
sambil tunduk hormat abang tu senyum. 
aku letakkan beberapa keping not ijau dan aku tinggalkan abang tu. sebelum berlalu sempat aku puji 

"abang punya suara sedap". 

kedengaran suara2 nakal di belakang aku yang mengusik. aku biarkan. 

aku bukan bajet cun, jauh sekali perasan cantik. aku biarkan mereka mengusik dan aku berlalu tanpa aku menoleh ke belakang lagi. 

sekurang2nya abang berdua tu menunjukkan effort dia mencari duit, dia tak mencuri, dia tak merompak, dia cuma menyanyi...dan menghiburkan pengunjung pusat penjaja tersebut. 

aku tak sebertuah abang tu punya suara serak2 basah ala2 vokalis Sofaz. jadi aku menghargai andai ada orang yang sudi menyanyikan lagu secara live kepada aku.

ada ke orang yang sudi menyanyi untuk aku?

suami? itu biarlah aku je yang dengar. suara suami menyanyi sambil main intenet malam tadi begitu seksi pada aku. 

aku impikan, satu masa nanti, aku dapat makan malam dengan suami, sambil didendangkan lagu Flop Poppy

"kau masih cantik seperti dulu...saat pertama ku jumpa dengan mu..."


7 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

alala..aku doakan impian ko nk mkn dgn husband sambil dgr lagu flop poppy tu dimakbulkan...

aku pn suka lagu tu..romantik bangat..hehe

Hustler said...

Lau Aku ada bini, aku bagi lagu Mata Hati Jiwa & Airis Kat Beliau. :)

Miss Tasantek said...

Mamiko :) ahaha. lagu tu champion owh..

Hustler :) kalau ada lah kan.. bila nak ada? tak tau lagi?

Hustler said...

Ko doa2kan la utk aku, kihkihkih.... doa seorang kakak yang mithali adalah makbul tau?? ngeeee

Miss Tasantek said...

ehem. aku doakan..
muka pecah tapi hati baik tape kan??

Hustler said...

Hahahahahaha....
macam la baru kenal aku. Sape yang terima aku. Cukup la. Ngeee...
pecah sama belon, kira sekufu la tuh kan?? ngeee :)

eda_ej said...

bile ckp pasal nyanyi, ingat pakwe dulu nyanyikan lagu dalam bas.. hahhaha.. nostalgia sungguh..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.